31/10/12

amaran: entri panjang

Saya tak pandai hendak mengadu masalah pada seseorang. Baik orang tua, suami mahupun kawan-kawan. Kalau dulu masa saya sekolah, setiap kali lepas kena buli dengan kawan-kawan, saya mengadu masalah pada kucing. Dulu saya ada bela kucing. Nama kucing saya, Comot. Kucing jantan. Kucing bersih. Berak kencing dalam tandas. Tapi sayang, umur tak panjang. Entah sakit apa, mungkin mati beragan. Nampak gaya macam putus cinta. Kasihan. Jangan ingat, kucing sama kucing tak pandai bercinta. Jangan ingat, semua kucing itu jenis kasanova. Asyik hendak membuntingkan kucing betina saja, Lepas itu, lari. Tak nak bertanggungjawab. Tinggal kucing betina besarkan anak sendiri. Tapi bila anak dah pandai berdikari, menjalang lagi. Maka, terimalah hakikat. Kucing yang tak dikasi memang sebegitu rupa perangai. Tapi saya tak kasi Comot pun. Mungkin sebab itu, dia sakit. Bila dia sakit, dia tak nak pun mati depan kami. Dia lari jauh-jauh. Sedih! Ok, saya merapu. Cerita asal saya bukan kucing, kan? 

Saya tahu kalau saya mengadu masalah, paling-paling orang akan kata; Oh, yeke? Kesian kau kan? Ataupun; Kau ni banyak merungutlah. Tengok! Tengok! Sakit hati, kan? Kita nak mengadu cerita kita tapi sudahnya, kita yang kena balik. Kadang-kadang, saya nak juga mengadu masalah sendiri. Banyak cerita berserabut dalam kepala otak saya. Salah satunya, cerita tentang seminar #$%$#@ di rumah majikan. Majikan bangsa &^%$#. Seminar satu hari. Dalam jadual, makan minum disediakan. Tapi tak dihidangnya makanan halal. Walhal bukan tak tahu, kami juga hadir ke seminar yang sama. Mana boleh ^%$# dicampur-aduk dengan makanan kami. Kalau kamu makan ^%$# dalam mangkuk Corelle, sampai bila-bila pun kami tak boleh makan makanan halal dalam mangkuk Corelle yang sama. Faham tak? Lainlah kalau mangkuk Corelle yang kamu semua buat makan &^%$#@ dah disamak dengan sekali air tanah, 6 kali air bersih.

Dahlah masa kami datang, kami langsung tak dipelawa selipar.  Sadisnya, selipar yang ada memang cukup-cukup untuk bangsa kamu saja. Ini adalah satu kecelakaan! Mujur kami bawa bekal kami sendiri. Memang sudah dapat agak, bagaimana nasib kami kelak. Kamu pula? Hongges tulang ^%$#@& sambil muka banyak senyum! Kalau begini sikap kamu semua, jangan harap kami akan datang ke seminar kamu lagi walaupun orang putih kata; It's compulsary!

Orang Islam pun satu hal. Dalam borang minta kerja, megah saja tulis agama - Islam. Tapi bila bangsa mereka ajak kamu mabuk, kamu pun mabuk. Bila mereka ajak kamu makan dalam restoran %$#@%&, kamu pun makan. Bila bangsa mereka ajak kamu berkaraoke dengan GRO, kamu pun sama turun padang. Mana taknya mereka pijak kepala kita? Semuanya sebab sikap kita yang tak apa; Alah...tak apa. Tua nanti aku boleh taubat! Ciss! Sakit hati tahu tak!? Kami yang jadi mangsa. Mangsa diskriminasi. Kalau di pejabat, membuli bangsa kami itu memang cukup-cukuplah. Yelah, kami ini kan bangsa pemalas. Bangsa yang suka makan gaji. Dapat angpau RM10 pun, muka sengih-sengih dan asyik saja ucap; Terima kasih! Hey! Sekurang-kurangnya, kami bangsa yang tahu bersyukur. Walau RM10, kami hargai dengan sepenuh hati. Bukan macam kamu. Kerja separuh mati sebab nak kaya! Kerja separuh nyawa sebab nanti bila dah mati, boleh pasang penghawa dingin pada jirat masing-masing! Nak kaya sangatkan? Sampai sakit-sakit pun, hendak berahsia. Tak nak orang lain tahu. Yelah, sakit itu kan sial? MC itukan petanda kamu sudah mahu mati? Bukankah itu fahaman kamu? Jangan berdolak-dalih, kamu sendiri yang bercerita pada saya dulu. Ceh! Arghh!

