21/01/13

mmmm....

Saya melahirkan Aydin di wad Hospital Bersalin HKL. Semua orang tahu, fasiliti perubatan di HKL antara yang paling lengkap dan canggih di Malaysia. Tiada penafian. Malangnya, wad bersalin yang disediakan sangat menyedihkan. Tapi tak apa. Cerita saya sudah berlalu hampir 3 tahun dulu. Kini, wad Hospital Bersalin HKL khabarnya masih dalam proses menaiktaraf. Harapnya begitu. 

Alhamdulillah, saya tak mengalami apa-apa kesukaran ketika bersalin. Bila sudah berdarah, saya tidak disuruh balik. Bila bukaan sudah 6 cm, dengan pantas mereka bawa saya ke labour room. Segala-galanya baik hinggalah saat saya dihantar semula ke wad. Masa itu, saya mengalami kesukaran. Katil berderet dari hujung ke hujung. Tak ada pemisah. Bilik air pula nun di hujung wad. Saya pula, tengah malam terdesak nak ke bilik air. Misi pula duduk berlonggok di depan kaunter. Kaunter pula di hujung wad. Tak ada suis untuk panggil mereka. Memang sadis. Bagi yang manja, wad bersalin HKL sudah tentu mendatangkan serik! Sudah tentu untuk bersalin kali kedua, kumpul duit nak bersalin di hospital swasta. Kalau di sana, suami boleh teman sehari suntuk. Kalau nak berak kencing, suami boleh tolong papah. Tapi kalau di wad bersalin HKL, berdikari sendiri. Jerih sendiri. Payah sendiri. Sabar sendiri (bila menghadap misi yang jenuh melayan ragam pesakit).

Dan benda yang sama berlaku pada kami bila Aydin ditahan wad HSNZ. Bila Aydin diserang asma, walau kami terpaksa menurut prosedur tapi segalanya berjalan pantas. Tapi bila sampai di wad, sekali lagi saya kecewa. Wad pediatrik HSNZ sangat daif. Ada sesiapa pernah terima emel keadaan wad di salah sebuah hospital di Manila? Kalau pernah, keadaannya lebih kurang sama seperti keadaan wad pediatrik HSNZ. Katil terpaksa digabungkan disebabkan ruang wad yang sempit dan sesak. Ibu atau bapa yang meneman anak-anak terpaksa tidur berhimpit atas katil yang kecil. Saya menyesal sebab turut sama menyibuk di wad sempit itu walhal Aydin cuma asma ringan. Malangnya, saya tak tahu selok-belok bandar Kuala Terengganu. Kalau kami tahu ada klinik 24 jam yang berdekatan, kami beri peluang pada kanak-kanak yang lebih memerlukan. Tapi cerita itu cerita tahun lepas. Bulan Mac tahun lepas. Dengar cerita, wad-wad HSNZ sedang dalam proses  menaiktaraf. Harapnya begitulah.

Walau saya mengalami kesukaran, saya tahu masih ada yang lebih sukar. Tapi bila mengenangkan masih ada yang lebih sukar, itu yang buat saya menangis dalam hati. Bagaimana mereka menempuh kesukaran? Bila tiba masa belanjawan negara, saya tidak menunggu apa melainkan semua kemudahan di Malaysia ini dinaiktaraf segah fasiliti swasta. Itu sudah cukup. Itu yang saya mahu dari dulu. Bukan BR1M. Bukan rebet telefon bijak. Bukan bantuan persekolahan RM100. Bukan baucer buku RM150. Saya tak mahu ganjaran gula-gula. Saya tak mahu disuap dengan wang ringgit yang hanya seratus-dua. Peruntukan yang diberi itu kalau diberi pada yang patut dinaiktaraf, syukur Alhamdulillah. Cukup untuk buat saya setia. Cukup untuk buat saya hormat. Bukan macam sekarang. Bukan mengajar rakyat berebut ambil baucer semata duit tak sampai RM1000.



33 comments

21/1/13

betul sgt2. mengharapkan penambahbaikan dr segi fasiliti. kesian pd yg tak mampu. dah 50 thn lebih sepatutnya itulah cara berfikir yg kita perlukan...

