28/06/12

makanan kitar semula

Pernah dengar tentang komuniti Food Cycle? Kafe yang menyediakan makanan dari bahan makanan mentah terbuang. Tapi masih elok untuk dimasak dan dimakan. Makanan-makanan ini akan disalurkan kepada mereka yang memerlukan.

Ada satu masa, saya memilih sotong. Saya lihat, sotong masih segar dan kulit masih tak bertanggal. Saya pilih mana saja sotong yang ada. Sampai di rumah, saya mengeluh. Ada seekor sotong, ekornya sumbing. Bermakna, saya terpilih sotong yang tidak berkualiti. Tapi saya terfikir, kenapa saya mengeluh? Walhal, sotong masih segar. Apa ada hal? Seandainya tiada siapa yang memilih sotong sumbing, apa akan jadi pada sotong itu? Mungkin dibuang begitu saja? Situasi ini banyak berlaku di London. Kebanyakan mereka yang berkemampuan, tidak sudi hendak memasak dan makan makanan yang tidak berkualiti. Dan Food Cycle mengolah makanan terbuang ini kepada suatu hidangan yang berkhasiat dan langsung tak terfikir oleh kita yang ianya adalah bahan makanan terbuang.

Saya suka badan NGO seperti di atas. Buat saya bermuhasabah diri. Kita berebut hendak membeli makanan yang segar dan terbaik untuk keluarga dengan alasan, kita berkemampuan. Tapi kita lupa, di bawah kita masih ramai yang memerlukan makanan berkhasiat seperti ini. Walaupun dari bahan makanan terbuang tapi apa pilihan yang mereka ada?

Siapa tahu 10 tahun akan datang, manusia masih kaya dengan wang ringgit. Tapi miskin dengan sumber makanan segar dan semulajadi. Tidak mustahil, esok lusa kita akan berebut untuk mengutip sisa-sisa makanan ini yang kian lenyap di muka bumi.

23 comments

Tanpa Nama
28/6/12

aku pernah menonton oprah di mana dipaparkan kehidupan sebuah keluarga yang bertahun-tahun makan makanan terbuang. mereka tidak kaya dan bukanlah pula miskin kedana. tapi kenapa mereka memilih begitu? kesedaran, mungkin...

Kat mane kedai ni?

28/6/12

betul. akan dtg boleh kita bygkan bahan mentah mcamna yg kita akan dapat

sekarang pun ada yang lebih suka fast food berbanding yang dimasak sendiri.. tak cukup masa barangkali..

betul,dan bila itu berlaku,saya lah org yg paling takut =(

1st time dgr pasal komuniti nih.

Bagusnya kalau ada NGO yg buat usaha2 begini.

28/6/12

Bila saya terdetik nak komen pasal makanan, saya cuba insafi diri, cuba igt nasib manusia di Sudan...

Salam kenal...saya x pernah dengar pulak pasal komuniti macam ni...tp saya kagum...cumanya kat Malaysia mungkin masih ramai yang membeli makanan dengan kualiti yang tidak sebaik mana...kerana faktor penjimatan...atau kekurangan bekalan..:)

saya pernah tengok rancangan tv yg memaparkan tentang golongan miskin di filipina yang mengutip sisa makanan kemudian di masak semula tuk diberikan kpd anak2 mereka...

Sekarang boleh dapat yg fresh/baik sebolehnya mesti nak yg terbaik. Tapi kalau dah tak ada nak buat macam mana 'terpaksalah' itu baru lain ceritanya Fara...

28/6/12

Assalamualaikum Fara

kat pasar borong selayang selalu orang bangla mengutip sayur yg telah kelaskan tak elok...kemudian mereka menjualnya dengan harga murah/longgok

kak fara, kat pasar2 pun kekadang ada..cth ada org kutip lebih2an sayur dr tmpt sampah restoren dan diorg jual pulak kt pasar pagi..biasa yg buat kerja ni org asing..yg beli org kita :(

*tp ni lari sgt dr kebajikan mcm entry akak ni

28/6/12

Apa2pun...akak beli je asalkan makanan itu tidak tamat tempoh dan pastinya tidak beracun.

Fara...akak rihat kjp ni, sat lagi sambong mob, huhu...sakit pinggang.

28/6/12

sbenarnya kita mmg harus bersyukur apa kita ada...dan jgn mbazir..kdg2 kita nie nk perfect jek :(

bagus sgt2 bdn NGO tu :)

kadang2 kekayaan menyebabkan manusia lupa untuk berpijak di alam yg nyata dan manusia mahu mencipta alamnya sendiri.. (",)

1. jgn membazir
2. sentiasa bersyukur kepada kurnian ALLAH
3. tgk pada link ini. sebenarnya ia dituju pada diri aku sendiri

http://www.youtube.com/watch?v=HfiC-d5TIZQ

dan aku hampir menangis menontonya.
cisss...

29/6/12

jom bercucuk tanam. saya pernah tengok rancangan yg memaparkan manusia akan datang tidak cukup sumber makanan kalau mereka tak mulakan produce makanan sendiri drpd sekarang...

hmm baguskan food comunity tu..tapi rasanya orang malaysia ni susah sikit nak terima makanan gitu..

29/6/12

tak tahu pasal ni tapi betulla..kalau gi pasar mesti pilih yg terbaik.bistu yang sotong cacat sikit tu sapa makan?buang ke?mesti membazir sedangkan kalau buat tomyam okey je..rasa masih tetap sama

kak ita setuju..kak ita tak kesah sangat janji murah dan masik ok..beli aje..tak ada lah terlampau cerewet sangat...

makanan yg lebih kutuk dari makanan kitar semula... makan rasuah...

3/7/12

Smlm suami ku beli buah mangga. Org kedai yg tolong pilihkan. Bila di rumah, saya kupas mangga tu rupanya dah masak sgt. Tak leh nak makan sbb tlampau lembek. Sya mengeluh dan suami rasa tertipu.

Nasib baik sya tak buang dan jadikan dia jus mango. huh..sedap juga. Alhamdulilah sbb cepat tersedar.

Catat Ulasan