Mungkinlah, ini bahagian saya. Bahagian saya dapat majikan yang %^$#. Saya redha walau ada masa, makan hati juga. Tapi nak buat macam mana kan? Saya menghadapi realiti. Malaysia bukan negara yang pilihan kerjanya merata-rata. Belajar ini, sudahnya jadi itu. Belajar itu, sudahnya jadi ini. Akibatnya, kerja hanya semata untuk dapat gaji. Bukan seronok bekerja kerana minat sendiri. Tapi, itulah. Bak kata-kata klise dari kita semua;

BERSYUKUR SAJALAH DENGAN APA YANG ADA. RAMAI LAGI YANG TAK BERUPAYA DI LUAR SANA










Eh? Saya mengadu masalah saya pada blog ke? Heee~ Oh, ya! Ada cerita baru di blog lagi satu. Singgah-singgahlah ya?

27 comments

31/10/12

SABAR.. KALAU ADA PELUANG LAIN YANG LEBIH BAGUS, BERHIJRAHLAH..

saya kalau ada amsalah..mengadu ngan en abg...selesa ngadu ngan dia..lepas dah ngadu rasa ok..

31/10/12

tau ke hidup ni sempat sampai ke tua???
cheqna ada kalau nak berkongsi.....=)

Isshhhh...sakit hati plak membacanya. Sabar jer lah fara. Klo ada rezeki, cari lah kerja lain.

Dah baca citer baru tu ☺☺

serba salah bila bukan muhrim m'hulur tangan lepas habis meeting bg m'ucap'n terima kasih... saya hanya mampu tunduk & angguk sambil tangan silang ke belakang manakala kawan yg lainnya dgn selamba menyambut salam mereka. Bila ditanya kenapa sanggup bersalaman sedangkan kita tahu hukum-hakamnya, dgn selamba & angkuh dia jawab "..I'm profesional..."

Adakah kita akan menjawab begitu di depan Malaikat & Allah nanti?

Bukan mengadu tu Fara. Sekadar luahan hati. :)

Pada siapa nak kita salahkan bila mereka tidak menghormati kita? 'Pemimpin' pun sanggup tunduk pada kehendak mereka hanya kerana kelangsungan nyawa dalam melahap harta dunia...

31/10/12

as salam

itu lah hakikat kehidupan..susah nak cakap...rencah hidup kita berbeza namun itu lah susah nak cakap hurmm ..btw bagus juga luah kat blog..

31/10/12

majikan cina mana ni farah? :)
lain kali sound direct aja bila tiba bab makan..jangan takut..ini Malaysia..tgk carta agama di entri saya hari ni...hihihi..

kamuuu.....saya membaca dgn keadaan syahdu!!

Amacam fara..lega dgn luahan ni? ^_^
Saya setuju dgn bebelan fara ni, betul belaka.

Saya pun pernah kerja majikan bangsa yg kuasai ekonomi negara ni..mmg dianaktirikan. Bangsa dia sabtu half day, saya dan yg lain sabtu full day ! Walaupun HR dipegang bngsa kita..tapi dia pun tak mampu buat apa2. Sbb nk cari mkn, tahankan je hati. At least ada kerja bkn..

