3/12/12

rungut isnin!

Oh, ya! Semalam petang, saya sudah selamat menyantap Prosperity Burger. Mungkin akan makan lagi kalau tekak menjerit minta dibelai-belai dengan sos lada hitamnya. Kepada yang memboikot Mc D, minta maaf ya kawan-kawan. Saya mungkin tidak sensitif tapi duit yang saya bayar semalam saya sudah niat untuk rezeki murah orang Islam yang makan gaji dengan Mc D. 

Semalam masa makan di Mc D, seperti biasa orang memang ramai. Beratur panjang itu kebiasaan. Tapi disebabkan Prosperity Burger, panjang macam mana pun saya redah juga. Apa yang penting, bukan redah untuk burger free ya. Tapi dalam masa membeli, hati terbakar juga dengan sikap pekerja kaunter yang acuh tak acuh. Saya punyalah penat menyengih sepanjang masa. Tapi dia balas dengan masam mencuka. Saya faham, mungkin dia letih menghadap pelanggan yang banyak songeh, cerewet. Sudahlah kena kerja hari Ahad. Dengan kerenah bos lagi. Tapi tak semua pelanggan macam itu. Saya ok saja. Saya pesan lain, dia bagi lain. Pun saya diam saja. Malas nak gaduh. Janji saya tak bayar lebih.

Saya andaikan begini; Tak semua orang gembira dengan kerja mereka. Mungkin mereka sudah berhempas-pulas belajar bagai nak rak hanya untuk segulung sijil. Siap buat pinjaman PTPTN lagi. Tapi, sudahnya kerja di depan kaunter Mc D saja. Siapa yang suka, kan? Tapi disebabkan tak nak menyusahkan orang tua dan tak nak digelar penganggur, memilih kerja di era milenia ini memang tidak relevan lagi. Lebih-lebih lagi di KL. Janganlah pula ada yang kata; Siapa suruh duduk di KL! Eh, suka hati sesiapalah nak duduk di mana pun, kan? Rezeki ada di mana-mana. Tapi tak semua orang bernasib baik macam kita. Contohnya, kita duduk dan kerja di Melaka. Nak dijadikan cerita, kita dapat kerja yang kita suka. Memang bernasib baik sangat-sangatlah. Tapi janganlah bila dengar kawan yang kerja dan duduk di KL merungut bosan, kita nak jadi cikgu kaunseling pula; Kerja kena ikhlas. Jangan asyik merungut. Kalau tak, macam mana rezeki nak berkat. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. 

Ah! Malas nak membebel lagilah! 

30 comments

terus rasa nak makan mcd!

Tanpa Nama
3/12/12

ini bukan bebel, tapi nasihat. kalau bebel, tiga perenggan memang tak cukup. hehee...

Kerja yang kita pilih dan dapat dengan alasan 'minat' pun belum tentu akan membahagiakan kita...

3/12/12

Assalamualaikum Fara

nak cuba beger bakar...

Awak dah pon membebel sebanyak tiga perenggan. :)

Boikot McD? Saya buntu bila cerita pasal boikot memboikot ni. Diluah mati emak ditelan mati bapak.

Nak kongsi cerita, sama juga jadi kat saya last saturday. Teragak sangat nak bfast mcD so terus drive tru tapi yang amik order sangat la tak mesra.

Tak mengapalah. Mungkin dah bertugas seawal empat pagi. Ngantok dan penat.

Tapi yang penting saya dapat sarapan saya yang dah tertunda lebih seminggu. Hati suka. Ibu mengidam begitulah...

bkn merungut, cuma sesekali meluah rasa. nak bagi org paham kita.

dok KL ni mmg berat kosnya, tapi kat sinilah ada tawaran kerja yg baik. saya & suami pun kalau boleh takmo dok dekat2 KL ni, tapi dah sume tawaran kerja suami membawak kami ke sini..suami jadi antara org yg bersesak dlm ktm & lrt tiap hari utk ke KL.

Argghhhhh...nak makan prosperity burger juga ☺☺

hurmm...tulah nengok promo prosperity kembali...raya cina tak lama lagi kan...nak jugak nak jugak

3/12/12

hee lambakan graduan...em xpe la rezeki masing2kan...:)

ye, betul! we should put ourselves in theor shoes. advice, advice gak tp, biar la betul caranye..

zaman skrg, bukan semua menda mudah

kerja kalau tak pandai compete, mcm tulahh

KL pun banyak kilang kakak rasa. Boleh saja kerja operator sekarang pun minimum 900/- dan kakak rasa lebihkurang gaji kerja di McD.

mereka gigih memboikot MCD tanpa sedar, sedara kita sendiri cari makan kat situ...ada kekeliruan di situ kan?

3/12/12

mungkin bad mood kot time tu kan...

sape suh dok KL kan? JB kan ade...heheheh!

3/12/12

L pun bantai beger prosperety tgh hr td.. hehe. bosan taktau buat pa kat rumah, lepak mcd je td.. huhu

jom singgah bace. =)
http://lolz-l.blogspot.com/2012/12/malu-pada-diri-sendiri.html

sy dah lama x makan mcD..ntahla tp mcm x sanggup..tp xpa itu hak masing-masing..yg penting doa kita utk saudara kita di sana..sbb doa itu senjata paling ampuh :)

3/12/12

confirm kena repeat beli prosperity beger...hahahah...setahun sekali aja..:)

keja fasfud mmg letih & tak berbaloi.
tu pasal takde remaja cina nak keja ni

Tanpa Nama
3/12/12

erm betulalh tu, KA ari ni pun ter santap di Mc D juga hehehe

3/12/12

tak pernah lagi kena dgn perkerja McD yang muka masam mencuka...biasa nyer dorang cergas dan murah dgn senyuman jer...hehe

mcd mmg pandai marketing. dlm org sebuk boikot , die keluarkan prosperity burger yg sgt yummmyyy! hehe!

3/12/12

SABAR JE LAH.. :)

Tiap orang ada sebab dan alasan masing-masing, kan? Kak Azie pun suka Prosperity ni tapi nampaknya tak boleh makan selalu. Muak.

3/12/12

selera sy burger tepi jln je..dulu sy penah keja p.time fasfud..mmg memenatkn

3/12/12

As salam Fara,

Mmg dah lama tak mamam McD, kat sini amik bau jelah...

betul juga farah kata kan tu..tang keja ne kalu tak sesuai pun rasa mcm terseksa aje bila nak gi keja..kalu kita suka dengan keja kita,,nak gi keja pun semangat..he..he...

4/12/12

nak boikot mekdi tapi kita tak sedar yang kerja kat mekdi tu orang kita jugak. kesian mereka.... kan...

setakat ni saya berpuas hati ngan kerja yang pernah saya buat... hope kerja baru ni pun sama... yang penting cuba dulu... baru tau... :)

rezeki. usaha, berdoa dan tawakkal, isnyaallah dipermudahkan mendapat rezeki yg dipinta.

btw, ada member terkejar2 burger free ari tu, then bla prosperity kuar, kita nak g beli, kot2 dia nk pesan, eh, sekali dh boikot mcd. wakakaka dasar mentedarah makanan free.

Tapi sape tak suka benda free kan? hurm..

5/12/12

ada org kerja bukan sebab minat ttpi sebab tak de pilihan.
walaubagaimanapun, bila bekerja kita perlu ikhlas dgn kerja yg dilakukan barulah 'rasa' tak syok tu dpt dibuang jauh

Catat Ulasan