Semalam, saya pulang ke rumah dengan hanya berjalan kaki. Tiada Harimau Kumbang. Saya seorang diri. Bertemankan hujan yang meleleh sejak dari petang. Dalam meredah kebasahan, saya terlihat kelibat manusia. Berbadan besar dan berkepala botak. Berdiri cegat di tengah hujan kasar. Hairan, kan? Manusia jenis apa yang berdiri di tengah hujan malam? Berdiri saja di situ sambil menjinjit sesuatu. Sesuatu yang berjerumbai. Sesuatu yang mengalir titis.
Saya amati apa yang dijinjit. Menyelinap dan mengintai di balik kereta-kereta penghuni pangsapuri di situ. Terima kasih kepada denyaran kilat yang memancar. Menjelaskan pandangan mata. Rupa-rupanya, yang dijinjit itu kepala manusia. Lidah terjelir, mata terbelalak buka. Ngeri! Saya bayangkan kesakitan saat disembelih; Ouch!!
Saya dengar, musim hujan adalah masa berburu untuk lelaki itu. Memburu pasangan cinta yang asyik mengawan di luar nikah. Bukan apa, mungkin dia mahu membolot kesemua lelaki bujang yang ada. Dia kan pencinta lelaki. Mula-mula, dia sula perempuan itu dulu. Kemudian, dia datang pada lelaki dan cium sepuas hati. Sampai terputus lidah. Bila mangsa sudah lemah, dia sembelih pula sampai bercerai dari badan. Kepala itulah dia bawa balik ke sarang. Katanya; Untuk kenang-kenangan.
Seronok, kan?
Ok. Sila kembali ke alam realiti.
36 comments
perenggan pertama tu ok lagi.. perenggan seterusnya.. bersedia menjelajah ke dunia lelaki itu yang akhirnya kena kembali ke alam realiti.. hehehe..
ngeri la..fara..cerita awak selalu cerita fantasi yang agak seram dan sedikit ganas..
buatkan saya selalu rasa..awak ni misteri..
ERM.. TAK FAHAM..
salam fara..
hw r u?
hujan dari semenanjung hinggalah ke sarawak...
Skrip macam inilah yg David teoh nak Fara. Kalau dia baca dia akan contact Fara:)
scary!!
eh takut lak baca n3 ni hehehe
ngeri lak rasanya....
hujan malam membuatkan hari panas menjadi suam.
emm menarik..novel ko ye?
tersentak sekejap ..
hah?
cuba hantar kat david teoh..bahahaha
Salam Kenal Fara..
Tak berapa paham. Apa2 pon suka baca blog ni dan DONE FOLLOW..
Blog Qashmere
Style Me Gorgeous By Qashmere
Take Care Sis!
aku hilang sebab sesat dlm rindu ntah kemana. jiwa fokus kerja byk luar kawasan. last sekali kena tranfer sarawak..naik pangkat gaji skit jer tapi hantar jauh2..giler
as salam
seram nya imaginasi itu..bagai halilintar yang kencang menyelinap desakan nafas..haa tetibe jer kan komen ni
Concentrate saya membacanya ☺☺
hujan malam memang seronok untuk tidur..lagi best kalau bgn tengok jam baru pukul 3 pagi and boleh sambung tidur balik dalam hujan..hehehe
Regards,
-Strider-
@Waqheh
Eh? Kau....! Mcm biskut. Kejap ada. Kejap ilang.
Mcm si kakak takutkan adiknya bila nk kuar main memalam..
err..?
berjaya juga fara naikkan bulu roma akak.. he..he..
ERK!!!!TAKUT MAK.....
fara!!! ko mmg!! aku ingatkan apa la tadi...
imaginasi ko je rupanya...cisssss.....
stok stok pengawan du luar nikah itu memang wajar dipancung sahaja. tanya bakal janin mereka kalau tak percaya.
Saspen aje baca cerita ni... jeng-jeng.. ;-)
fuh..mcm real..
perghhh ayat..lawa...eheheh
suka suka!
ouch,
teringat citer the expendables 2. saat stallone menjinjit guni berisikan kepala villain (van damme) dengan darah menjejes, fresh from farm.
voila.
hahaha.. tekun saya membacanya... aduhai imaginasi.... hehehe
gaya cerita gini, mesti boleh layan karya Ramlee Awang Murshid. Saya suka karya dia.
Terima kasih mommy Aydin kerana buatkan ibu Naurah menggunakan imaginasi tahap maksima pagi ini!
Ingatkan apalah tadi. jenuh mikir tau! hahaha
baca aje dah ngeri lah farah..tak paham sangat maksudnya..ne..he..he
hehe.
sbb tulah saya suka baca penulisan fara. unik!
huhuhu lamanya saya tak singgah ke sini.
seremmm...
http://nurqasehbiz.blogspot.com/2012/11/bersama-biduanita-negara-datuk-sharifah.html
imiginasi ooo imiginasi mmg kita takleh sekat dr kotak pemikiran sbb tulah kejadian!haha takperlah kalau back2 realiti..takut den baca fara oii..
nie kalau buat cerpen antr citer kat tv/film mmg larisss.cer try anto