Dulu masa zaman anak dara, saya mudah crush dengan seseorang (yang berbuat baik pada saya). Lagi-lagi kalau lelaki itu punya pakej yang saya mahu; Adam Levine atau Chris Carrabba atau Johnny Depp (ini yang kita mahu!) atau yang seangkatan dengannya. Tapi itu zaman belum kahwin. Masa itu saya punya prinsip; Selagi tiada apa-apa ikatan rasmi, selagi itu kita berhak memilih. Jadi, tiada definisi setia ya kawan-kawan. Makan hati, kan? Hee~
Jadi bila saya ambil keputusan untuk berkahwin, bermakna saya sudah bersedia. Bersedia untuk setia. Bersedia untuk menjaga mata dari menikmati wajah lelaki kacak di luar sana. Bersedia untuk menerima suami seadanya (tanpa perbandingan). Tapi itulah, saya manusia biasa! Tak sempurna. Kalau saya memandai berjanji untuk setia, tiba-tiba di hujung cerita saya jatuh cinta pada lelaki yang wajahnya saling tak tumpah Faizal Hussein di zaman-zaman Azroy menentang geng gagak hitam. Tak pasal-pasal, cerita saya disamakan dengan peribahasa; menepuk air didulang, terpercik di muka sendiri juga. Padan muka, kan?
Oklah, masih tak tercapai dek akal saya untuk berlaku curang pada suami sendiri. Gila ke apa? Adoi! Cumanya, saya dikelilingi kawan-kawan yang sudah berkahwin dan berlaku curang kepada pasangan masing-masing. Saya bukan bercerita tentang kawan-kawan lelaki; Isu suami curang pada isteri itu adalah biasa (malah jelik bila setiapkali berhujah tentang hal yang ini, mereka kaitkan poligami dan agama supaya kami mati akal untuk terus berdebat (Ceh! Nak beli rumah teres 2 tingkat pun tak lepas, ada hati nak kahwin lain!) Ini tentang kawan perempuan saya sendiri. Dan sudah tentu, mereka punya alasan tersendiri mengapa cinta mereka beralih arah pada lelaki lain. Sedangkan di masa zaman bujang dulu, kawan saya cukup setia kepada suaminya yang sekarang. Bila sudah ada ikatan, seolah berlaku balikan perasaan. Setia itu sudah menjadi seperti teh o terlebih gula. Manis memang manis tapi tak seronok untuk diminum.
Macam saya katakan, sukar untuk kita menepati janji sedang hati ini macam ombak rindu. Kejap hening. Kejap membadai macam tsunami. Terlebih cakap, takut menjilat ludah sendiri. Bukankah jijik?
32 comments
ADUUUHAIIII...sama2la kita sentiasa beringat2kn..sy pn pernah brdepan ngan situasi sahabat sndiri curang ngan pasangan..alhamdulillah,..akhirnya dh kmbali ke pgkal jln..sama2la kita doakan kwn kita ni plak,ye :)
minta simpang semua itu..
pokok pangkal sebenarnya diri kita sendiri..
kalau udah kahwin tu.. pacakkan terus kesetiaan dan ketaatan pda suami yang satu! tiada lain!
tapi kalau diri sendiri membenarkan hati melayang2 ke laki lain..
humm sendiri mau ingat la..
tepuk dada tanya iman..
=)
SA sedang alami...sila ke blog baca eh..ke dah baca...hihi..dulu kita yang dia x nak ni..dibuang dari hidup dia tanpa tau apa sebabnya..ko dah ludah..ko cuba nak jilat balik lepas 7 tahun...hurm..mcm2 hal manusia ni...
Ini jugalah intipati kepada puisi TOLONGLAH... kakcik itu, Fara. :(
kene cepat2 kembali kpd fitrah & hukum tuhan. pikirkn dosa.. pikirkn natijah.. insyaallah.. kita akn kembali ke pangkal jln. amin..
erm, mungkin;
1. dah jemu sebab lama bercinta
2. tersedar dari lamunan sebab kemanisan alam rumah tangga tidak semanis alam percintaan
3. terpengaruh dengan zaman superficial sekarang, style(?)
4. suami dan isteri tidak lagi berkomunikasi secara berkesan
5. berbalik kepada norma dan nilai agama sendiri.
