9/07/12

tajuk tak popular - polisterin

Botol berkod PC memang dah lama HARAM. Bila lagi polisterin? 

Jengah blog Rai untuk cerita-cerita plastik. 

{Polisterin; salah satu punca kanser payudara. Mari kita 'masih' bermalas-malasan dengan membungkus makanan dengan polisterin}

Saya ada jawapan, kenapa Malaysia masih berlengah untuk mengharamkan polisterin. Salah satu sebab, me'napau' makanan dalam mangkuk tingkat itu adalah perkara yang memalukan. Hilang kecantikan. Hilang kekacakan.

Selain itu, rakyat Malaysia malas hendak ambil kisah. Apalagi berinisiatif untuk kebaikan. Apa yang mereka tahu hanya pentingkan diri sendiri. 

Sekian.


21 comments

and satu lagi sebab adalah bekas makanan yang kertas tu meresap kuah..and melekat2 nasi klu beli tapau.. :)

kebanyakkannya mereka nak berubat bila dah dapat penyakit...tapi susah nak mencegah dari dapat penyakit...

9/7/12

aku tak malu sbb aku suka tunjuk koleksi tupperware aku yg tak seberapa itu.hehe.

aku penah tapau nasi dagang dengan bawak bekas sendiri.2 bekas.1 nasi dan 1 gulai.akak tu dan org lain sebelah menyebelah pandang aku sambil senyum

9/7/12

keyword : bawak mangkuk tingkat itu tak macho/ayu.

malu nk bawak tupperware n mls nk basuh lepas guna.alasan yg munasabah x?ehehe

9/7/12

di uthm memang dah haram polisterin dan plastik, apa2 guna paper, saya kalau nak tapau makanan saya guna tupperware saya sendiri..

9/7/12

cuma di umumkan haram rapi tak di haramkan pengeluarannya.. jadi pengguna pun pakai je dengan alasan ala hari ni je esok tak pakai dah.. camtu lah hari2

betullah tu, pakai polistin ni mudah dn senang!

Bulan Ramadan = bulan polisterin. ;)

Setiap pagi kakak nampak org Bangla, pakistan, vietnam dan bagai bawa bekal dalam mangkuk tingkat...

Tapi bangsa kita beli makanan di warung terpaksa guna polistrin (termasuklah kakak juga)

9/7/12

Jangankan dalam mangkuk tingkat, bawa bekal dalam tupperware yang mahal pun ada yang malu. ;-)

9/7/12

rujuk pada komen kak zakie.

ada kakak opis tegur sorang staff bawak mngkuk tngkat mcm orang bangla..terkejut dgr..kengkonon cm org miskin la. padehal lagi bagus dr mkn dlm polisterin. dah brzaman org kata brtoksid tp yg tu jugakla org kita suka guna - "malas nak basuh bekas"

9/7/12

baik bawak mangkuk tingkat dari perangai macam mangkuk tingkat..

di us dan china dah ban penggunaan polistren ni..malaysia masih lagi giat menggunakannya..kadar penggunaan 2 billion setahun.. ni nak raya lagi ramai org guna..

9/7/12

Assalamualaikum Fara

saya dah copy
bercadang nak tampal kat ruang dapur

nak start bwk tupperware ke mana2 lah.

kalau saya bukak cafe, saya akan bagi diskaun kat mereka yang bawak bekas sendiri untuk tapau nasik.

polisterin? no no no!

iols masih lagi tapau guna polisterin...
hoccay - lepas ni kena guna tupperware lah

9/7/12

Klo time bekerja, memang makan kat kedai jer, jarang tapau. Lpas nih nak kena bawak tupperware ☺☺

nasib baik ..kak ita bawa bekal guna tupperware..kekadang bawa tupperware gi kat kentin isi dalam bekas juga...tapi kena rajin membasuh..dan tak perlu malu kot..

alamak..boleh dapat kanser payudara ek?? terus takut nak tapau makanan kalau guba polisterin ni.

15/7/12

Dkt area pejabat sya dulu, ada satu gerai tu bungkus nasi (mkn tghari) dlm daun pisang. Biasannya org guna utk bungkus nasi lemak yg comel kan? tp kedai ni guna utk bungkus nasi campur.

Catat Ulasan