30/11/12

perempuan bff lelaki, lelaki bff perempuan

Lelaki dan perempuan tak boleh diadun menjadi kawan baik. Fitrah manusia, kalau jantina berlainan pasti boleh timbul perasaan. Tak boleh jadi selamba. Tak boleh bini orang, berkawan baik dengan laki orang. Pergi kerja, laki orang tumpangkan. Keluar lunch, bini orang belanjakan. Balik rumah, SMS together. Bini orang ada masalah, laki orang yang dicari dulu. Bukan laki sendiri. Laki orang gersang, bini orang itu yang diingat dulu. Bukan bini sendiri. Kesimpulannya, jauhkan BFF antara lelaki dan perempuan. Lebih-lebih yang sudah berkahwin. Setan itu ada di mana-mana. Orang Islam tak boleh jadi macam mat salleh Yahudi. Dengan kawan baik pun boleh dibawa sampai atas katil. Tapi dalam masa yang sama, tangan berSMS; I love you dengan kekasih sendiri. 

Saya sukar membalas cinta dengan kawan baik sendiri. Bila kita sudah korek hidung depan mata dia, tup-tup esok lusa dia bagi nota; Aku dah lama pendam hati sama kau!

Err.....

25 comments

errr...

30/11/12

Kak zan suka catatan yg akhir tu..kahkahkah..cam gitu pulak!

30/11/12

hehe..sama pon sama.. dan sgt2 tak suka tgk culture bini org bermanja dgn lelaki org.. bukanlah jeles sbb masih single. tapi mcm takboleh terima..sbb tak kesian ke kat pasangan masing2..

kat opis SA ada scandal mcm ni...naik meluat..

Perempuan bujang tak boleh berkawan rapat dengan suami orang. Sebab sikit2 lama2 jadi bukit.

Boleh berkawan tapi kena ada batas yg telah digariskan dalam agama. Sebab bila sekadar berdua antara lelaki dan perempuan akan ada dicelah-celahnya syaitan yg menggoda.

setuju giler hambe part nih. laki ngan perempuan mmg xboleh jd bff.... fikirkan hati orang tersayang.

fitrahnya begitulah. tapi ramai sebenarnya yang cuba buktikan sebaliknya.

tapi akhirnya fitrah juga yang menang.

Aduhai..lawak betul perenggan last tu fara!

Sbg muslim, mmg tak boleh bergaul mesra gitu. Lg2 yg dah kawin..mmg suka sgt setan. Ada chance rosakkan rumahtangga org.

30/11/12

betul tu..sy sokong!sy penah mcm awk ckp la,kite kemain duk kwn dgn dia tetibe dia ckp suke kat kite..hoh,bini org ada pun aku nih..terus sy jauhkan diri..tak sanggup..haha...

betullah, ada pengalaman kapel ngn kawan sdri, tak lama pon, sb rasa cam pelik..tapi entri kat ats mmg banyak betolnya, takleh nak rapat sgt ngn kawan lelaki sb takot akan ada perasaan...payah2..

30/11/12

Hahahahahaha...

Takpe la dia dah lama perhati awak korek hidung depan dia...bagitau dia " saya dah lama perhatikan awak kentut selamba depan saya! "

bahahaha

30/11/12

orang tengok pun tak manis kan...harap dijauhkan lah perkara2 mcm nih...

yeahh!! gud entry kaka, lama dah nak berbicara soal ini..tapi mulut seakan terkunci rapat, al maklum lah takut2 ramai yang sentap..ekeke!!

err kalau dah suka, korek hidung pun nampak cantik yer dak..ekekek!

betul. sy pun penah bercinta dgn kawan baik suatu masa dulu, last2 sy hilangkan diri sebab sy rasa takleh 'giiiii dah' bercinta dgn kwn baik. rasa tak sesuai.

laki org kwan baik dgn bini org..sangat bahaya.

nice entry...

sukar utk menidakkan kerana tidak dapat dinafikan wanita adalah ujian buat lelaki..

tapi, kenapa penyakit ini mudah merebak? adakah dek kerana, wanita kini terpaksa bekerja sehingga menyebabkan perhubungan menjadi lebih terbuka??

mungkin boleh dikatakan, setan kalau buat kerja, jika iman kita kuat, kita berjaya.. jika iman kita lemah, kita tewas..

aku gelak kaw-kaw! haha

setuju ini. But somehow... ada juga yg berlainan jantina dpt jadi kawan baik tnpa perasaan tu. =)

2/12/12

As salam Fara,

Ok kelakar baca ayat yg last tu! Korek hidung! Saya tambah kentut depan muka bole?...hehehe... :D

Ntahlah ye, yg penting jgn bermain dgn perasaan sebab Syaitan dimana-mana... Saya ramai kawan baik lelaki! hehehee... ;))

Hubby kita kwn baik dgn perempuan pun dia boleh jeles tau! Jadi moral of the story, pandai2lah bawak diri :)

3/12/12

saya pernah baca tulisan Dr fazilah kamsah, dia cakap;

jangan bagi hati kita kosong. jangan bagi hati kita sunyi. sebab banyak benda yg akan isi kekosongan dan kesunyian hati itu nanti.

3/12/12

err.. hanya berkawan tapi tak terlalu rapat...

mula2 BFF lepas tu mula la...

** ayat last yg tak tahan tu

betul juga tu farah...nanti boleh gaduhkan..so pepandai lah bawa diri...

since dh khwin, tiada lagi istilah bff kat kwn2, sbb bff sekarang hanya suami. jgnkan kwn lelaki, even perempuan pun, if kita still anggap bff (lah sgt!), confirm kalo kita ada mslh dlm keluarga, dia pun tau. Terfikir, elok ke cite hal rumahtangga dan maruah suami pada org luar? hurm..

5/12/12

Alhamdulilah. sya bernasib baik krn sejak kawin, sya terus jd surirumah. Makanya pergaulan dgn kawan berlainan jantina mmng tiada lagi. Kalau kita bekerja di luar sana mmng terdedah dgn mcm2 konsep pergaulan. cumanya kita sendiri perlu kuat dan pandai bawa diri.

Catat Ulasan