Entah kenapa, perjalanan saya di antara pejabat dan kedai Makcik Nasi Lemak tadi penuh dengan keindahan. Seolah, cahaya matahari itu seperti lampu limpah yang menyorot cahayanya pada saya. Seperti pentas broadway! Diiring pula dengan bunyi comel loceng basikal si tukang cuci kereta yang seraya menegur; Sudah makan ka? Mahu minum? Bungkus minum, mahu? Saya membalas dengan hanya tersengih dan menggeleng kepala sebagai tanda; tak apa, lain kali saja. Tapi bila pulang semula ke stesen kerja, otak sebu bila melihat meja yang bersepah dengan segala macam kertas dan dokumen. Namun sejuk hati bila dinyamankan dengan pemandangan secawan kopi panas yang mana asapnya berkepul-kepul ke udara. Dihiasi pula dengan cahaya jingga matahari di balik tingkap cermin kaca. Oh!
Saya tak menunggu lama. Dengan pemandangan sebaik ini, elok juga saya lahap mihun goreng berlaukkan sambal paru sebelum tugas menjelma.
29 comments
Membaca catatan ini... Tiba2 kakcik rindu pada meja kerja yang telah seminggu ditinggalkan...
morning kaka fara..have a great day wit ur hot coffee ^_^
boleh buat filem deskripsi kamu ini..~haha
ye.. sebelum ianya berubah warna, biarlah diteruskan dengan yang indah dulu.. meja yang semak itu kemudian cerita..
psstt: ai masih mencari mood nak buat kerja... oh.. teruknya rasa..
indahnya perjalanan T_T
perjalanan ke tempat kerja saya bising dengan bunyi hon..eksiden langgar bontot orang depan sebab sibuk berkhayal nak makan apa tengah hari nanti kott!
mihun bersama sambal paru?ohh..sedap nyer!
Semuanya bergantung pada warna...tidak pernah terjadi mimpi dalam warna-warni. Hanya rasian - hitam dan putih!
hati-hati melahap tu, nanti tercekik.
permulaan hari yang baik tu...mood pun mesti oke...slmt bekerja.
Serabut macam mana pun kita ada masa nak makan juga oklah kan..
kita memang suka sangat baca penulisan dari mommyfara! sangat santai.. buat kita nak baca sampai abis walaupun panjang... =)
Kalaulah hari aku macam ni.
Kalau aku describe hari aku, ayat pertama ialah
"Terik suria memacak atas kepala, bahangnya menjemput air berkumpul bermesyuarat di bawah lengan"
Jadi, sume ni realiti atau fantasi fara? ^__^
*gaya penulisan gini ssuai buat cerpen/novel. Dah pernah hntar karya? Ada bakat elok diketengahkn.
Amboi....jauh pusingnya cerita nak minum kopi sambil melahap mihun....hihi..
Fantasi yg bakal di realitikan....emmmm...akk pun fenin ni fara:-)
sedap ayat dalam entry ni..happy day :)
akk,rara xtau knp betapa indah nya bila dpt baca entry akk,ayat nya membawa sy skali feel apa yg akk rasa.akk please jgn delete blog neh!
hihi..pagi yg indah kan? pagi td pekena nasi lemak daun pisang..nyamannn~
sedapnya mee sambal paru..
biasalah, beban kerja mmg buat diri kita tertekan sebab tu akak cuba nak mengenjoykan kerja supaya tak mentensyenkan diri,.. tapi kunci mulanya di mana ye...
kopi panas asap berkepul - bakal jadi subjek kegilaan saya utuk berfoto dalam beberapa ketika ini. :D
Sambal paru? Ohhh jeles!
NI CERITA REALITI KE FANTASI.. ? :)
mummy..di sini juga terasa bahang mihun goreng..alangkah nikmatnya pagi ni kalau blh menikmati secawan kopi dan sepinggan mihun goreng..mau goreng malas..mau bli kete takdaq pulak hahahah..dasar pemalas tul la
pandainya ko berbahasa...
aku sentiasa impress ngan bakat penulisan ko nok...
tak ramai mampu menulis seindah mcm ni...
termasuk aku...
The light blue skies with sun shining brightly. How amazing it is that the same sun that's shining & warming the earth & me right now is the sun that warmed the face of Rasulullah s.a.w., the Sahabah and all the great people to walk this earth. Matahari itu telah menyaksikan banyak perkara and it's amazing, isn't it? Imagine if it could tell us stories about all that it has seen. Ah, sorry. I am babbling/rumbling.
rasa mcm baca novel je. best la fara :)
selamat bertugas..:)
hebat MF
ayat sgt mantap.sesuai buat cerpen la sis
hari yg indah lah tu farah....
Penulisan fara seolah2 mekar sendiri merasainya..huh..hebat la kamu menulis.