Definisi aman dan damai bagi saya adalah, kita semua selamat berjalan seorang diri di mana-mana tempat seawal 7 pagi.
Malangnya, saya sering berasa tak selamat. Di sekitar kawasan rumah saya, kes samun ada di mana-mana. Di sana, jangan berjalan seorang diri. Walau hari sudah siang, walau matahari sudah terik dan terang-benderang. Itu kes di rumah saya. Lain pula di sekitar tempat kerja. Baru semalam, ada seorang perempuan terbaring di tepi jalan kerana diragut tiga orang lelaki yang terdesak 'cari makan'. Dia diragut dalam lebih kurang pukul 8.20 pagi. Di sini, bukan kawasan sunyi. Di sini, orang ramai berkeliaran ke sana sini.
21 comments
Saya dulu kena ragut pun kat tepi jln yg sesak pk 5++pm. Org jahat ni tak kira apa. Masa tu 10thn lalu..skrg lg la ramai penjahat.
Betul tu tak asa aman sangat dah sekrang ni. orang dah berani nak buat hal dan kejahatan..hmm yerlah itulah cerita akhir zaman..semua kena berwaspada
assalam Fara..ditempat acik pun..depan kedai je..sempat meragut..bila yang kena ragut mejerit..yang lain tengok sambail tertanya2 kenapa..bila dah tau yang sebenarnya..peragut pun dah pergi jauh
giler kejam!
Jangan risau...Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara berkata " kadar jenayah di Malaysia adalah rendah dan terkawal "
:P
Sudah terlalu ramai manusia "lelaki" yg Pemalas dan mahu hidup senang tanpa ada rasa peri kemanusian...Ini kenyataan dlm kelompok manusia peragut...menjadi lelaki yg berani tapi tidak bertempat...
SEMOGA PERKARA INI DAPAT DITANGANI SEGERA OLEH PIHAK YANG BERTANGGUNGJAWAB..
baru semalam dapat berita ada anak orang kampung saya mati kena bunuh.. ngeri!
syukur, bukan kita yang jadi mangsa... (sinis?)
Kat mana² pon tak rasa aman damai dah fara, even dalam rumah pon tak selamat. Mcm kat umah saya ni. Pencuri bley masuk even ada org dalam umah. Tgh hari plak tu.
Kakak dapat merasakan negara kita semakin tenat sebenarnya dlm kes jenayah. War-war kata index jenayah berkurang langsung tak masuk kepala kakak...
saya serik kena ragut!
agak2 kalau lg 10 tahun akan dtg, tggal kenangan je kot istilah 'hirup udara pagi yg mendamaikan' ni
Takutnya...bahaya tu...kena lbh berhati2...tp tulah skrg nie kat mana2 pun sama jerk...org nk sng dpt duit smpai sanggup meragut..jahat betul!
takutkan..keadaan masa sekarang..rasa tak selamat...
setuju dengan komen DaddyZiyyad
" kadar jenayah di Malaysia adalah rendah dan terkawal "
x terkomen dah
kdg2 nak keluar rumah pun takut skang ni fara
manusia kejam yg berani & x berhati perutkn???!!!!!
takutlah jalan sorang2 mmg tak selamat.takkan jalan sorang walaupun p toilet
rumah abah kat kampung pun di masuk org. walhal ada org dlm umah...