21/1/13

Sudah saya ceritakan di FB group kita di KKA..bahawa bajet negara utk bidang kesihatan & pendidikan, adalah amat menyedihkan. Tak apa lah, hati kebanyakkan rakyat yg sedih dgn tahap fasilti hospital tu boleh ditutup mudah dengan pemberian rebet telefon, Bantuan wang RM100 & BR1M...Rakyat malaysia mmg mudah kena sogok..Minda tak terbuka..gagal berfikir secara kritis...Bila berfikir, terus diterjah dgn kecaman " bersyukur lah"..Maka, teruskan bersyukur dgn fasilti hospital sedemikian...:)

21/1/13

semoga pilihanraya 2013 bawa sinar baru utk rakyat malaysia.. syukur masa bersalin Damia di hospital serdang tu tak mengalami sebarang kesulitan.

21/1/13

Suka sangat entri ni.. rasa ikhlas sampai ke hati CM. Berbeza dgn segelintir orang lain yang suka komplen dan merungut..kita sepatutnya bersyukur dengan apa yang ada dan berempathi pada yang lebih susah..

tak pernah bersalin di HKL...dua orang di putrajaya...dan yang last di serdang...so far ok jek...

kalu di swasta tu mungkin tidak kut...sebab hurmm...tah la...

Tanpa Nama
21/1/13

1. nak ambil voucher berebut, yang nak sampaikan voucher pun berebut jugak!

2. ada sesetengah perkara hospital swasta tak dapat menandingi hospital kerajaan.

21/1/13

ikut nasib la fara..malas aku nak citer lebih sbb aku pun ada pengalaman pahit manis dgn spital gomen.

ada blogger tulis jugak pasal ni kat sini..penah baca?

http://nafastari.blogspot.com/2009/05/dr-wong-memekik-di-bilik-bersalin.html

21/1/13

MUNGKIN AWAK DAN SEGELINTIR YANG MENGANGGAP IA ADALAH 'GULA-GULA' SEDANGKAN ADA YANG LAIN AMAT MEMERLUKAN. INILAH ORANG KITA, KALAU TAK BAGI BISING, DIBERI PUN BISING.. AGAK SUKAR NAK PUASKAN HATI SEMUA PIHAK.. KALAU YANG TEGAR PULAK, BUAT APA PUN DIKIRA TAK BETUL.. WALLAHUAKLAM..

HOSPITAL SWASTA KALAU RAMAI YANG DATANG JUGA MUNGKIN AKAN MENJADI SEPERTI HOSPITAL KERAJAAN. PASAL BAYARANNYA MURAHLAH ORANG RAMAI KE HOSPITAL KERAJAAN.

DI HOSPITAL SWASTA PUN, KALAU MEREKA TIDAK BOLEH BUAT, MEREKA AKAN TOLAK JUGA KE HOSPITAL KERAJAAN. KALAU APA-APA BERLAKU, HOSPITAL KERAJAAN JUGA DIPERSALAHKAN.

@amirah

Betul awak. Bukan sbb kita tak bersyukur tapi mrk kata, Malaysia makin maju. Kalau maju, sudah tentu fasiliti awam dinaiktaraf sehebat swasta. Supaya orang susah dpt menikmati kemudahan yg hebat dan selesa.

@Daddy Ziyyad

Sy mmg suka entri doc klu bercerita psl hak rakyat. Dan entri sy ini adalah kesinambungan. Datang dari hati sy dan mereka yang sependapat dgn sy.

@Rai Ourkizuna

Kalau semua hospital dinaiktaraf sehebat swasta, orang tak mahu dah dok cerita psl nasib tak baik bila guna servis kerajaan.

@che mid

Terima kasih. Sy mgkn sikit susah. Tapi apa yg berlaku dpn mata saya tu lebih susahnya dari sy. Dari situ, sy berfikir...mcm mana mereka menghadapi segala kesusahan tu? Wad kanak-kanak tu, kalau akak tgk...mmg boleh menangis. Sedih sgt!

@♥cikmOt♥

Tapi, kita pun nak merasa servis kerajaan sehebat swasta, kan? Sebab utama, kita rakyat yg tak ada kemampuan. Tapi kita tetap ada hak.

