Saya tahu, Mc D kini berada di dalam fasa tidak sabar-sabar untuk melancarkan kembali Prosperity Burger. Disebabkan burger bersos lada hitam itu, Mc D mengaut untung berlipat kali ganda. Dan mungkin di kala itu, ada di antara kita yang sudah lupa pada kempen boikot-memboikot.
Andai kata kempen boikot menjadi di Malaysia, apalah nasib makcik di depan kaunter Mc D sana kan? Apalah nasib pekerja-pekerja kuli di sana yang majoritinya berbangsa Melayu dan beragama Islam, kan? Ada kita terfikir tentang hal yang itu? Mungkin tidak kerana kita sudah puas menangis melihat nasib rakyat Palestin yang diserang bertubi-tubi oleh pihak zionis. Dan tiba-tiba datang semangat teruja untuk membantu mereka. Tiba-tiba saja, kan? Walhal sebelum ini kita tak pernah memikirkan mereka. Iklan minta derma kambing untuk rakyat Palestin pun endah tak endah saja.
Atau mungkin kita boleh berikan alasan; Rezeki Allah itu luas. Kalau bukan di Mc D, mungkin boleh ikhtiar di tempat lain. Oh, ya? Apa senangkah mencari rezeki di tengah kota KL sebegini?; Alah, yang kamu kerja di KL tu kenapa? Balik kampung tanam jagung sudah. Kita memang suka berfikir mudah kerana kita sudah tersedia hidup mewah. Kita ada rumah sendiri. Kita ada kereta sendiri. Jadi, apalah sangat kerja kuli di Mc D? Dari membazir masa menyokong syarikat Yahudi, pergilah tanam jagung sendiri! Ya tak?
Tapi, adakah semata Mc D? Pernah terfikir yang Mark Zuckerberg mungkin menyalurkan dana untuk zionis? Atau mungkin, Steve Wozniak yang merupakan co-founder Apple juga menyalurkan dana untuk mereka? Dia mungkin bukan orang Yahudi tapi kena ambil tahu yang Mr.Wozniak adalah ahli Freemason. Dan Freemason punya agenda untuk meruntuhkan Masjid Al-Aqsa demi membina semula Kuil Haikal Sulaiman. Semua ini sudah diwar-war para ulama. Ada sebab kenapa Amerika Syarikat bersekutu dengan Israel. Selagi masjid itu tidak jatuh ke tangan mereka, selagi itu Palestin akan dihentam. Dan ada sebab kenapa dunia dipengaruh dengan kempen Islamophobia. Juga ada sebab, kenapa Gaza diserang!
Atau mungkin Facebook dan Ipad atau Iphone atau MacBook masih relevan untuk digunapakai? Mungkin BE Colgate yang ada di antara kita bertuah mendapatnya? Bagaimana? Nak makan duit Colgate atau mohon pada Nuffnang supaya menarik balik BE itu?
28 comments
Pendapat aku sedikit berbeza. Boikot di sini sepatutnya bukan bertujuan nak buat McD ni gulung tikar terus. Tapi cukup sekadar nak menyatakan sokongan kita tentang nasib golongan yang tertindas tu. Lebih kurang macam jentik-jentik sikit la. Panas jugak hati bila kita tengah concern pasal perang, diaorang bagi burgee free pulak. Agak kurang ajar jugak la.
Ingat, aku pun tak suka kalau sampai ada yang hilang kerja. Cukup sekadar menyampaikan mesej.
saya suka entry ni!
hahahhaa..nice one!
senada dgn entri saya hari Ahad lepas...Yg best, ada komen dlm entri saya tu " kalau nak boikot, pastikan jgn pakai kotex juga"..hahahahaha..ada betulnya tu..
Saya nakgi McD kejap lagi..lalalalala..abisla kena tuduh penyokong zionis lepas ni!
x suka McD...tp tu la..pihak Mekdi malaysia siap buat press conference kuar surat mengatakan diorang x support kewangan Israel..x tau nak percaya ke tak..
TAK TAU NAK CAKAP APE FARAH OOII... KITA DOAKAN MEREKA SEMUA SELAMAT SEJAHTERA SELAIN MENGHULURKAN BANTUAN BERUPA DERMA..
yang beria ria berkempen sampai mengutuk menghina mereka yang kerja mcd tu jangan la buat statement tak bertanggungjawab.. pandai suruh orang berenti kerja..dah tu..keluarga kawan tu nak makan apa?
ulat dalam batu pun boleh hidup? ko makan la batu..
Ha, berkait kait kan? Kalau gini, terpulang pada niat kita.. Kalau buat sesuatu, beli atau guna atau mendapat manfaat sebab kita sengaja sokong pihak tak patut, MEMANG TAK PATUT..tapi, mcm ubt gigi yg jd keperluan kita, niat tu ok.. BE pun rezki tak langsung, apa salahnya..
psl BE tu kn fara..susah nk bg pndpt sbnrnya. Saya pasti hasilnya taklah sampai jatuh haram. Fara mungkin boleh amik hasil & salurkn sbg derma. Taklah fara rasa bersalah nnti.
