7/01/13

harijadi suami di depan juara lagu 27!

Hari ini, suami saya genap 31 tahun. Kami sudah raikan sehari lebih awal, memandangkan kami sangat sibuk pada hari-hari biasa (sangat!). Tiada sambutan meriah, hanya kami tiga beranak. Tiada hadiah. Tidak menonton wayang. Tiada jalan-jalan. Hanya di rumah.

Saya buatkan kek keju Oreo dan spageti bolognes buatan sendiri. Tiada tempahan kek dari Secret Recipe. Tiada sos segera Prego. Semuanya dari tangan saya sendiri. Modal kecil tapi kasih-sayang melimpah-ruah. Alhamdulillah~



Buat suami, selamat menyambut tahun ke 31. Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan kita kekal bahagia hingga ke akhir hayat. Apa yang penting, kita sudah sebaya walau hanya untuk beberapa hari! Waaaaaaaa~

Kami makan kek sambil feeling Paris (bila dengar Aizat menyanyi lagu Terukir Di Bintang)!




24 comments

7/1/13

kek tu, kulitnya guna resepi utk tart kah..?

7/1/13

happy birthday to your husband...:)

Happy besday buar suami

Faraaaa...kek awak tu sangat menggiurkan, sungguh saya lapar!

kek..sedap nyer!!!

happy birthday encik suami farah!

yg buat sendiri tu lebih valuenya

Tanpa Nama
7/1/13

kalau ucap selamat sambil senyum pun dah kira hadiah...

Tanpa Nama
7/1/13

heppy birthday ruk en somi ye. Ank sulong KA pulak ari ni mkn2nyer semalam hehehe

hepi besday buat suami...moga panjang umur, murah rezeki...

ianya amat bermakna bila dibuat dr hati yg ikhlas dan penuh dgn kasih sayang... kan

7/1/13

wow...oreo cheese cake! bila la saya pulak yg dpt buat satu dengan penuh kasih sayang..huhu

7/1/13

selamat hari lahir ke31 buat suami Fara..muda lagi tu.kami beza 3 tahun je pun.hahaha(dh 34 pun masih rasa muda..pehal?huhu)

dah lama aku xbuat kek

So sweet. Air tangan isteri adalah yg terbaik. Selamat hari lahir buat suami kamu.

spagetti buat sendiri ke? apa kata kongsi resepi..terliur akak tgok ha...

happy birhday untuk fara dan suami.. semoga bertambah umur dipermudahkan rezeki dari segala segi..

murah mahal bukan ukuran.. dibuat dgn kasih sayang. tu lebih bermakna..

pandainya fara buat oreo cheese cake!
tahniah! berjaya buat sesuatu utk hari bahagia si dia. :)

Sangat bahagia kakak membayangkan. Kek tu mesti tak habis besarlah Fara kalau kakak jiran Fara mesti dapat rasa kan..

Moga terus berbahagia di kala usia telah menginjak ke angka 31 buat suami Fara.

wah.. muda 3 tahun rasanya sambil layan AJL 27.. hehehe..

apa-apapun moga sentiasa sihat dalam menjalani kehidupan seharian.. ;)

psstt: lupa pulak menjawab persoalan..
bila difikirkan penat sangat dengan pelbagai urusan tapi bila dah selesai rasa puas hati.. ;)

Selamat hari jadi buat suami fara.
oowh, kita sebaya ke? tp umur sy akn berganjak 2 bulan lagi..huhu

7/1/13

itu yg sebaiknya..raikan di rumah saja, makan hasil tgn isteri memang dah biasa tapi jadikan yg biasa itu lebih bermakna lg dlm meniti bahagia..slmt hari lahir buat suamimu dr pcl.

7/1/13

Fara, nk order! Sudi tak antar sampai ijn?

hepi besday to ur hubby=)wahh layankan tgk juara lagu,sib besh tahun nie

Catat Ulasan