Disebabkan banyak suratkhabar bercuti Krismas, maka kawan saya tak ada pilihan. Harakah menjadi pilihan. Saya memang tak pernah baca suratkhabar Harakah. Entah kenapa, hari ini tergerak hati nak membelek cerita. Mana tahu, kalau isi kandungannya lain dari yang lain. Tapi bila dah puas belek, rupanya tak ada cerita lain. Dari atas sampai bawah. Dari depan sampai belakang. Mengutuk sesaja. Pening kepala!
Saya rujuk pada peribahasa; Mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih. Peribahasa ini mengingatkan saya juga tentang rakan sepejabat yang berbangsa Cina. Dia pernah berbual kosong dengan saya tentang satu isu; Saya memang totally under-estimate bangsa Melayu. Tak efisien. Banyak kerenah. Tengok saja macam mana orang kerajaan berkhidmat untuk rakyat. Lambat. Lembab. Tak produktif. Beginilah. Pejabat saya memang majoriti orang Cina. Rasisme sangat kuat di sini. Orang Melayu Jangan bermimpi nak dapat pangkat eksekutif kalau tak dicampur-aduk dengan darah Cina. Apalagi kalau nakkan pangkat pengurus. Tapi bila dia bercerita tentang orang Melayu yang tidak produktif, saya berbalik pada sistem bekerja di sini. Dari sekecil-kecil urusan, prosedur yang perlu kami lalui tersangat remeh. Selagi tak cukup 10 tandatangan, selagi itu kerja tak akan berjalan. Kalau pengarah ke luar negara sebulan, maka urusan akan terbengkalai selama itu juga. Kalau tiada desakan, selagi itu urusan akan tersangkut. Bila ditanya, ada saja yang mereka minta; Hello! Mana signature bla-bla-bla? You kena minta signature bla-bla-bla dulu then baru kita proses. Bla-bla-bla-bla.
Lumrah manusia, suka sangat hidup bersistem remeh dan penuh dengan kerenah birokrasi. Kalau sendiri punya sistem pun hancur, janganlah kutuk sistem orang lain. Kesimpulannya? Melayu, Cina dan India, semuanya sama saja. Daaa~
21 comments
cuba baca Tamil Nesan pulak...ekekekeke
IBARAT KAIN SENDIRI TERSELAK TAK PERASAN.. KAIN ORANG JUGA YANG NAK DIPANDANG..
mana2 sama jer...kat Malakoff ni pun sma..now totally melayu but lately ni dah ramai lak bangsa asing masuk...x paham...x paham..
Betul tu. Tak kira bangsa...sama jer semua.
1. teringat lirik lagu m. nasir tanya sama itu hud hud, "dalam dunia ada peraturan, peraturan cipta kekalutan..."
2. peribahasa yang seangkatan macam "meludah ke langit..." atau "menepuk air di dulang..."
sy pun nak komplen. sbb terbiasa kerja swasta yg ada dateline, bila keje ngn org gomen, padahal keje tu boleh siap satu hari, boleh jadi berhari-hari sbb byk selingan lain.. dan kbykannya org melayu yg buat mcmtu..hadui..
apabila,
yg cepat, dilambat2kan..
yg mudah, disusah2kan.. (",)
dari pengalaman sy, kerja ni yg bestnya, bila tak banyak bersangkut paut dengan ramai orang.. sebab semakin ramai orang, semakin byk ragamnya.. (",)
agak leceh sebenarnya kan.. di ofis saya mereka tak bercakap tentang produktiviti berdasarkan warna kulit.. tapi bila appraisal.. siapa kipas lebih dia cepat naik..haihh..
erks...
Tapi kakak daripada baca NST kakak lebih suka baca Harakah..
Assalamualaikum Fara
"Siapa saja yang bangun di pagi hari dan dia hanya memperhatikan urusan dunianya, maka orang tersebut tidak berguna apa-apa di sisi Allah; dan barang siapa yang tidak memperhatikan urusan kaum Muslimin, maka dia tidak termasuk golongan mereka (iaitu kaum Muslim). (Hadis Riwayat Thabrani)
huhuhu. sungguh benar bagai di kata.
P/S: dari bekas pekerja kepada 2 orang bos cina. huhuhu~
akak ske baca semua..nak compare..
kalau nak story panjang plak..berokrasi mmg takleh nafikan..huh
setuju dgn fara dan komen fuad ansari, smbotak dan fairus...
kat swasta, racist mmg ketara sbnrnya. Nak bg bonus pun berbeza. tapi sbb nak cari makan, tahankan je lah.
saya baca harakah sesekali utk mengimbangi cerita dari media pro kerajaan.
Suka baca tafsir Quran Tuan Guru di Harakah...bukan semua isi dalamnya mengutuk, ada perkongsian ilmu juga..
Macam mana nak siap kerja kalau pergi minum pagi dan ptg berjam2 baru balik? Maaf ckp, kakpb tak pernah kerja kerajaan tp pernah tengok dpn mata mcmna dia org kerja. Pastilah ada juga yg bertanggungjawab tapi tak perlu kita mengata org lain sedangkan diri sendiri pun tak betul, ye tak?
Ish..kakpb takut nak sentuh hal2 mcm ni nnti ada yg terasa.
Fara..Hobbit tu tak best la bagi akak, ngantok. Dah pertengahan tu barulah best.
KALAU KERJA DENGAN NAMANYA ORG MMG MCM2 GAYA N RAGAM...SABOJERLAH FARAH..
Sokong!
Jabatan kjaan mmg terkenal dgn karenah birokrasi., kekadang kerani dan par lebih sudu dari kuah!
yang tu kata ni.. yang ni kata tu.. sebenarnya dua2 pun sama..
dtg baca waktu cuti2 mesia