Saya selalu berkompromi dengan masa. Disebabkan itu, apa yang saya cita semuanya tergendala. Seperti pemaju rumah yang punya projek terbengkalai. Bezanya, saya miskin masa. Bukan miskin duit. Kalau miskin duit, boleh diusaha. Tak kaya, serba mampu pun tak apa. Hari ini dapat seringgit dua, esok lusa bolehlah menabung baki. Hujung bulan, adalah sikit simpanan. Kalau masa? Nak buat macam mana? Bolehkah kalau nak menabung sesaat dua? Hari ini kita korek masa, esok lusa kita simpan sesaat dua. Hujung bulan, bolehlah gunapakai kalau rasa 24 jam itu tak cukup. Boleh?
Dulu, saya pernah punya kawan. Kawan yang bukan dari bangsa dan agama yang sama. Dia belajar taklah setinggi mana. Setakat punya SPM. Kerja dia biasa-biasa saja. Tapi dia punya cita-cita untuk menjadi kaya. Memang dia kaya. Kereta mewah. Kondo mewah. Makan mewah. Serba-serbi mewah. Malangnya, dia keseorangan. Sepi. Sunyi. Seorang diri. Disebabkan cita-cita untuk menjadi kaya, maka dia menjadi hamba kepada diri sendiri. Tak boleh tak kerja. Kalau tak kerja, nanti papa-kedana. Tak ada kawan pun tak apa. Tak ada kekasih pun tak apa. Tak ada anak pun tak apa. Janji, duit ada. Kalau bercerita dengan dia, segalanya pasti berkisar duit. Bila berjumpa saya, perkara pertama dia akan takutkan saya; Anak kau ada buat education saving? 20 tahun akan datang, fees untuk universiti for sure double-triple dari yang ada sekarang. Takkan kau nak hantar anak kau belajar kat local university? Kalau ada duit, universiti kutub utara pun petik jari. Dari situ saya andaikan, dia bercinta dengan dirinya sendiri. Berkahwin dengan dirinya sendiri. Bergembira dengan dirinya sendiri.
Tiba-tiba, saya teringatkan bos sendiri. Mungkin bila mati nanti, dia mahu pasang penghawa dingin dalam jiratnya. Sebab itu bila punggung sudah senget pun, dia masih mengerah saki-baki kudrat yang ada. Aduhai!
Ms. Kella (Blog MATHARI), sampai ke hari ini saya tak dapat masuk ke blog awak disebabkan serangan malware yang jahat itu! Sila beri perhatian sebab saya dah kecur-kecur liur dengan gambar crepe durian kamu!!!!
Ms. Kella (Blog MATHARI), sampai ke hari ini saya tak dapat masuk ke blog awak disebabkan serangan malware yang jahat itu! Sila beri perhatian sebab saya dah kecur-kecur liur dengan gambar crepe durian kamu!!!!
23 comments
...ada yang akan sering dikorbankan walau pun tak perlu.
hehehe, tu jadi hamba duit tu...
takde duit tak leh idup...
kira memang jirat emas kut...ihikss
Gitulh gayanya kalau hidup jadi hamba duit.
Duit mmg sgt penting..tapi bkn sume bnda boleh beli dgn duit.
*ni kalo bos fara tau..cmne..^__^
jd hamba duit ;(
Betul tu. Duit bley di cari, tapi masa tak boleh. Rasa 24 jam ni pon tak cukup...hurmmmm...
sebab itu, sentiasa lah pohon dalam doa kita setiap hari , semoga di beri nikmat kelapangan masa. Nikmat ini, ramai yang terlupa. Ramai yg pinta nikmat kaya raya, nikmat sihat tubuh badan
DAH KERJA DIA KENA JADI MACAM TU.. TAK BEKERJA, TIADA DUIT..
Mungkin pada dia duit boleh beli segala-galanya...
Duit banyak susah. Duit takde lagi susah.
argghh..saya juga kekurangan masa!
adoii, duit kekadang boleh buat orang nih jadi buta mata, buta hati, buta apa lagi nak cakap..aishhh..
kita kena renung balik niat kita..
Salam Fara
...cukup sekadar berangan nak jadi kaya...kalau ditakdirkan menjadi kaya raya...alhamdulillah
bila berjoging di pagi minggu, jarang sgt jumpa dgn bangsa sendiri, selalu jumpa satu lagi bangsa/keturunan.. pernah juga tanya; "mereka mahu sihat untuk hidup di hari esok" jadi bila baca entry ni, mcm agak je kwn tu bangsa/keturunan mana..
sbb mereka fikirkan untuk hari esok..(jika salah, harap maaf)hehe..
pros dan cons menjadi kaya. hihi.
semoga bos akak tenang di alam nirwana yang ada air cond
hah?? kiter punya baik layan baca entri ni, tak sabar nak komen macam2 tapi bila baca yang bawah sekali lagi tu! terus darah naik atas kepala! namaku..! cuak jap! malware? menda tu? nak kena buat apa? patutla kebelakangan ni, macam ada satu link yang kita nak delete2 tapi tak dapat! tahu ke cemana nak buangnya?
sat nak cari jalan penyelesaian jap...
menatang apa la malware nih.. aiisshhh!
tuhlah ada yang perluk dikorbankan bila nakkan sesuatu..mmg masa kita takleh nak simpan..kita panggil2pun cuma bleh dikenangjer tapi realitinya mmg nak kajarpun enggak bisa dong..bila pkr2 mmg banyaknyerlah hai membuang masa..
duit bukan lah segala gala nyer...jika banyak duit tapi hati gusar buat apa kan...
nikmat kelapangan masa..tu sebab orang kata masa itu emas..
dunia itu penipu..
manusia itu pelupa..
si penipu sering menipu si pelupa.. (",)
haha. sentap siot kutuk bos. haha. manusia alpa dgn duit.. haish.. kejar duit. duit lebih penting ke? adoi.
duit bukan segalanya..