Bab boikot ni, kita buat sikit2 mana yg boleh. Mcm Fb (kalo betul ada kaitan dgn yahudi) rasanya blm boleh boikot sbb ia cara plg cpt & mudah sebarkn info. Dn blm ada alternatif yg setara dgnnya. Beza dgn McD. Ni cuma pndpt saya je..:)
isu besar skang ni boikot mcd jela...
cheqna tak dapat BE tu..x bagi pun x pela..=)
moga Allah melindungi saudara kita di sana
McD je yang orang nampak.. ;)
boikot?? huuu. Baik. Aku pun dah lama tak makan mcD... ehehe
@daddy ziyyad, itu saya yg komen. wakakak.
pok amai-amai,
herm. Oh mcD, starbuck, johnson&johnson, nestle. adoi, macamana ni...
terlalu banyak yang yahudi monopoli bnrnya..hanya mampu meminta pada Allah lindungi mereka yang teraniaya
hari ni sy perasan kat fb bertebaran org share TERIMA KASIH TESCO utk dptkan free voucher RM500. pakat2 la share. tesco bkn yahudi eh??
hehe :p
bak kata kak aizamia...mcD je nmpk..
setuju ngan aizamia3 kalau nk dikira byk lagi yg len selain mcd ni.. yg jadi sumber periuk nasi org2 kita juga !. so fikir2kan juga ye
Terbayang prosperity burger...arghhh...sedapnya...ekeke..
Boikot, terpulang kepada individu. Byk cara lain selain dari boikot. DOA yg paling penting. Semoga saudara² kita di sana sentiasa di bawah lindunganNYA.
bagusnya tulisan ini! terima kasih! setiap kali membaca tulisan kamu memang tidak menghampakan baca sampai abiss.. =)
kadang2 orang membuat tindakan ikut ikutan..
as salam
tadi ada baca kat fb pasal mark zuckerberg tu tak salur apa2 utk yahudi..ust zaharudin yg story ttg ni.
http://www.zaharuddin.net/senarai-lengkap-artikel/3/901-facebook-yahudi-a-status-hukum.html
mcd pun jauh dari tpt akak..tak payah boikot, mmg sedia boikot..yg lain2 terpulang pada pendapat masing2 kan:)
cara yang saya pilih adalah untuk menderma dan menjalankan kempen mini kesedaran dikalangan rakan-rakan untuk membantu adik-beradik kita yang berada di palestin...
untuk boikot,saya tidak memilih untuk boikot semata-mata dan membuta tuli hanya kerana itu yang orang dok cakap skrang ni...
sbb dalam era globalisasi sekarang...susah nak bezakan...unless la ekonomi kita memang sistem komunis tertutup...
anyway,take care fara!
semalam saya baru je makan mcd..
bagi saya boikot tidak menyelesaikan maslah sebab their francise ni bukan kat malaysia..satu dunia.
doa lebih baik..
Pada kakak mana yg termampu diboikot lakukanlah kalau tak mampu nak buat macam mana.
Jujur nie Fara, kakak McD memang lama tak masuk tapi milo kakak minum.
hampir kesemua pon yg ada kat malaysia nih dtg dari sana...humm..berdoalah yg terbaik.
sebab apa israel pulun sgt nk masjidil aqsa?
Salahdin Ayubi berkata "sesiapa yg menguasai baitulmaqdia dia bjaya menguasai dunia"
kalau betul2 nak boikot patutnya bukan setakat mc d.. tapi ada banyak lagi.. nak memboikot tanpa mengkaji.. sudahnya sekadar memboikot membuta tuli.. selang 2,3 hari kembali beratur di mc d...
Semoga saudara kita di palestin sentiasa dilindungi.. semoga usaha-usaha untuk memusnahkan masjid al-aqsa tidak akan menjadi.. (tiba-tiba hati merasa sebak bila bercakap soal ini)..
Nk boikot byk bnda yg mmg yahudi pnya kita guna dri zaman tok nenek...nk boikot..boikot semua...mampu?
Jom guna brgan buatan msia..jgn mnum milo..susu...jgn mkn megi...see...bykkn barangn dorg kt bumi kita...emmm
Tapi..kopi mcD sedappppp...k bai..:-P
Masalah nyer boikot tuh bukan sebab sayangkan Palestine sgt, sebab mengikut kawan je pun..hmm
wah. nice entri kak. banyak cara nak support, dan terpulng pada individu.apepun kita doakan saudara kita yang berada di sana.
Assalamualaikum Fara
mekdi...tak habis anak jari untuk dibilang berapa kali ke kedainya
mukin saya dah boikot drp dulu lagi...