4/12/12

cerita tentang cinta

Ada di kalangan saya, punya kawan yang takut hendak bercinta. Alasan, serik kecewa. Siapa tak rasa perit. Saya sendiri pernah juga kecewa. Menangis sampai bengkak mata memang perkara biasa. Tapi mujurlah, hati saya tidak pernah berasa serik untuk mencuba. Kalau tak lelaki ini, mungkin lelaki itu kita boleh kenal hati budi. Betul tak? Kalau tak diusahakan jodoh, memang tak sampai ke tangan kita. Kalau setakat berserah pada Tuhan, memang tak jadi apa. Pergi kerja, tutup mata dan hati. Balik kerja pun, tutup mata dan hati. Bila hari minggu, menyendiri. Agak-agak, adakah lelaki/perempuan yang tiba-tiba muncul depan rumah bertanyakan; Boleh saya jadi kekasih awak? Tentulah tak ada. Betul tak? Dari asyik bermelankoli dan bermonolog tentang hati dan perasaan yang dah pecah dua, lebih baik bina hidup baru. Beri peluang kepada hati untuk mengenali manusia-manusia yang masih sendiri. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam; Mana tahu kot terjumpa calon soulmate kita? Kan?

Esok lusa bila dah beranak-pinak macam saya, mesti ketawa sendiri; Kenapalah aku pernah frust bercinta dengan polan bin polan? Dahlah kuat kentut. Tak ada adab betul! 


Tiba-tiba saya enjoy dengar lagu ini. Kebetulan, berkumandang. Memang manis!

Can We Talk - Tevin Campbell

Last night I,
I saw you standing,
And I started,
Started pretending,
I knew you and you knew me too,
And just like a roni,
You were too shy,
But you weren't the only,
'Cause so was I,
And I've dreamed of you ever since,
Now I've built up my confidence,
Girl next,
next time you come my way,
I'll know just what to say,

Can we talk for a minute,
Girl I want to know you name,
Can we talk for a minute,
Girl I want to know your name

I started,
To write you letters,
But I wanted,
To be more clever,
I wanted to get down and sweet talk to you,
But just like a baby,
I could not talk
I tried to come closer but could not walk,
And I think of it every night,
How I just could not get it right,
If we ever come close again,
I know what I'll say then

Oh girl, one more chance,
With you again,
I will not let it go,
Oh please give me just one more chance,
For love


24 comments

Kalau asyik fikir dan nampak keburukan je mmglah pyh nk jumpa jodoh.. Orang yang banyak alasan ni semoga dibukakan hati oleh Allah.

4/12/12

kalau hanya menunggu memang mustahil tuk jodoh tu smpai..
tapi kalau disertakan usaha mungkin ada caranya...

Saya suka kenang kembali kisah cinta saya..Penuh suka duka, huhu..Betul cakap fara, kalau berserah je jodoh takkan datang melainkan buka hati untuk mengenali seseorang...

4/12/12

As salam mommy fara,

Saya tak pernah serik bercinta! Selalunya saya yg reject lelaki...hehehe...kejam kan... yelah sapa suruh die seksa perasaan saya, sebelum lebih parah baik saya blah dulu...hihihii... Saya bercinta dgn hubby 8 tahun, dlm waktu yg sama pernah juga bermain perasaan dgn org lain tp tak boleh lah... samalah dgn hubby... dah jodoh agaknye...tetiba lak nak cerita kat sini :p ;))

4/12/12

betul gak tu...kena bagi peluang kat diri kenal org lain...

4/12/12

jodoh pertemuan di tangan tuhan.. tapi kalau tak berusaha..jangan harap pulak kita jumpa jodoh kita.. kena juga cari..kena jugak usaha..

sama konsepnya dengan rezeki..rezeki ada dimana mana..ada yang kata rezeki kita tu Allah da tentukan.. tapi kalau tak cari maunya rezeki tu nak datang bergolek? mimpi la..

saya juga pernah frsut bercinta!tapi syukur kerana dia yg buat hal..kekekee...

Pernah frust sekali tp cinta monyet. lalala~~

cerita ttg cinta, mmg banyak pahit dan manis...

Sejujurnya Fara kakak tak pernah putus cinta. Gadis miksin tak ada yg suka. Keluarga miskin - belajar gila-gila mana ada masa bercinta. Jumpa abang terus-terang pinang->kawen haha...

Pesan pada anak kakak kalau putus cinta jgn serik walau sendiri tak pernah rasa.

dah blm jodoh, berpisah cuma penyebab.

*ckp senang la, yg merasa tu azab!

4/12/12

lupakan kenagan pahit bina yang baru yang lebih manis

Tanpa Nama
4/12/12

masa kecewa, dalam pada memandang siling sambil letak lengan atas dahi, dalam kepala terdetik... "pukul berapa bidadari nak turun dari langit ni?" (aku la tu, dulu)

4/12/12

Oh girl, one more chance,
Oh please give me just one more chance,

hihi, peluang kedua kepada hati kita kan...

cari, kenal - usaha
doa, tawakkal - usaha

4/12/12

Entahnya kan...tak kan tetiba Aaron Ajis nak ketuk pintu ajak dating, kalau kita tak ngendeng ngendeng kat dia!

~bahahaha

siapa kata saya tak beri peluang untuk mengenali manusia single lain?

beri. tapi peluang itu belum berpeluang lagi. heheh~

4/12/12

aku pernah frust dgn ex boyfriend masa UiTM dulu...gile2 aku nangis nok...

tapi fikir2 balik, kenapalah aku nak kena nangis utk lelaki curang ngan kita kan...ingat balik mmg rasa hampeh je...buang air mata aku jer...hahaha...

same kes with me..sebab tu sampai skrg was2 nak kahwin sekali lagi...

4/12/12

as salam

comel lak tu anak youu:)

4/12/12

usaha tangga kejayaan kan...:)

Pakwe saya beritahu dia kena bertunang dengan pilihan keluarga pun saya tak nangis. Bukan salah kita. Jadi jangan seksa diri kerana lelaki!

5/12/12

Ada hikmah tu kalu kita putus dgn 'x', sbb kita nak berjumpa si 'y' yg lebih baik.

Pernah juga frust bercinta. Dah kawin nih pon frust juga...dugaan kan fara. Dugaan yg buat saya jadi kuat. Tapi dlm masa yg sama terpaksa jadi hipokrit..hurmmmm...erk, lari tajuk ker...hahahaha...

25/12/12

Cuba dan terus mencuba. Jangan cepat mengalah. Berkawan biar 1000, berkasih cuma satu

Catat Ulasan