29/10/12

kenyataan

Manusia memang sukar menerima kenyataan. Ada manusia, tak pernah senang dengan kesenangan orang lain. Ada pula manusia, tidak pernah menerima diri sendiri dengan seadanya. Menyeksa, menghukum dan terus menerus bersembunyi dari realiti.

Dan saya pula? Sentiasa saja bencikan hari Isnin. Sentiasa saja menyampah pada hari Selasa. Sentiasa saja mengeluh pada hari Rabu. Sentiasa saja mengharap pada hari Khamis. Dan sentiasa saja terdesak pada hari Jumaat. Sedangkan kenyataannya, 5 hari seminggu inilah yang mendorong saya untuk memenuhi keperluan dan memiliki kehendak walau terpaksa menurut kepada peribahasa; sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. 

18 comments

isnin selasa rabu khamis jumat..yesss sabtu ahad!

29/10/12

Assalamualaikum Fara

Bersyukurlah seadanya
kerana ada orang yg lebih kurang drp kita

29/10/12

belajar mencintai Isnin...keh keh keh

Walau apa pun rasa -ve tetap tidak diturutkan sebab tahu ada tanggungjawab yg perlu digalas Fara..

29/10/12

Suka atau tidak suka, hari hari berlalu begitu pantas. Esok lusa loh...sudah akhir tahun. Dgn tenang dan doa kita lalui shj menyusuri jln pulang yg lurus ..

Saya suka hari jumaat ☺☺

29/10/12

saya suka hari jumaat. tak suka hari ahad.

29/10/12

Sekarang ai suka hujung minggu.. masa inilah masa berharga bersama keluarga..

29/10/12

saya kadangkala sabtu ahad pun kerja...

Tanpa Nama
29/10/12

KA suka semua hari kerja hehehe

29/10/12

suka dalam paksa
huhuhu

29/10/12

Hari2 cuti pun bosan jugk kan..:)

30/10/12

As salam Fara,

Sedang belajar mengingat hari in Spanish... Lunes, Martes, miercoles, Jueves, viernes, sabado y domingo! yessss! ;)

Terpaksa tempuh 5 hari seminggu tu untuk teruskan hidup.

kak ita ok aje farah..duk rumah boring lak...

hari tetap berganti hari..andai bisa ku mengulang waktu hilang dan terbuang andai bisa ku perbaiki segala yang terjadi..tapi waktu tak berhenti tapi hilang tak kembali...harap ampunkan dosaku ini....nie lagu dr opick..

isnin hingga ahad mmg waktu sama dr hari ke hari cuma kita jer yang berubah atau tak.ada tak kualiti pada hari tuh..hehehe..masa mmg tak kan tunggu kita..harap kita dapat jadi makhluk yang berguna dr sehari ke sehari..

ingatan utk diri sendiri juga

31/10/12

gelak baca komen daddy ziyyad.. hahaha..

dah 2 kali terdelete komen.... haha

Catat Ulasan