12/07/12

takziah

Semalam, saya cuti kecemasan lagi. Ada di kalangan saudara kami telah meninggal dunia.

Al-Fatihah.

Bila dah dikebumikan jenazahnya maka majlis tahlil (arwah) secara automatiknya akan dilangsungkan selama 3 malam. Saya teringat suatu masa dulu, semasa allahyarham datuk saya meninggal. Keluarga kami juga buat perkara yang sama. Kenduri tahlil selama 3 malam. Dan tahun-tahun berikutnya, seingat saya ada juga dibuat kenduri tahlil sebegini. Mungkin selepas dua-tiga tahun kemudian, amalan kenduri tahlil kami dihentikan. Saya tak pasti kenapa tapi memang itulah kenyataan. Tidak ada lagi kenduri tahlil atau apa saja upacara mengirim pahala kepada si mati. Melainkan;

Dan orang-orang yang datang sesudah mereka itu akan berkata: Wahai Tuhan kami, ampunilah kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman sebelum kami! 
al-Hasyr 59:10

Yakni, mendoakan keampunan si mati dari Allah SWT. Semoga diampunkan dosa kita semua baik yang hidup atau yang mati. 

Andai kata tiba masa saya hendak berkenduri, Insya-Allah hanya dengan niat untuk bersedekah dan tanda kesyukuran. Semoga tidak lebih dari itu.




26 comments

salam takziah. al fatihah.

kenapa tak ada tahlil lagi ye?

Innalillahhiwainnailaihirojiun.

12/7/12

Assalamualaikum Fara

Al Fatihah

12/7/12

al fatihah

Wajarlah kita mengirim Pahala buat meringankan beban 'mereka' disana.

Takziah..

Tahlil adat melayu. ikut agama, lps kematian..kalau nk buat kenduri tahlil bkn keluarga arwah, sbb sdg bersedih.

Masa ayah saya meninggal 3thn lalu, yg buat tahlil mlm tu org kat masjid. kami buat knduri masa hari ketujuh..stlh sedikit tenang. Tu atas nasihat imam masjid & abg ipar (ustaz). Sblm2 ni mmg tak tau.

al-fatihah ~

Tanpa Nama
12/7/12

salam takziah dari KA ye

12/7/12

...al fatihah..di kampung akak masih adakan kenduri tahlil 3 hari ni tapi di sini dah takder dah...cukup sekadar menghantar bungkusan makanan untuk jemaah surau itupun selepas 7 hari...

takziah buat saudara akk.

Al-fatihah.

Al-Fatihah

al-fatihah

12/7/12

takziah dari saya. semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman

Al-Fatihah untuk suadara mommy...muga arwah berada di dalam golongan orang yang beriman..INSYAALLAH..

yea, ada yang buat makan hari ke 40..hari ke-100...apa yang penting niat kenduri..

AL-FATIHAH..

12/7/12

takziah...

12/7/12

Takziah..

Beringatlah kita sentiasa akan kematian

Alfatihah..Mudah2an...

12/7/12

sebenarnya aku confuse, kenapa bila ada org meninggal, family arwah kena sediakan makanan dan masak byk2 utk kenduri, sedangkan family tu sedang bersedih...

Al fatihah...

12/7/12

Takziah dari akk, mudah2an doa kita sampai pd mereka.

Yg pergi tetap pergi kita yg hidup hanya boleh mendoakan mereka. Berbuat baik dgn niat menginfakkan pahalanya buat si mati perbuatan yg baik...

Al-Fatihah buat Saudara Fara.

salam takziah fara..
al-fatihah buat arwah

salam takziah dan al-fatihah

takziah farah..biasa org akan buat tahlil 3 hari..tapi kalu along kak ita cakap buat kan haji untuk arwah,atau..elok beli barangan mcm al-quran,yasin,sejadah ,kain telekung..dan di sedekah kan kat tempat yg sepatutnya lagi bagus..selagi digunakan pahla dapat kat arwah..kalu kenduri abis makan.abis mcm tu aje....tu lah along kak itanya pandangan...

Catat Ulasan