21/06/12

makcik-makcik kilauan emas polident

Dua tiga hari lepas, saya berjumpa semula kawan lama. Dia berbeza. Sangat gembira dan ceria berbanding satu dua tahun yang lalu. Paling ketara, dia sudah tidak memakai tudung.

Tiba-tiba, hati manusia biasa saya berkata-kata; Sekurang-kurangnya, aku masih setia bertudung walaupun dia terlebih dulu memakai tudung daripada aku.

Hari ini, saya menggeleng kepala sendiri. Sepatutnya saya menegur. Bukan mengata dalam hati. Tak pasal, saya berkongsi dosa.

Memakai tudung itu wajib. Nak tak nak, kena pakai. Tapi sedar tak sedar, yang terlebih dulu memakai selalu saja membandingkan kebaikan diri dari orang lain. Kan?

Eh, apa kena mengena tajuk dengan entri saya? Pening!


29 comments

Mmg lain dr tajuk..
Org yg berubah bila btambah umo? Sy pun ada kwn mcm ni. Dulu tdg labuh n jubah tp skrg tudung biasa n seluar tak bpe longgar sgt..hehe, apa nk bt, dia yg bt piliihan.

ehh....kilauan emas polident?*malu tutup mata!

banyak dah jmpa orng mcam ni.. jad serba salah kita dibuatnyerkan

21/6/12

TERBACA ENTRI DI FB "BERTUDUNG ITU TIDAK WAJIB, YANG WAJIBNYA IALAH MENUTUP AURAT"

21/6/12

Dia menyertai kilauan emaskah?

Mereka yang seusia kakcik masih enak menjerit di pentas dengan pakaian sesuai anak2 adalah sangat menyedihkan (eh! dah macam ayat si Bujal pulak).

As salam Fara,

Saya tak tahu knplah tetiba nak tergelak baca tajuk tu... Tak suka tgk rancangan tu ms kat Msia dulu... serius tau! ;)

Kdg-kala kite kena tanya & audit diri kite sendri apakah kebahagiaan yg kite cr dlm hidup ni... mungkin dia rs bile bertukar imej die lebih bahagia... Tp akhirnye, jawapannye dia sendri pun tak pasti...

21/6/12

saya mempunyai perasaan yg sama bila tengok fb kawan yang dah buka tudung..

21/6/12

err dia jual emas ke?
kdg2 org jual emas mmg kena tayang emas errr..okay lari tajuk...

doakan dia dan kita nie sntiasa diberi hidayah ;)

sekian wlupun saya nama hidayah hahahahaha

okay tak lawak :p

nak komen tang tajuk - iols paling menyampah dengan program ni... memang iols tak bagi sesapa pun tak umah iols tengok rancangan ni....

21/6/12

aku pelik kenapa astro tayangkan rancangan paling hampeh di abad ni...
grrrrr!!!

rara xtgk kilauan emas sbb xsanggup.

manusia cepat berubah...humm

kita beruntung sebab masih takutkan azab Allah :)

21/6/12

emas polident tu apa?

kwn2 saya yg sama2 kat sekolah agama pun dah ada yg buang tudung. saya tak mampu nak tegur, tapi saya terus dekati dgn baik..disamping doa utknya. insya allah lama2 terbuka hatinya. Cara ni mungkin lambat.

kengkadang..
kita malu tgk makcik2 yg menyanyi dlm rancangan polident tu..

Matlamat asal kalau bertudung bukan kerana mengikut perintah Allah tidak mustahil jadi gitu Fara.

Kita doakan dia terbuka hati utk kembali ke pangkal jalan.. usia kian meningkat jadi contoh pada anak-anak..

kawan awak tu makcik kah? dan sertai Kilauan Emas? :P

semoga Allah anugerahkan hidayahNya pada kita semua sepanjang masa..hingga kita mati.

so..dia dah dalam kategori
kilauan emas lah yeh ..


semoga dia sedar kembali...amin!

Tengok tajuk entry bersemangat nak komen ni, sekali isinya lain daaa.. xpe, nk ckp jgak.. tak sanggup nk tgk kilauan emas.. entah kenapa, malu.

kan kan kan....

fara..kak ita pun pening...makcik-makcik tak sedar diri tu mungkin betul...

21/6/12

Apa penyebabnyer yer..skejap ditutup...sekejap di buka....moga kita masih boleh menutupnya sampailah mata tertutup...

21/6/12

Terbayang makcik/pakcik yg dah lanjut usia menyanyi atas pentas...alahaii...

ya, manusia boleh berubah sekelip mata.. antara iman dan nafsu, sama2 lah kita fikirkan yang terbaik utk diri kita

Harap2 kita semua kekal bertudung, jadi takde la terasa kalau org kata makcik kilauan emas fesyen pelik2, eh..nak mengata jugak! Ampunnn.

21/6/12

sepatutnya umur2 macam gitu..makin dekatkan diri dengan Allah...bukan dengan menyertai rancangan yang ntah ape2..
sedih..

mixed emotion, ye tak?diantara yang betul dan menjaga hati rakan2

22/6/12

ceh, daripada mengumpat dalam hati baik kau tegur dia elok-elok. apa daa...

tang tajuk tu.. eemm.. sama2 dapat dosa sebab dalam tak sedar mengata peserta yang bertanding..

tudung.. eemm.. no komen.. semua orang tau.. semua orang faham..

sebenarnya tajuk2 kena tapi tersirat..haha makcik2 kat polident2 kilauan emas2 bukan setakat tak bertudung sesetengahnya,pakai baju ketat lagi n menari tak ingat dunia.astagfirullah dah kongsi dosa jugak..moga cepat2 dapat hidayah sebelum dijemput pergi

Catat Ulasan