31/10/12

takpe.. blog tak macam mulut orang kat luar tu.. sekurang-kurangnya rasa lega sikit kan.. ;)

humm, sb tulah org lebih suka memilih kerja dan memilih jalan menganggur kerana disebabkan hal begini. kesian kan. bukan kompeni swasta jek camni, kompeni gomen pon ada jugak yg jadi cenggini. lebih2 lagi bila ketuanya org bukan beragama islam. sepatutnya, mereka diterangkan ttg masalah kita, tp kita sdri boley pk. tak semua boley menerima. jd bak kata org, pandai2lah nak idop kalau berkerja dgn org bukan islam nih.

sian ngn farah. selagi boley bersabar, bersabarlah. kalau ada peluang di tempat yg lebih baik, baik pergi. dari menanggung rasa sakit hati yg berpanjangan.

Tadi kan sbnrnya dah taip pnjng2..alih2 ilang. :-(

Saya setuju dgn bebelan fara..betul sgt!
Dan..apapun, syukurla sbb masih ada kerja & mampu bekerja.

ini dah kira penindasan bangsa ni


part yg melayu islam mabuk,makan di tempat tak senonoh, berkaraoke tu semua mmg tak guna akal la tuh.

bangang!



saya tak pandai mengadu pada mak ayah sedara mara mahupun kawan2 rapat....tapi saya setia mengadu pada adik bongsu saya. kesian dia.

31/10/12

cina/india ni memang saja je nak kenakan melayu/islam. melayu pulak asal boleh je sebab fikirkan nama, pangkat, kedudukan dan kerja.

takpe kak, jangan pergi lagi kalau ada seminar macam tu.

31/10/12

huuu.. aku tak pernah berada di stuasi kau. Tapi kalau aku jadi kau, terus3 aku berhenti cari kerja lain.. tapi tu la orang lain3 kan?? Sabar je aku boleh kata.. =)

#Happy selalu. =)

31/10/12

begitu lah pon... dan lagi sadis kalau bangsa sendiri yang menindas..dah laa bangsa lain dah sedia cam !@#$%^&.. pastu bangsa sendiri lg jilaka! puihhhhh

Ramai lagi yang senasib sebegitu. Takpa, bina kekuatan diri sendiri. InsyaAllah akan lebih tenang.

Bila kita yang bergelar pekerja ni, isu yg membabitkan agama ni memang kena jaga dari awal. Memang nak kena berhati-hati dari awal juga.

Ramai kita yang bermajikan orang bukan Islam dan ramai juga yang bernasib baik mendapat majikan yang memahami dan boleh bertolak ansur dalam hal sebegini.

geram juga kak ita baca...sabar aje lah fara..kalu ada peluang yg lebih baik pergi lah...biasa kak ita keja dulu baik-baik juga bangsa lain ne..nasib juga lah fara ...kekadang dengan bangsa sendiri pun sama juga...

1/11/12

fara,
kes makan ni patut cakap terus dengan pihak pengurusan..bukan apa.. ada sesetengah diorang bukan tak tau.. tapi mungkin terlepas pandang.. pada dia asalkan yg dihidang tu tak ada babi, letak dalam pinggan yang pernah letak babi pun tak apa..diorang tak tau..

1/11/12

eiiiii, geramnya....

yg bangsa kita duk ikut je dorang ajak semua tu apahal....grrrrr!!

saya dah pernah bekerja dengan kaum lain... mmglah makan hati juga... nak kita kerja lebih... tapi bayar kurang... sabar jerlah... Alhamdulillah dapat yang lebih baik...

ye lah...

patotnya mengadu kat jabatan agama....

bangsa depa memang bangsa penindas. bangsa pemeras. bangsa pemecah belah. bangsa macam bagus.

dah penah kene masa keje dengan bangsa depa dulu.

5/11/12

hati hati juga..
bangsa itu..cakap tak serupa bikin! luar nampak baik..belakang dipijaknya..
hati hati ya..
insyaALlah.. Allah beri ujian di bahagian itu.. Ambil hikmahnya.. =)

take care..

tak sesuai mungkin sesuai kat tempat lain2..ada hikmahnya..sabar kay

Catat Ulasan