@smbotak

1. Aku tak nak komen lagi psl rebut-berebut tu. Klu rakyat NAMPAK gelojoh, aku tak salahkan rakyat. Tapi aku salahkan kerajaan.

2. Tiada penafian. Sebab itu, aku lebih suka konsum servis perubatan kerajaan dari swasta (walaupun ada medical card).

@Irfa

Sebab itu peranan kerajaan adalah MEMBELA NASIB RAKYAT! Nasib baik ke atau tidak, itu Tuhan yg tentukan. Tapi manusia yang berusaha ke arah kebaikan, kan?

Bukan tidak bersykur tapi kenyataan yg rakyat kita mudah disogok duit. 100 ringgit pun dah boleh senyum lebar. Tapi bila nak guna fisiliti tak lengkap baru nak kata itu-ini.

Kakak bukan sombong memang selagi boleh memang kami ke hospital swasta.

@fairus

Awak mgkn tak fhm apa yg sy cuba sampaikan. Awak bagi komen pun, mst berbaur rasa tak puas hati sbb nmpk entri sy mcm tak bersyukur.

1) Dari membazir duit bagi duit bantuan yg tak seberapa tu, lebih baik naiktaraf hospital lama. RM2.6 bilion hanya untuk BR1M. RM500 utk seorang. Bape lama je yg bertahan lama? Sekali bagi, sekali tu juga habis. Kalau duit tu disalurkan utk naiktaraf wad yg sy cerita tadi, bygkan bape lama boleh kite (yg tak mampu nak guna servis swasta ni) guna dgn selesa? Bape byk wad spital kerajaan msia ni yg pnh awak pegi? Klu byk, ape komen awak? Bygkan klu awak yg duduk dalam wad yg serba kekurangan?

2) Wad sedia ada kat spital gomen ni kecik dan sempit. Katil terpaksa digabung supaya boleh muat 3 orang pesakit. Walhal, satu katil hanya utk sorang. Sbb tu penting klu wad2 dinaiktaraf. Biar lagi besar. Biar lagi mduah misi2 dan doc nak merawat. Biar selesa ibubapa meneman anak2 dlm (sy merujuk wad pediatrik). Klu duit berbilion RM disalur utk kegunaan yg berfaedah ni, ya Allah! Syukur sgt2!

3) Sbb itu sy dambakan naiktaraf sehebat swasta. Sy pun tak ingi nnak pergi swasta walaupun sy ade medical card sbb sy tau, servis spital gomen mmg hebat. Sy dahpun puji servis perubatan gomen. Cuma sy sedih dgn wad spital gomen yg menyedihkan!!!

Sy hrp awak fhm apa yg sy cuba sampaikan. Sy tak ajak org berdebatr. Sy rakyat Msia. Sy juga ada hak utk menyatakan pendapat sy. Sy tak bising klu tak dpt ganjaran gula-gula. Malah, sy mmg tak layak pun. Yg layak adalah golongan yg kurang mampu. Dan yg kurang mampu itulah yg menggunakan khidmat spital gomen. Bayangkan kesukaran mrk.

pernah melawat adik ipar di Hospital Ampuan Rahimah, Klang... sedih sangat dengan suasana di Hospital tersebut... macam berada di tahun 70an. Tak mustahil kalau pesakit akan lebih parah dgn suasana persekitaran di sana. :(

saya setuju kenyataan perenggan akhir fara.

ada org gaji laki bini lebih rm10k pun tetap dpt..sbb sume mmg dapat. At last duit rm100 cuma utk anaknya enjoy..dah plan nak beli mainan. Saya rasa tak adil bagi yg susah.

Tanpa Nama
21/1/13

setuju2 ( sambil angkat tangan )

Kc agree with Dktr Faizee, Rai dan Kak zakie.

tak tau nak komen apa..hanya mmpu angguk kan kepala jer. apa yang kak fara kata itu betol dan saya sokong1000%

HKL adalah satu-satunya hospital yang paling padat pesakit dan pelawatnya..malah ruang untuk parking juga agak terhad bagi pelawat.

