22/11/12

aduhai, blog!

Masalah blog saya berterusan. Saya pun tak tahu, macam mana entri perihal Bapa Sembelih Anak masih ada. Walhal, bukan entri saya pun. Entah siapa punya. Virus, kah? Bila saya periksa di HTML, tak jumpa apa pun. Aduhai! Pening kepala. Rasa nak lupakan saja. Rasa nak padam saja Pok Amai-Amai. Dahlah. Biar sajalah di situ. Sampai saya jumpa jalan penyelesaian nanti.

Oh, ya! Dalam kemelut menahan perasaan melihat blog yang sedikit cacat, Nuffnang memberi perkhabaran gembira bila memberi seketul BE Colgate Diabetes. Tapi, kan...tapi, kan.....bukankah Colgate itu antara senarai barang yang perlu diboikot? Hah? Ada sesiapa yang sedang dalam mood boikot tapi dapat BE Colgate? Sila angkat tangan! Macam mana? Nak boikot tak?

Pesanan ringkas :- Kak Eyenee, blogmu diserang malware. Sila bunuh mereka sekarang juga kerana saya rindu untuk membaca coretanmu. Dan kepada follower baru, jutaan terima kasih kerana sudi follow blog cacat saya. Tapi, kan....boleh tak kawan-kawan baru saya tinggalkan link blog untuk memudahkan saya menjejak kamu semula. Boleh eh? Bolehlah....eh?




21 comments

22/11/12

hairannya..macam mana boleh jadi macam tu fara..da cuba check malware ke apa ke..?

Ha'ah lah fara, baru saya perasan. Harap2 masalah ni cepat selesai.

Boikot sejak lama dh..hehe, sy mmg tak guna colgate, guna jenama lain..
Dapat Be tu jd jgnla padam blog ni, syang la fara... cer try tanya org lbh pakar...

22/11/12

bila sy buka kat reading list kat dashboard, semua nampak ok. tapi bila klik kat laman utama blog ni, tu yg jadi entry bertindan kat atas sekali..

kejap nak check ade ke iklan tu kat blog!

22/11/12

Tahniah dengan BE

JOM~
Nak invite join 1st Giveaway Blog Qashmere

Banyak hadiah yang menarik untuk semua.

22/11/12

huwaaaa....same la ngan blog saye pon kak..
kuar pop up "funnyvideos" mende tah..
duk cari kt html xde plak..
tp pop up tu kuar kadang2..isyy..geram tul..
same la kite kak..
duk boikot..tp BE colgate masuk..

Tanpa Nama
22/11/12

hari ini nampak dah ok je!

camne tu nak boikot? cer bgtau nuffnang. hahaha :-p

Naurah said : Aunty fara jgnlah membisu atau membutakan pok amai2, ibu suka datang sini. Eh? ^_^

22/11/12

Camne boleh jadi gitu? Share kan solution nanti. Tk.

22/11/12

moga cepat jumpa jalan penyelesaian masalah blogmu itu Farah..

Colgate..? eerrrr..

ada Follower yang follow tapi tak tinggalkan link agak sukar nak jejak dia balik..


psstt: bonggol yang banyak itu berada di T.Medan dan D.Harun.. huhuhu.. :(

Oh... catatan bapa sembelih anak itu bukan Fara yang buat ya? Ish... cemana boleh ada pulak dalam blog Fara ni... (garu tudung kakcik)...

Nuffnang dah lama tak berkenan dengan kakcik, satu BE pun tak lekat dah... ;-)

Bila baca catatan 'tolong' di bawah, baru kakcik tahu masalahnya. Tapi, kakcik tak nampak apa2 yang cacat pun di blog Fara ni...

akak lagi best..konon nak upload citer kazen tunang tu...skali x leh upload..storage dah abih limit..dia suh purchase lak online byr usd5 sebulan...wahhh...kalu setahun x per la jugak kan...ni sebulan...

kak ita boleh aje buka blog fara tapi blog kak eyenee tak boleh...rindu juga nak baca blog dia...harap dia ternampak komen kat sini...

salam fara..

seram pulak akak.. entry yg bukan kita punya boleh berada dalam blog kita.. canggih betul virus2 skrg ni ya.. harap2 segalanya dapat ditangani dgn baik.. janganlah tutup pok amai2 ni.. sayang.. suka dgn entry2 fara yg membuka minda..

La..entri tu bkn fara buat. kena hack la ni.. Langkah paling penting kena tukar password supaya tak kena lagi.

susah ati gak kalau kena gini kan? moga kembali normal blog fara ya.

22/11/12

ha??? scarynya... camner leh ada terselit n3 bukan datang dari kamu sendiri??

dah la n3 yang menyeramkan

larik!!!!!

@_@

22/11/12

awak.... yang komen nama aman sain tu kite... adoi... kawan kita bukak blog pakai pc kita tadi. lepas tu lupa nak sign out. nasib baik kita perasan... sori.....

wah. bahaya gak virus cenggitu. kadang bukan kita taip. takut yang pelik2 keluar.tup2 ada. tak try delete kak?

22/11/12

x nampak plak masalah kat blog ni...
x kisah janji cheqna leh masuk n baca =)
kijam dop komen ni

Catat Ulasan