Pok Amai-Amai dah jadi macam kota Erebor yang ditawan seekor naga! Senyap sunyi. Tapi ada isi. Heee~ Pagi ini bila semak status Nuffnang, ada 3 ketul BE sedang menjanakuasa ganjaran untuk saya. Oh! Terima kasih banyak-banyak kepada Maxis, Rejoice, Amway dan Nuffnang terutamanya.
Saya dah lama tak mengarang. Tiada lagi kisah-kisah antagonis dan radikal buat masa ini. Saya kena tumpukan perhatian pada kerja saya. Projek saya untuk 2013 terpaksa ditangguhkan. Membuatkan saya sedikit sedih kerana makan gaji bukan matlamat utama tetapi ironinya, itulah yang perlu saya utamakan! Apatah lagi bekerja dengan orang Cina, saingannya sangat menggerunkan. Bukan kerana mereka bagus. Tetapi kesungguhan mereka dalam mempertahankan diri sendiri. Dan seterusnya, memperkukuhkan kedudukan bangsa mereka. Tidak seperti bangsa saya. Jauh beza. Saya terbiasa didiskriminasi oleh kaum yang bukan dari diri saya. Tapi saya sakit hati, sedih dan marah bila kaum saya sendiri suka mendiskriminasi diri sendiri. Faham maksud saya? Tak faham, abaikan saja.
Saya perasan, blog membikin kerja saya terabai. Walau sikit tapi masih memberi kesan. Saya kurang memberi tumpuan. Saya terlampau mengejar masa. Menulis untuk kawan-kawan baca. Kemudian, singgah pula ke blog kawan-kawan. Tinggalkan komen. Adakala, tergesa-gesa. Membuatkan komen saya seperti ada dan tiada. Dan dalam masa yang sama, saya perlu menyiapkan tugas hakiki. Tugas yang diberi kepada saya. Dan jika tugas ini tidak diberi kepada saya, maka saya tidak bergaji. Walaupun berblog juga memberi pendapatan sampingan tetapi tidak dapat memberi komitmen yang tinggi kerana saya bukan Ben Ashaari ataupun RedMummy.
Ya! Saya keliru dengan masa. Seolah masa tidak cukup untuk saya kerana walau seminit, saya pastikan ia terisi walau dengan hanya memeluk Aydin seketat-ketatnya.
Saya cuba bahagikan masa untuk blog kawan-kawan. Insya-Allah.
15 comments
Apa pun juga kena harungi. Andai tidak berkecukupan masa kena pandai-pandai agihkan waktu agar tidak ada yg tercicir.. jika berblog rasa terabai yg lain-lainya, kurangkan saja ke arah ini.
kakcik mula merasakan kakcik sudah benar2 kekeringan ilham untuk dicurahkan di blog... :(
_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me
blog sekadar suka2 tapi lama2 mcm ketagih.tak tulis apa2 nanti kesian pd kawan yang masih sudi singgah ;)
all da best sis.. :)
sama la kita....
Tak per, take your time.
Tahniah...berderet BE ☺☺
Assalamualaikum Fara
moga Allah mempermudahkan dlm segala urusan
bab berurusan dengan orang Melayu ni.... memang meletihkan...sekarang ni saya sedang menunggu janji (dia berjanji seminggu, tapi dah masuk minggu yg kedua dah)
niat saya nak berurusan dgn orang Islam, sedikit sebanyak, drp keuntungan dia, dia akan sedekahkan, jadi dapat lah saya sedik sebanyak pahalanya
mmg rezekilah tu!
Yupp,. Org mim lam alif ya wau mmg kuat phd..
Tentang masa, 2013 makin sibuk rasanya, sbb selain mengajar utk mendapatkan rezeki, akak juga perlu mengajar anak2 sendiri yg sudah mula bersekolah...
Maknanya blog dah jd no... entah lah..
kak fara,
teruskan menulis walaupun secebis.
BANYAK TU DAPAT BE... TERBAIK..
jgn gundah-gulana. free2, selesaikn tag kat link nih:-
http://asleez-asrolareleez.blogspot.com/2012/12/tag-25-random-facts-about-me.html
leh jugak jadikkn entry baru. he3..
jelesnya..berderet BE.. nak jugakkk.. hahaha..
take care fara..rindukan dengan tulisan fara :)
teruskan menulis fara. Kalau yg ini akan menjejaskan kerja2 hakiki kamu, kurangkan langkah seketika (tp jgn hilang selamanya).
itulah dilema yang ai hadapi..
rasa macam tak cukup masa nak hadap pelbagai perkara dalam satu masa.. :(