3/09/12

anak syurga

Lewat petang 6 Syawal yang lalu, saya didatangi satu perkhabaran duka. Khabar kematian anak kepada salah seorang kenalan. Mati yang berpunca dari tragedi. Walaupun bukan kenalan rapat namun berita itu saya sambut dengan rasa sedih yang berat.

Saya bukan manusia sempurna. Bila berita itu datang memukul hati, saya mengenang Aydin. Saya membayang andai saya yang kehilangan anak. Mahu hilang akal gamaknya. Tak terbayang bagaimana memikul beban kesedihan.

Hingga kini, kenalan saya walau zahir sudah berhenti menangis namun setiap tutur katanya pasti berselit kisah kenangan bersama anak. Sedih. Adakala, bergenang juga airmata walau anak itu bukan anak saya. Saya tiada daya lain selain menyedapkan hatinya dengan gula syurga; Anak itu adalah anak syurga. Janji Allah itu pasti. Dan Insya-Allah, anak itu akan menunggu ibubapanya di pintu syurga nanti. 

Bila di dunia mungkin kita bertangis pasrah dengan kematian orang tersayang. Namun setiap apa yang berlaku adalah kehendak-Nya. Ada hikmah di sebalik apa yang dah terjadi; Anak itu tak perlu meranduk hidup di masa-masa penghujung zaman. Tak perlu dihisab pahala dosa. 

Persoalannya walau sesedap mana kita melontar kata nasihat, apakah saya juga mampu melaluinya?

31 comments

3/9/12

betul..
cheqna selalu gak kalau nasihatkan orang..terfikir andainya aku ditempat mereka..mampukah aku melaksanakan apa yang aku kata..

sebab tu 'berat mata memandang berat lagi bahu memikul'

numb~~~

salam takziah dah alfatihah utk anak rakan.

kalau saya tak mampu nak hadapi nyer...takut nak pikirkan nyer..

tetiba teringat kat anak anak anank..


alfatihah buat anak kenalan tu ye

al-fatihah ..ya farah kak ita pun takut nak bayang kan hidup tanpa anak...kita boleh cakap dan kita tak tahu mcm ne kehilangan itu..memang dah pernah ada pengalamamn tu,ayah dan abang kak ita dan mak mertua ,..tapi tak sama dengan kehilangan anak ....

Semoga kawan Fara itu tetap tabah. Siapa yang tak sedih kehilangan yang tersayang, kan?

3/9/12

betul.mampu ke kita hadapi. pedih hingga kita menyusul nanti.

Tanpa Nama
3/9/12

betul tu!. sebagai sahabat kita hanya mampu untuk membantu meredakan perasaan duka kawan2 kan

Tanpa Nama
3/9/12

selagi kita tak `berada dalam kasut' mereka, selagi itu kita takkan faham.

moga kenalan mommy tu kuat dan tabah dalam mengharungi dugaan..
Al-Fatihah buat arwah..

psstt: ahad ni 9sept. open house.. datanglah ye..

3/9/12

takziah dan alfatihah buat anak syurga itu dan keluarganya

3/9/12

...takziah pada keluarga itu

Selamat hari raya Fara, lama kita tak jumpa di blog, sibuk semuanya.
Kakzana pun tumpang sedih, teringat anak saudara akak yg kehilangan anak, meninggal dlm kandungan, dah 7/8 bulan....
Dari itu, mana yg di kurniakan zuriat tu, didiklah sebaiknya. Saham kita di akhirat nanti, insyaallah.

3/9/12

Al-Fatihah...

jika saya salah seorang insan terpilih tu pun rasanya saya tidak cukup kuat untuk menghadapinya.. berat mata memandang berat lagi bahu yang memikulnya

3/9/12

Dear MF
Itula.. Beruntung ibu tersebut Di sana kelak. Cuma Di sini mungkin berteman kesedihan..

saya pun tumpang sedih.. setiap kita pasti akan menerima dugaan dan ujian... itu sebab pentingnya org sekeliling menasihati dan meredhakan keghusaran hati... esok2 bila giliran kita di uji, pasti ada insan lain yang akan bersama2 kita..

Nasihat cuma nk beri sikit kelegaan.
Hakikatnya terlalu payah bg yg melaluinya.

Hanya setelah melaluinya baru kita tahu sejauh mana diri mampu menerima kenyataan itu...

assalam fara..AlFatihah buat anak kawan fara..
ujian buat dia..kalau kita sendiri pun sudah tentu sedih kan fara..

3/9/12

SAYA SANGAT SAYANG PADA ANAK2 SAYA..

ianya mmg sukar utk diterima tetapi lambat laun pasti....boleh

biarkan masa sahaja yg menguraikannya nanti

mati, sesuatu yang pasti, namun kepastian itu bukanlah penawar dalam suka dan duka......innalillahiwainnailaihirojiunn......kepada Allah kita kembali!

perkara yg sy sgt takuti..dan x sanggup nk membayangkannya pon

Al-fatihah dan takziah utk kawan fara tu.

salam takziah tuk kawan kamu fara..tumpang bersedih

4/9/12

kompem syurga.. =)


jemput baca en3 baru..=)
http://lolz-l.blogspot.com/2012/09/inilah-insan-yang-wajib-kita-cintai.html

tak dpt nak bayangkan jika mengalami situasi camni...

Al-Fatihah untuk arwah.

Innalillah... berat mata memandang berat lagi bahu yg memikul... kita sama fara...

innalillah..kadang2 saya menyesal sebab lately saya menjadi ibu berkuku besi.. kerap hilang kewarasan melayan kerenah diorang.. tapi bila tengok muka polos diorang masa tidur rasa bersalah sangat.. semoga Allah beri pinjam mereka lama dengan saya.. saya masih perlukan mereka sebagai kekuatan.. :(

9/9/12

Semoga kawan tu tabah. Sya pun tak dpt nak byngkan situasi jika menimpa diri

norhana binti mohd ali
6/1/13

saya juga baru kehilangan permata hati, NURCHEMPAKA SARI berusia 2bln, bulan lalu... mmg sedih dan tk sanggup mneghadapinya. Tapi saya kena pasrah dan redha, kerana itu semua ketentuanNya.

Catat Ulasan