2/07/12

dark side - cerita hina para manusia

Everybody's got a dark side
Do you love me?
Can you love mine?
Nobody's a picture perfect
But we're worth it
You know that we're worth it
Will you love me?
Even with my dark side?

Saya suka lagu ini. Terutama bait di atas. Mungkin boleh ditujukan kepada kita semua. Belajar untuk menerima manusia seadanya. Walau mereka jahat, walau mereka kotor. Tapi saya percaya, mereka yang kotor ini pasti ada rasa ingin menyelamatkan diri.

Ada di kalangan kita punya cerita kelam dan gelap. Cerita yang tak mahu diungkit lagi. Sejarah yang dibenci. Kalau diceritakan kepada sesama manusia, sudah pasti kita dibenci kerana sejarah itu sendiri. Saya dulu pernah dipandu kegelapan. Hanyut dan tenggelam. Tapi hati ini meronta mahu menyelamatkan diri. Walau saya tahu, tidak ada manusia yang sudi menghulur tangan untuk dipaut. Apa yang saya ada hanya kaki untuk berdiri sendiri.

Saya bersyukur dengan kekalahan hidup yang dulu. Kalau tidak kalah, saya pasti asyik mendongak ke langit. Mengharap untuk diangkat kepada kemuliaan. Dan lupa pada manusia yang di bawah, yang lemas dan hampir tenggelam.

...kerana manusia mulia itu adalah pasak. Menyokong dan mendorong manusia hina ke syurga.

37 comments

Setiap kita ada kisah silam tersendiri. Moga saja kisah hitam tidak akan menggelapkan jalan untuk kita mencari cahaya. :)

"Saya bersyukur dengan kekalahan hidup yang dulu. Kalau tidak kalah, saya pasti asyik mendongak ke langit. Mengharap untuk diangkat kepada kemuliaan. Dan lupa pada manusia yang di bawah, yang lemas dan hampir tenggelam."


...sangat me-motivate-kan....!

2/7/12

pengalaman = guru paling bermakna....tiada galang gantinya...x kan sama dengan pengalaman orang lain...dan yang pasti kita tentunya akan lebih menghargai kehidupan mendatang...

hai mommy =)

masing-masing ade sejarah hitam yang mahu dikambus supaya tidak timbul dikemudian hari....tapi apakan daya...mulut manusia tidak bisa ditutup...

manusia mana yang di ciptakan sempurnakan?

2/7/12

nobody's perfect..
try to accept others' weakness to make sure people accept you.. :)

Saya sangat2 setuju...yang jahat tu masih ada secebis keinginan untuk bangkit dr kejahatan...dan sebagai manusia biasa, x terlepas dr sejarah hitam..yang penting jgn putus asa dan panjatkan doa moga Allah pandu kita ke jalan terbaik...

2/7/12

yg penting...jgn buka aib org lain yg mana kita tahu kisah gelapnya..:)

As salam Fara,

Entry yg mendalam maknanya... ;))

We all have a dark side... Sebab tu setiap kali solat kite selalu membaca doa sms duduk antara dua sujud, Rabbighfirli - Tuhanku ampunilah daku
Warhamni - dan sayangilah daku
Wajburni - dan cukupilah kekuranganku
Warfa'ni - dan tinggikan darjatku
Warzuqni - dan berikanlah daku rezeki
Wahdini - dan tunjukkilah daku
Wa'afini - dan sehatkanlah daku
Wa'fu'anni - dan maafkanlah daku

Hidayah ALLAH dimana-mana
:))

setuju .. bahkan Saidina Omar sebelum Islam adalah kaki botol dan sanggup menanam anak perempuan hidup2 .. apa yang penting bukan yang lepas tetapi akhir hidup kita nanti.

tiap manusia boleh berubah ke arah baik pd bila2 masa je, jd jgn pandang serong pd sisi gelap org lain.

sisi gelapku..kalaulah boleh dipadam semudah menggunakan 'liquid paper'.

2/7/12

masa silam saya penuh dengan bayangan hitam dan dosa yang bagai buih di lautan...
:(
semoga ALLAH mengampuniku

kalau boleh memang nak lupakan terus walaupun hakikatnya tak boleh luput dari ingatan..

2/7/12

Salam
...suka dgn entry ini...terima seadanya.

kita sama saja di sisi Allah...

Setiap manusia tidak pernah luput dari melakukan kesilapan namun betapa allah maha pengasih dan penyayang setiap taubat hambanya tetap diterimaNya...

2/7/12

kita tidak sempurna.. leka.. lalai...

sokong komen Marya Yusof (suka)

hidup ne ibarat roda...setiap org punya kisah hidup sendiri..tak perlu nak hina org,kekadang terjadi atau ALLAH pusing balik kat kita,kalu tak kena kat kita,kena kat adik beradik ke,saudara mara ke...

2/7/12

Assalamualaikum Fara

hidup umpama roda
tak selama2nya dibawah

tanpa kisah silam mungkin kita bukan kita pada hari ini kan :)


yg penting sejarah tu kita jadikan panduan dan pedoman di masa depan

Ada kisah silam gelap yg mahu terus dilupakan...ada kisah hitam kelam zaman dahulu menjadi penyebab kehidupan sekarang menjadi terang benderang..ini tauladan..tauladan dari kegelapan kisah gelap masa lalu...sisi yg gelap tak akan selamanya gelap melainkan diri sendiri memilih utk mengelapkan ia selamanya...InsyaAllah....

hidup saya lebih banyak berada dalam dark side berbanding dalam bright side...

Tanpa Nama
2/7/12

betul tu.. for me wat is pass biarkan ajelah x perlu nak diungkit2 dn digali2 balik... kerana kita sendiri x tahu nasib kita disana nnti!

dark side makes a human, human. :)

2/7/12

bila kita ada rasa untuk berubah, Dia pasti membuka pintu2 kebaikan untuk kita lalui....

2/7/12

elok belajar dari pengalaman.. kalau ada pengalaman yang buruk, janganlah diulangi..

dalam maksud lirik..hayati setiap ayat...perhjjjj kene doh!

kisah silam insyallah pasti akan membuat kita menjadi lebih baik kan..

yang paling penting, berakhir dengan cemerlang.. (",)

3/7/12

Terima kasih sudi komen! komen tu pulak buat kita terharu jugak! ada juga orang yang tahu cita2 kita tuh.. ehh malu pulak!
neway thanks so much! rasa sesuatu pulak dengan komen itu! hehehehe..
=D
take care..

Kerana kalah kite jadi lebih gagah & kuat....

kisah gelap yang saya malu nak ingat..semoga orang lain pun lupa..

3/7/12

Untuk sama2 kita berfikir

3/7/12

kisah silam..ish, kalaula dikenang memang terasa nak kembali ke zaman lepas..

nak kembali zaman belajar dulu.banyak kesilapan nak perbetulkan

kita manusia bukanlah sempurna dan juga tidak terlepas dari berbuat dosa

4/7/12

di sebalik kisah gelap itu aku terus melangkah..panduan dan pengajaran yg bermakna..

Catat Ulasan