7/06/12

realiti hospital swasta dan kerajaan

Saya tak pernah menggunakan khidmat hospital swasta. Alhamdulillah; dan semoga Allah melindungi kita semua dari sebarang sakit. Selama ini, saya hanya menggunakan khidmat hospital kerajaan. Dari mengandung hingga bersalinkan Aydin. Malah, Aydin sendiri pernah ditahan di wad kerajaan. Alhamdulillah (sekali lagi) kerana Allah permudahkan segala urusan kami. Tidak mengalami sebarang kesulitan (di hospital kerajaan). Cuma satu, izinkan saya menyalahkan sesiapa saja yang berkuasa di negara ini di atas fasiliti wad yang serba kekurangan. Boleh baca kisah kami di entri Terima Kasih Hospital Sultanah Nur Zahirah. Saya terharu kerana sakit Aydin menjadi keutamaan kakitangan hospital di sana. Sangat-sangat berterima kasih.

Bukan kami tak ada pilihan. Malah, Aydin juga ada kad perubatan. Dan agen insurans kami sudah berkali ingatkan; Kad kami berkemampuan untuk digunakan di mana-mana hospital pun. Tapi bila azali sudah biasa dengan kehidupan sederhana maka kemewahan menjadi satu fobia. Macam-macam kami fikir. Macam mana kalau terlebih caj? Macam mana kalau harga ubat mereka lebih dari harga stok makan sebulan? Macam mana? Macam mana?

Sebelum itu, saya selalu disogokkan dengan cerita buruk tentang hospital kerajaan. Sampaikan saya pernah bercita-cita hendak bersalinkan anak di hospital swasta. Sanggup menabung untuk servis hospital swasta yang baik. Dan mungkin menyelam sambil minum air, kalau ada yang bertanya; Bersalin di mana? Sekurang-kurangnya, jawapan saya menjadi sedikit prestij dari menjawab; Hospital kerajaan. Saya akui, ini adalah pemikiran paling bodoh pernah terbit dalam hati saya sendiri. Sangat bodoh hingga saya tak sanggup hendak kenang. Tapi tak apa. Saya menulis hanya untuk memudahkan pilihan. Dan mungkin untuk dijadikan sebagai pengajaran (diri sendiri).

Bukan saya saja malah kawan-kawan juga mungkin pernah terdengar kisah-kisah negatif dari hospital kerajaan. Malah, sepupu saya sendiri pernah menjadi mangsa kecuaian hospital kerajaan. Namun, saya berserah pada kun fayakun. Kalau Allah sudah hendak jadikan kita begitu, nak tak nak kita terpaksa redha (walau dalam kepasrahan). Saya tahu, berat mata memandang. Berat lagi bahu yang memikul. Mungkin saya cuma pandai bercakap. Mungkin setakat ini, saya masih bernasib baik. Tapi Alhamdulillah, semoga kita semua dijauhkan Allah dari malapetaka.

Sebenarnya saya mahu berkongsi sedikit pengalaman dari kawan saya perihal hospital swasta. Semoga dapat dijadikan pengajaran dan tauladan. Bukan hendak merosakkan susu sebelanga hanya kerana setitik nila. Tapi sekadar memberi pilihan. Lagipun, jenama hospital swasta ada pelbagai. Kepada sesiapa yang punya banyak pilihan, kuasa di tangan sendiri.

Kisah bermula apabila kes demam panas anak kawan terpaksa ditolak hospital (swasta) yang biasa dilawatinya kerana kekurangan katil. Kisah di bawah merujuk pada salah sebuah hospital swasta yang terletak di Damansara. Baca dan nilai sendiri.

Uhud - Nama timangan anak..



Namun, tak semua orang punyai pilihan seperti ini. Sangat tak wajar menyalahkan diri sendiri kerana kurang kemampuan untuk mendapatkan khidmat swasta. Sebenarnya kita lebih dari layak untuk mendapat khidmat hospital kerajaan setaraf swasta memandangkan Malaysia tidak kurang dengan kakitangan yang sangat membantu (juga pembayar cukai). Entahlah, patutkah kalau saya kata; Mengharap penambahbaikan fasiliti perubatan umpama pungguk rindukan bulan atau menunggu kucing bertanduk. Lain yang diharap, lain yang kita dapat.

