17/10/12

nakal

Saya tahu, jalan itu jalan sehala. Tapi saya nakal. Saya selalu bertentang arah. Konon ambil jalan mudah. Lagipun apalah sangat, dalam kawasan pangsapuri rumah saya saja.

Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. Harimau Kumbang saya berlanggar dengan kereta. Salah saya, bertentang arah. Salah dia, mengundur kereta tanpa melihat cermin belakang. Tapi dia kata, saya salah 100%. Dia berpendirian; kenapa perlu dia hendak melihat cermin belakang? Sedang cermin sisi saja sudah cukup. Kalau begitulah pemikiran dia yang mungkin lulus cemerlang dalam ujian undang-undang bertulis; orang yang sedang berjalan kaki pun boleh arwah kalau dia memandu seperti ini.

Suami saya kata; tak apalah. Lain kali, ikut sajalah undang-undang. Walaupun hanya dalam kawasan pangsapuri kami saja. Saya akur. Sejak itu, saya sudah hilang nakal. Bukan apa, buat modal di masa depan. Mana tahu kalau Harimau Kumbang kami menjadi mangsa lagi, kami boleh counter dengan undang-undang jalanraya yang sah!

Ironinya sejak kejadian itu, si dia yang bermati-matian menurut segala undang-undang kini sudah berani menjadi nakal. Jalan sehala sudah berani ditentang. Seolah-olah dia adalah pemberontak jalanan. Dan saya? 

Tak apalah, terima kasih kawan. Saya sudah tidak mahu menjadi nakal. 

Mungkin saya berperasaan sesuatu, ada pembaca tidak berfikir kritis bila membaca karangan berbentuk metafora. Tapi tak apa. Bukan salah sesiapa. Salah saya kerana tidak pandai menyampai.

55 comments

17/10/12

kadang-kadang saya pun selalu nakal..tapi takut jugak nak nakal-nakal di highway..takut encik jpj tunggu di hadapan..

hurmm...kalu kita amik jalan yang salah...memang 100% salah kita...

17/10/12

baik baik ya..
ada kawan saya tu.. dari baik baik terus jadi nakal senakalnya,sebab.. dah boring katanya! huhu

Ramai yang nampak bila orang lain buat, tapi sering tak sedar bila sendiri melakukan...

17/10/12

kdng2 kita perlu ada nakalnya..sebab rules are meant to be broken, kan fara..

Sama sama bersalah..

Si dia pklak yg jadi nakal yer ☺☺

Nanti saya nak try, boleh ker undur keta hanya dgn pandang cermin sisi. Sebab selama ni saya memang pandang cermin sisi dan cermin belakang.

Tanpa Nama
17/10/12

kamu yang bersalah...

17/10/12

please please kamu jangan nakal..=)

17/10/12

kesian harimau kumbang..tercedera.. takpe lah fara..untuk ingatan masa depan..hati2 ya..


makin tambah angka nih

makinlah maturednya kita

chewahhh

hahaha xfaham,pi main jauh2. kehkeh

psst: lain kali jgn nakal lagi ye mommy Aydin!

suami sy suka nakal di jalanraya..adala satu jln shortcut kalau nk gi jusco dekat rumah kitaorang..mmg bertentang arah tp sikit je pon..nasib x baik kena saman polis terus x berani buat dah..

xpe fara, kelainan ni yg menjadikan blog fara ni unik... yg tak metafora pun, kalau org nk salah tafsir ikut jiwa dia ,tetap juga tak smpai maksud asalnya.....teruskan ye..

17/10/12

Kita geng sbb saya pun nakal. kdg-kdg saya pun suka curi ayam. hihihi.

Tanpa Nama
17/10/12

suka cara penyampaian u ni N3 unik!

kdg2 perkara buruk yg berlaku boleh menjadi pengajaran yg berguna untuk kita.. klu org lain tidak mahu mengambil iktibarnya itu terpulang pada mereka kan..

jangan banyak main lagi yer kaka fara..zaman uitm kita dah berlalu, ekeke!! :)

@Suliana Sulaiman

Oh, klu nakal-nakal di highway...menempah nahas namanya.

@♥cikmOt♥

Saya mengaku saya salah. Tapi....(ceh, mengaku tapi BERTAPI pulak!)

@Kella

Hah! Bahaya klu spesis mcm tu!

@Kakcik Nur

Betul. Mcm sy. Asik je rs diri sendiri betul. Tak nampak salah org len. Hihihihihi....