Pandai-pandai den pulak bagi cadangan, baru setahun jagung pulak tu. nauzubillah, doalah supaya kami tidak apa-apa.
bila jejak ke alam ini, jangan sesekali ada rasa sesal, sebab nya mudah aje fara, manusia tak pernah ada perasaan puas hati..jadi janganlah ada lagi rasa tidak puas hati yg akan makan diri sndiri..bahaya
hurmm...zaman sekarang macam2 berlaku...mungkin tul cakap awak tu...balikkan perasaan...
hati orang kan, mana leh diduga..
cubalah untuk setia...
nota: malam tadi termimpikan orang yang sama...orang yang pernah bertahta dihati sebelum kahwin dahulu...apakah maksudnya???
PEREMPUAN PUN SAMA JUGAK KE NAK CARI LELAKI LAIN BILA DAH KAHWIN.. DAHSYAT.. DAHSYAT..
harap2 kita ni ibarat ikan, walaupun hidup dalam air masin tapi dagingnya tetap manis dan lazat makna tak terpengaruh dengan persekitaran..
lantak p lah apa yg berlaku, dah trend zaman ni ke, tp prinsip kita mesti setia pd yang satu, insyaallah...
Astaghfirullahhal'azim..tak tercapai dek akak acik kalau ada perempuan status isteri berlaku curang..
Iya jijik
di kekliling rara pon ramai org cm ni.kalo laki curang tu mcm ok.ni perempuan.hmm tapi xleh nk ckp apa.pilihan di tangan sendiri.
Ohhh Adam Levine!!crushhh giler dgn dia!
Bila iman tidak dibaja tidak mustahil syaitan masuk jarum menggaoda seboleh mungkin..
Mintak Allah S.W.T teguhkan hati untuk suami sahaja.
selalu dengar tapi belum pernah berlaku depan mata... minta dijauhkan.... amin...
ada kes...beria ria cemburukan pasangannya..sudahnya dia yang curang dulu..macam hampeh..
Macam². Bila dah dapat isteri baik, somi buat hal. Bila dah dpt suami baik, isteri plak buat hal.
Klo tak kuat iman, kita pon rasa nak curang bila pasangan kita berselingkuh dgn org lain.
ketidaksetiaan itu barangkali ujian dalam rumahtangga. moga mereka tersedar dari alpa.
rasanya,ni post fevret aku dari fara!hahaha
setail giler! trololol
nampak sgt air naik kepala. XD
nauzubillah...harap sgt aku tak terjebak dlm kes2 mcm ni (bini curang ngan suami)
astaghfirullah....
nauzubillah....
takut tak dpt cium bau syurga...
assalamualaikum..apa khabar tuan belog..semoga tuan belog sihat sejahtera di samping keluarga tersayang..
pon belajar utk tetap terus setia hehehe
alahai..tak tau nak komen apa cuma pertingkatkan lagi keimanan dan rasa cinta kita kepada Allah nescaya kita terlindung dr dimurkai dan dilakhnat olehNya..syurga di tapak kaki suami..
komen2 kt atas semua kata, pernah berlaku disekeliling diorg. Sama jgk dgn sy, bercinta dgn ofismet sedangkan suami sendiri hanya bekerja di pej sebelah. Gila tak?
Nauzubillah, mintak dijauhkn dr hidup kta smua.
Apapun, kalau iman masih ada, ingat siapa diri, berpegang pada janji dan setia, insyaallah takkan terjadi.
tq singgah blog kak. hehe. dua-dua mengajar. cikgu ajar student, student ajar cikgu kak. hehe. tq singgah blog sy.
Alhamdulillah, ain masih lagi pecinta yang setia. ^_^
fuhhh selalu sgt ingatkan diri spy jgn membanding2kan suami dgn ex-bf. ce kalau die yg buat cmtu, tak ke hangin?? huhuu
*rasa mcm nampak aydin kat klinik td. dgn akak n suami.takot nk tgur kang salah org..malu..hahaha
semoga kita semuo saling setia menyetia dengan isteri dan suami masing2 yer...amin...
moga ikatan yang dibina berkekalan hingga ke akhir hayat..
psstt: suka dengan ayat.. Ceh! Nak beli rumah teres 2 tingkat pun tak lepas, ada hati nak kahwin lain!
sedar-sedarkanlah diri itu..
minta-minta dijauhkan lah farah...takut dengar..masa bujang ok..kita berhak pilih..mcm farah cakap..bila dah berkahwin haruslah setiakan...bagi kak ita ..dah stanbay dalam kepala otak.dan dah pernah bincang dengan hubby kak ita kalu terjadi..anak-anak kak ita akan ambil dan hubby boleh belah...coz hubby lebih muda dari kak ita,dan arwah ayah mertua pernah berpologami...so pasrah...jika terjadi..