Orang berbudi, kita berbahasa. Orang memberi, sama-sama merasa. Bukan kita sakit, duduk berjam menunggu rawatan. "Mereka" sakit, helikopter datang berhenti depan (rumah).

31 comments

segalanya kun fayakun..

mmg sesak keadaan dlm wad di HSNZ.
memang menyedihkan..
tp Alhamdulillah..sewaktu bersalin di HSNZ (kelas ke-3 sbb takut duduk sunyi2 apatah lagi nak bersalin) dan ditahan di wad hampir seminggu layanan doktor dan jururawat mmg tiptop.
mungkin tahun depan sesaknya akan berkurangan..sudah dibina bangunan berasingan khas untuk ibu bersalin.bahagian kecemasan pun bakal dinaiktaraf.

Masa saya nk bersalin pun mcm tu. Punyalah takut nk bersalin gomen. Tapi tiada pilihan (read:duit tak cukup) haha. Terus pi HKL. Alhamdulillah, servisnya baik. Cuma kurang dr segi keselesaan je lah. Saya pun harap dpt lah dipertingkat lg fasiliti. Sekurang kurangnya aircond dekat wad kelas 3. :P

swasta cm ni? teruk nya.kalau teruk cm ni baik g kerajaan je.

7/6/12

emmm..dua2 anak i bsalin hosp kerajaan..alhamdulillah tak de sesuatu yg menakutkan terjadi..Allah lindungi kami gaknya..tapi diakui byk kecuaian blaku mmg.

Tapi kat private pun ada gak cuma tak digembar gemburkan kot :( cuma klu kita byr dorang kena buat dgn sbaik mgkin..silap sikit dorang kena balik...

semua tu pada saya Allah tentukan...

7/6/12

terpulang pd diri sendiri utk buat pilihan. pilihan ditangan anda. hehe

cuma, fasiliti jela tak lengkap kat gov hospital. macam Htar saya tengok keadaannya macam hospital perang yang patient boleh buat suka hati dorang je.

tapi serius, kondisi kawan akak tu memang melambangkan servis yg tidak memuaskan. kerana nila setitik.

tak semua gov hospital atau hos swasta macam tu dan sebaliknya...

kesiannya uhud..semoga cepat sembuh..make sure air cukup.. dari masa ke semasa check suhu..

saya tak pernah guna khidmat hospital kecuali masa nak bersalin..anak 1st saya bersalin swasta, kedua bersalin kerajaan.. dua2 ok..service ok..harga pun tak ada lah mahal sangat pun..

kalau saya jadi kes macam tu memang kena bahasa la dgn husband saya doktor dengan nurse tu.. buat main main dengan nyawa orang lain.. kalau berlaku apa2 yang buruk nanti ingat diorg nak bertanggungjawab..? bayar duit bukan boleh buat apa..pada saya baik saya ngamuk2 kat situ dari saya menanggung risiko..ajal maut ditangan tuhan..tapi selagi terdaya kita usahakan agar anak kita sihat..

kan..

syukur sepanjang mendapatkan rawatan baik untuk diri sendiri dan juga untuk anak2, layanan dari doctor dan nurse baik.. mungkin itu rezeki saya sepanjang mendapatkan rawatan di PPUM.

Tunggu lama.. eeemm... bukan tak pernah tapi redha jelah walau daham hati menggelegak..

psstt: kat hospital lain tak pernah ada pengalaman lagi.. mintak dijauhkan..

Bagi yang berkemampuan, blh lah pergi specialist terus, maybe layanannya berbeza, eksklusif gitu dan mungkin juga biasa-biasa aja. Hanya pada nama je kot. Kalau yang bersederhana pilihan hanya di hospital kerajaan, baik atau buruk layan, perubatan, pasrah jelah. Takdir dari Allah. Harap semuanya selamat. Itu je.