@amirah

Hahahahahah! I like.....you!

@:: Mrs.Eady ::

Ya...ya....saya tau.

@fiza

Kan? Tapi padan muka saya. Sape suh bertentang arah. Kan?

@smbotak

Alamak, polis trafik bidan terjun ka? Mana pigi? Lama tak nmpk?

@cheqna

Tidak...tidak lagi.

@Rai Ourkizuna

Mmg asyik teringat je ni. Huuu~

@bukankosong

Pasti ke bertambah angka? Bukan statik?

@Hana Soffelia

Nak nakal2 dengan Naurah je. Heeee~

@Rina AVAIL a.k.a Cik Betty

Org kata, selagi tak de pengajaran...selagi tu tak sedar. Oleh itu, sy dan hubby awak adalah sekapal. Heeee~

@Aisy Nasiha

Yelah kan? Bukankah tulisan itu subjektif pada pemikiran setiap pembaca? Heee~

@kakchik@ella

Sy tak curi ayam. Tapi sy curi lembu. Boleh beli kondo. Heee~

@Kesuma Angsana

Terima kasih daun keladi. Harap jangan miang dengan batang keladi tu ya?

=p

@Hanis Azla

Tak boleh terpulang kak. Mesti kena babab vontot jugak sebab nnti diorang menyusahkan org len. Huuu~

@Bonda Ryan

Kaka suke perasan msh di UiTM. Awet muda. Wahahahaha!

17/10/12

ayat metafora yg ringan...
senang difahami..ok je kak..
ikot undang2..so if something happen kita tak dipersalahkan..
yg penting..belajar dr kesilapan.. :)

x pernah nak nakal2 sebab naik kenderaan awam...huhu

Yg satu pihak - Banyak cermin satu aja digunakan sudah memadai dirasakan.

Satu lagi - Jalan tempat sendiri tak mungkin tak faham selok-beloknya lagi..

Itulah dikatakan accident..

17/10/12

salahnya undang2 tidak dikuatkuasakan sepenuhnya .. atau kadang2 pilih bulu.

17/10/12

Slps nie bolehlah sama2 selalu beringat.

salam farah..sori lama tak singah...mcm-mcm belaku..malas dan tak ada mood....
kak ita pun kena juga mcm tu..biasa lah kak ita duk flat..paking haram aje lah..no plat tu .jng kata dah tak larat nak buat baru selalu..

dlm tiap kesalahan tu, pastinya dua2 ada menyumbang..sikit atau byk.

*cara penyampaian fara tu, hakikatnya bkn sume org boleh faham. saya pun tak pasti faham atau tak..tapi tak salah pun.

17/10/12

ingatan tu lain kali jangan nakal dah... kesian harimau kumbang

*** saya selalu juga nakal sekarang ni tapi kalau dgn motor je kalau pandu kereta tak berani nak nakal2 :)

17/10/12

Kenakalan kamu jd tauladan..bagus juga menjadi nakal sedikit utk faedah yg besar....

17/10/12

di jalan raya bandar2 sy nakal sekali sekala...langgar semua lampu isyarat, sebaliknya di jln2 kpg sopannya lebih mcm nak menikmati suasana keindahan...

hiperbola ?

saya selalu je nakal nakal ni...hihihihi~

17/10/12

assalam fara..suami acik pun suka macam tu..dan acik selalu kata..belum kenaa..berani la..peringatan jugak ni..terima kasih fara

17/10/12

Tupai tu, kalu nakal lagi, elok hukum tembak jerrr!

hati2 lain kali...

ada sebabkan kenapaa ikut songsang jalan sehala tu...pasti ianya jalan pintas.


agak saja

18/10/12

next time hati2 nok...malang tak berbau...

18/10/12

ERM.. UNDANG-UNDANG TETAP UNDANG-UNDANG. KALAU TAK BERLAKU APA-APA MEMANG TAK SALAH. KALAU DAH KEMALANGAN ATAU KENA SAMAN MAKSUDNYA SALAHLAH..

19/10/12

suka penulisan mommy farra yang bermetafora ni. kagum dengan cara penulisan dia ^^

mcm nurul nakal sikit tapi hubby namapun nizam(menurut undang2)apakah??huhu hati2 di jalanraya

20/10/12

Jangan nakal-nakal ya fara..

Tak pe, kejadian itu satu peringatan di kemudian hari

Catat Ulasan