Jika kepingan rusuk kambing itu tidak dilumurkan dengan lada hitam, apakah Tuhan akan memurkai sekalian umat manusia? Biarkan saja lada hitam itu bermain sama dengan bawang putih, garam bukit dan gula perang. Adukkan saja ke setiap permukaan rusuk kambing itu. Dan biarkan mereka bersenggama hingga berjam lama. Usai puas, hukum kepingan rusuk itu ke dalam kuali berisikan minyak zaitun dara dan mentega yang panas. Dan dengarkan desiran; Ssssssssssssssssssss! yang seksi dan bersahaja. Tidakkah ia mempesonakan?
Dan janganlah kamu hanya membogelkan kepingan rusuk kambing itu tanpa kentang bakar dan brokoli celur kerana saya pasti kita tidak akan murtad kepada pegangan karnivor. Bukan?
Maaf kawan, tiada gambar. Alasan; malas.
31 comments
KAMBING??????PEBERET INCIK SUAMI NI
dasat betul bahasanye! plg xmenahan yg bunyik sound effect sexy, 'sssssssss......' tu la. he3..
sedapnya. :-p
perghhhhh...hebat la ko...nak citer pasal masakan pun ko boleh bermadah mcm ni...
n the strange is walau takde gambar, aku boleh kecur air liur hanya dgn membaca saja...
errr..kambing panggang pon sodap
Assalamualaikum Fara
pasangan serasi, kepingan rusuk kambing, kentang bakar dan brokoli celur....
Kakcik baru belajar mencintai rasa kambing panggang... tak tahulah sama ada akan terus jatuh cinta atau sebaliknya... :)
tang kawan awak2 try call tabibtuh..usaha jer manalah tau bleh tlu=g..adakan num hp dia..try tanya
ciss...sampai hati kamu membiarkan saya bermain dengan bayangan tanpa gambar sebenar..hahaha..grrr
masak steak ker fara?sedap plak
Rajin Fara... kakak kalau teringin kena keluar mencari..
Kena sos pencecah yg pedas sikit bestnya..
aaahh..membayagkan saja sudah tau keenakkan nyer!kambing..tumbs up!!
puitis je ayat.....
lain macam pulak sang rusuk kambing bila dideskripsikan serupa itu.
heheh!
tanpa gambar, kurang daya imaginasi saya ini..~ahahaha
sangat mendalam maksudnya... ermmm
Ketika saya belajar(angatan zaman tok adam), istilah ini di gunakan :
Maun = makan daun (herbivor)
maging = makan daging (karnivor)
maserba = makan serba serbi (omnivor)
...kita takkan murtad kepada pegangan maging kerana kita adalah maserba....bukan????..entah apalah fahaman saya.....haaiiihhhh
makan ajelah.....rezeki mesti di tolak......eyyyy kemulutlah!!!!
PERHAN CUBA MAKAN DAGING KAMBING.. MAAF TAK LALU NAK MAKAN..
terbayang-bayangkannye tapi sayang ai bukan peminat kambing.. ;)
tinggi benar bahasanya fara!
*saya suka mkn daging kambing..
hamboooiii...kemain lagi... :p
hehe..puitisnya kisah masak kambing :))
Bombastik sungguh metaforanya...!
wow! cara-cara marinate dan memasak daging kambing ini sangat seksi tau! hehe
amboi!! resepinya.... cara tersendiri!! kita suka la! =D best best...
terima kasih atas komen kat blog kita semalam.. sangat menyentuh sanubari kecilku ini.. terima kasih atas segala harapan dan doa..
setakat ini uncle tak ada masalah makan daging kambing yg telah dimasak.
* kotak komen awak di antara yang terpilih utk diperagakan dalam entri terbaru uncle.
"Adukkan saja"
pandai pilih perkataan...
nak makan kambeng......kecur air liur ni MF
Terbayang kambing panggang.
bemadah nya lah farah ne..kak ita tak suka makan kambing ..lain semua makan..kak ita aje lain daripada lain..
Ni gara2 tengok MasterChef ke fara. Bagus tu