Hakikatnya, rakyat tetap juga menjadi keutamaan untuk dibuat 'kajian'. :(

Tanpa Nama
7/6/12

kalau kau pernah teruk `terkena' dengan hospital kerajaan, mesti entri ni kau tulis dengan penuh amarah. aku jamin.

sekarang tak kira hospital kerajaan atau swasta. Ade ajer yang tak kene. Cuma kite mampu berserah ajer la.

7/6/12

baca n3 ni buat aku muhasabah diri..aku pun pernah nak kumpul duit sbb takut nak bersalin kat gomen..tapi duk kumpul2 tetap lah tak cukup2..haha...kalau bersalin normal, kalau bersalin operate, tak ke aku kena tambah bayar? sudahnya aku bersalin kat HKL je, tapi sumpah aku ckp servis dorang sgt tip top...
bersalin kan si adik pulak kat Sg. Buloh..pun servis ok...

tapi masing2 punya rezeki lah...ada jugak yg kena layanan teruk kat hospital gomen ni...

masa adik admit kat hospital seremban sbb kena bullous impetigo dulu pun staff dan doc hospital seremban layan kami dgn baik...Alhamdulillah..

so, gud bye hospital swasta..jimat duit aku...haha...

pengalaman kak ita bersalin 3 anak di PPUM alhamdulilah ...syukur..semua baik,doktor,nurse semua...macam-macam dugaan..tapi mereka layan dengan baik..kalu lama tu biasa lahkan.....
tapi bila sakit arisya exzema ..kak ita rasa HKL..lebih bagus..kerana banyak pakar-pakar di sana...

iols selalu gak berurusan dengan hospital kerajaan ni...
dan most of the time - perkhidmatan adalah baik sekali...
ke... sebab 'berkabel' - maka servis adalah tip top?

tapi iols penah jugak merasa sakit hati dan marah dengan HKL wad pediatrik - servis sangat2 hampeh menyebabkan iols serik nak bawak anak2 iols ke sana lagi!

7/6/12

p hospital sbb bersalin je sbb x mampu eh dan servis mmg menyeramkan arrr ada kisah anak akak sampai lemas br nak operate dan yg ketiga lebam kat muka... tp sebab kurang mampu... cuma kalau takat demam dan sakit biasa mmg p klinik swasta je.. x rela menunggu lamaaaaaaaa

Tak pernah juga ke hospital private (sbb sedar diri kurang mampu). Bersalin 2 orang anak di PPUM, layanan tiptop. Masa anak sulung jaundis tinggi, kami dptkan rawatan di HKL. Dari segi rawatan mmg tiptop, sbb ramai doktor pakar dan jururawat berpengalaman. Bab kemudahan, mmg ada kureng sket tp tiada masalah.

Pd sy, kalo kita tak mintak lebih, kita akan rasa semuanya cukup :) Tak kira di hospital kerajaan mahupun swasta. Kita doa saja mintak pd Allah supaya kita akan dpt layanan yg sebaiknya dan sempurna tanpa sebarang masalah.

ada pro dan kontra..
kalau sy : hospital swasta - bg kes2 general.. sebab selesa & tak ramai org
hospital gomen.. (pilih hospital jgk la).. kes2 memerlukan pakar sebab biasa hospital swasta ni pakar2nya pun dr hospital gomen..

kalau hospital swasta belum pernha..kalau klinik kerap jugak..terutamnya bila gastrik datang dah malam dan klinik gomen dah tutup

7/6/12

TETAPI MASIH ADA YANG SAYANGKAN HOSPITAL KERAJAAN.. MAKLUMLAH, BENDA MURAH.. ORANG PUN BERPUSU-PUSU NAK DAPATKAN RAWATAN YANG MURAH.. BILA RAMAI, BANYAKLAH RAGAM..