Hospital semua negeri kena buat penambahbaikkan atau buat yang baru. Sebagai contoh macam Hospital Besar Ipoh dah macam zoo..ramai betul fasilitis tak cukup dan macam-macam lah kekeurangan..rakyat semakin lama ramai yang perlukan bantuan perubatan...saya masih ragu2 dengan Hospital Gomen sebab ada pengalaman buruk.

Biarlah sahaja pakar yang merawat

'mereka' dan 'anak-anak mereka' tak pernah merasa duduk dalam wad yang sebegitu...

21/1/13

saye lahir kat HBKL..mak saye kate serik..adik bawah saya pula mak saya lahirkan kat hospital kerajaan di segamat..sebab ramai nurse dan doktor hospital tu dulu kawan abah saya..layanan ok la..adik saya yang lain semua lahir kat hospital swasta..

Bukankah kerajaan itu adalah rakyat dan rakyat adalah kerajaan?

Tetapi malangnya, rakyat sering rasa tertipu dgn wakil yang mereka pilih untuk membela nasib mereka semula..

Sebab yg memilih adalah manusia, yg dipilih itu pun manusia.

Manusia tamak gelojoh...dll.

22/1/13

tetiba setuju ngan hujah2 kamu....pengalaman saya kat spital pun buat saya serik, terus masa bersalin anak ke 3, suami suh bersalin kat swasta aje!
saya lebih suka kat gomen, sebab peralatan lengkap, tapi apakan daya, servis, support, dll byk ke laut.....alangkah baiknya kalau gomen amik berat pasal penambahbaikan bagai kat spital, bukan semua org mampu nak ke swasta........saya bersalin anak sulong kat hospital kajang, wad bersalin semua penuh, end up saya di beri tilam yang di letak di lantai koridor wad......just imagine baru lps bersalin, tilam atas lantai.....mmg sedey......fasiliti memang perlu diperbaiki, dan naik taraf, tapi kalau semua tuh di buat, tenaga kerja yang ada kat situ pun cam hampeh....berkhidmat sekadar utk dptkan gaji setiap bulan, pun tak guna, penambahbaikan prasarana wajiblah seimbang dengan tenaga kerja jua......tak de niat nak kondem, sekadar teguran utk mereka2 itu.....bekerja itu satu ibadah jua, dan apa jua yang gomen beri utk rakyat, juga ibadah!

sy setuju dgn apa fara tulis..kita rakyat x nak gula-gula macam tu..sekali dapat sekali habis..rebet tefon pintar? lagila x logik akal

*tahniah ye..sdg pregnant kan? maaf sbb lama x berkunjung :)

Setuju sangat². patutnya mereka menaiktaraf bospital² yg daif. Pemberian rebet telephone tu, bagi saya ianya sangat membazir dan tak relevan. Duit rakyat terbazir mcm tu jer.

22/1/13

Fara, sedihkan wad bersalin di HKL?Duit 3 juta dari belanjawan 2012 saya lihat digunakan untuk membuat lobi baru untuk VVIP dan mengantikan jubin baru di tempat pejalan kaki(padahal jubin lama masih elok saya rasa)...pesakit di wad?di anaktirikan...hmmmm...

Thumb up.....
Gula gula yang semakin lama semakin banyak ditabur ..... Mcm dlm sukaneka kanak2 tadika.
Buka minda ......
Bukan sekadar fasilitas .... Tp minda petugas juga perlu diberi anjakan.
Pengalaman CA .....antara sebab kepercayaan dan kemampuan pada hospitl kerajaan hancur...
Semoga .... Ada langkah utk memperbaikinya..


salam,fara.sy sgt2 setuju ngan pendapat fara ni..bukan berada di pihak yg inginmnentang tampuk pimpinan yg ada tapi sekadar menyuarakan pendapat sbb kitala golongan yg sehari2 melalui bnda2 mcm ni...alangkh bagusnya klau semua hospital yg ada setaraf dgn hospital2 bru mcm serdang,putrajaya & kepala batas.sy melahirkan anak di hospital kepala batas,alhmadulillah wardnya sgt selasa..cuma sdikit serik dgn proses jahitan luka after bersalin...luka dijahit HIDUP2 sebab jimat cost utk ubat bius ;(((

Catat Ulasan