7/06/12

ustaz juga manusia biasa. apatah lagi kita?

Saya tahu. Dunia ini penuh dengan manusia biasa. Malah, ustaz juga manusia biasa. Bila beri ceramah, orang suka. Berduyun-duyun penuh masjid. Bila ramai yang suka, ustaz jadi gembira dan teruja. Bawah sedar, mereka terlupa menjaga lidah mereka.

Tapi itulah kan? Kita semua manusia biasa. Harap kita sedar salah dan silap. Mohon keampunan daripada-Nya.

Kenapa dengan kau? Kau ingat kau dah cukup bagus nak menilai orang? Kau ingat, kau dapat subkontrak dari Tuhan untuk menghukum dosa-dosa orang? Kau kejilah, Fara! Muhasabah diri sendiri dulu. Betul ke tak? Lurus ke tak? Amalan kau sendiri tunggang-terbalik. Lagi kau nak merendah-rendahkan martabat orang tinggi ilmu agamanya?

19 comments

ya betul.. tidak ada manusia yang begitu sempurna.. even ustaz ustazah yang kita sanjung pun tidak pernah terlepas melakukan kesalahan dan kesilapan.. tak salah pun kita untuk tegur menegur.. asalkan untuk kebaikan bersama...

Mat pagi kak fara.. (",)

kita hanyalah manusia biase...yup!

7/6/12

Semua manusia (kecuali Nabi dan Rasul) adalah tidak maksum...

kite tak boleh menilai dosa pahala orang lain .....

7/6/12

GUA TAK PAHAM TAPI SAJA BUAT2 PAHAM...haha..

ustaz ke siapa memang tak lari dari kesilapan..kita semua manusia biasa..tak salah kita menegur..bukan menghina pun..

7/6/12

dia pun manusia, buat khilaf juga.
paling tak menahan lepas bagi ceramah, dipetik gitar dalam masjid. hoi, apekah itu. kalaupun nak petik gitar tolong keluar dulu dari masjid ye.

7/6/12

setuju fara,
orang bila lagi tinggi ilmunya lagi banyak dugaannya..kena sentiasa hati hati..semoga kita tak termasuk dalam golongan yang tak menjaga lidah..

7/6/12

selagi bergelar insan, kita tidak lari dari melakukan kesilapan...

7/6/12

ini lagi satu hal. ramai dah orang yang taksub dengan individu yang diangkat hasil latarbelakang agamanya. hingga individu tu tak boleh disentuh atau dikritik langsung.

kawan saya kata, kita yg biasa ni, syaitan pangkat prebet aja yg goda, kalau alim ulama, mejar jeneral syaitan yg goda. :)

7/6/12

manusia biasa memang lakukan kesilapan...

Tidak ada manusia yg sempurna. Bila mendengar apa juga kata-kata kena diri sendiri menilai - ambil yg baik yg tak baik kita hindar...

7/6/12

SEKARANG MACAM2 ADA.. GURU ROGOL ANAK MURID, LAWYER TERBABIT KES BUNUH, USTAZ ITU, USTAZ INI.. DUNIA.. DUNIA..

betul, mereka juga manusia biasa yg buat silap dan perlu ditegur...

sama juga dgn golongan2 vvvvvvipp yg ditegur bila boros :p

7/6/12

minta maaf ada gak kata2 org bgelar ustaz yg tak patut kita telan bulat2 :(

Dia bukan TUHAN

tak ada satu pun manusia yg sempurna...kalu buat silap ..kembali ke pangkal jalan...untuk diri sendiri juga...

tak berapa tangkap la...

13/6/12

ustaz ke, sultan ke...semua manusia biasa. tapi kat malaysia ni ada golongan tertentu yg tak boleh di "sentuh" langsung..huhu

Catat Ulasan