7/6/12

saya rasa risiko ada di mana2 ..swasta atau kerajaan. betul kata fara, kemudahan/fasiliti di hospital kerajaan kenala tingkatkan lagi.yg tu pling penting. tu pun dok kata ubat sume yg mahal2 la..fasiliti tip top berbanding negara2 'tertentu' la.mmng hspital kerajaan ramai doktor/pakar2 tp kalau patient ramai, fasiliti kurang penatla dorang dan risiko berlakunya medical negligence adalah tinggi.pengalaman saya bersalin kedua2 anak di hospital kerajaan ok je.ikut apa yg saya belajar kebykn hospital swasta ada satu standard practice melakukan semua ujian untuk elakkn negligence

dua-dua anak sy bersalin hospital kerajaan..ms anak first layanan yg sy dapat agak teruk..my anak kedua ok pula..hospital yg sama

kegagalan pemerintah menaiktaraf hospital kerajaan membuka peluang spital swasta tumbuh dgn byknya. Kesannya, semua bermain dgn duit..

Tak pernah lagi merasa bersalin hospital gomen ni..sebab tempat kerja kakain ditanggung kos bersalin hospital swasta...empat anak semua bersalin di SDMC kat subang jaya...ambik dokter yg sama jugak...servis dia mmg tip top dan pantas...

Mmg rezeki kerja kat situ semua kos sakit pening anak2 ditanggung oleh tpt kerja buat masa ni la kan...kalau nk guna duit sendiri mmg mengigil nk bayarnya...vengsannnn...

saya lebih prefer klinik jika ingin mendapatkan rawatan yang cepat dan pantas... hospital kerajaan jika terdesak sebab tak cukup bajet.. ehehe...

Dulu ada sorang kawan yang berulang alik hantar ayah dia sebab ada simptom cancer di hospital kerajaan. Doktor yang merawat kata okke je.. xda masalah.. sampai lah ayah dia meninggal sebab sikap ambil lewa yang diambil oleh doktor2 kerajaan.. kesian..

ejaan macam tu yg 'ptoing' nak baca tu...

As salam Fara,

Smlm baru cerita ttg nak bersalin hospital mana if ada rezeki (baby baru) nnt... Kebetulan fara buat entry ni, menarik sgt... :))

Conclusion kami suami isteri: Walau mana pun kita pergi, doa moga bertemu & dipertemukan dgn org yg baik2 shj... Peraturan hidup ini mudah shj; Buat baik dgn ALLAH, seterusnya manusia & makhluk yg lain... Dengan izinnya tentu sekali makhluk yg lain akan berbuat baik dgn kita & kita akan dipertemukan dgn yg baik2 shj... :))

Kami guna kedua2 service gov & swasta... Setakat ni semuanya berjln lancar...syukur, Alhamdullillah.. bukan kata kami baik tp mungkin rezeki memihak pd kami dgn izinNYA... :))

Tgk komen kat atas tu; ramai yg suka pergi gomen... setuju kalau faciliti dibaik pulih & di tambah baik... :))

dua-dua dah merasainya masa bersalin...hospital kerajaan pun ada baiknya...

kita byk bad experience masa mak dirawat di hospital kerajaan..

telan ajelah...

dah tak mampu nak ke hospital swasta kan...

dulu mama MIfz bersalin kat DEMC pun sebab company wife fully covered...kalo tak ke hospital kerajaan jugak...:)

13/6/12

Seronok baca pengalaman kawan2 di sini. Boleh jadi panduan utk sya bila terjadinya situasi begini suatu hari nanti.

pst : sesiapa yg ada duit terlebih, pegila hospital swasta. Beri peluang org yg kurang kemampuan dpt rawatan di hospital kerajaan.

Tanpa Nama
11/1/14

empat2 ank saya dr mula mengandung g daily cek smua hospital kerajaan...saya juga ada msalah setiap kali pregnant...tpi alhamdulillah...smua misi n doc bai layanan baik2 jer...wpun pengalaman bersalin berbeza2...ada masa kena marah teran x btul..kna tgur tapi saya mmg diam jek...pd saya biarlah yg pnting saya n baby selamat...ni dalam hari nk tggu yg kelima sah mmg operation coz dh 2x sezer...tpi alhamdulillah gak...layanan smasa daily cek pun ok...alhamdulillah...smoga yang ni pun ok la harapnya...

Catat Ulasan