7/01/13

ragù bolognese

Saya mahu berkongsi resipi ragù bolognese (sos) tradisional. Sebelum ini, kami hanya layan sos segera jenama Prego. Tapi bila difikir balik, kenapa asyik bergantung pada makanan proses sedangkan bukan susah hendak menyediakan sos bolognese. Lebih segar. Lebih puas. Modal kecil tapi hasilnya banyak!


Sos bolognese tradisional sebenarnya langsung tidak menggunakan herba campuran. Jadi, tak payah membazir duit beli campuran herba kering untuk sos bolognese. Apa yang ada cuma:-

6 sudu besar minyak zaitun
500 gram daging cincang
2 batang saderi
1/2 batang lobak merah
3 labu bawang besar
1 biji tomato segar
1 tin sos pomodoro (tomato dalam tin)
1 cawan susu segar
1 cawan stok ayam
Garam dan serbuk lada hitam

Cincang kecil batang saderi, lobak merah, tomato segar dan bawang besar. Panaskan minyak zaitun. Tumis bahan-bahan cincang (kecuali tomato segar) tadi hingga layu dan lembut (tumisan ini dipanggil bahan asas soffritto). Kemudian, masukkan tomato dan tumis hingga kesemua bahan menjadi layu dan empuk. Biarkan selama 10 minit. Ulang kacau untuk mengelakkan soffritto hangit. Kemudian, masukkan daging cincang. Kacau rata dan biarkan hingga berkaramel. Kacau sentiasa untuk mengelakkan hangit. Rendahkan suhu api dan biarkan daging cincang empuk untuk selama 15 minit. Pastikan jus-jus daging tersejat dari periuk dan daging benar-benar masak.

Kemudian, masukkan stok ayam. Kacau rata hingga kerak karamel sebati dengan kuah. Selepas itu, masukkan susu segar dan sos pomodoro. Kacau rata. Perisakan kuah dengan garam dan lada hitam.

Dah pun siap! Kalau nak pedas, boleh tambah cili. Saya sendiri tambah pes cili kering ke dalam sos bolognese. Baru uummpphhh! Heee~






31 comments

amboi aydin...makan tak pandang kiri kanan dah ek...bestnya...

Berseleranya nengok si aydin ni makan...:) nanti nak cuba jugaklah resipi yang awak bagi ni.

Berselera Aydin makan, ya...

Terima kasih Fara untuk resepi sos itu. :)

7/1/13

sebenarnya aku dh lama x beli sos dalam tin tu sbb suka buat sndiri.yg pasti puas makan sbb buat satu periuk besar tu.hihi
aku punya resepi lgi simple sbb pakai sos cili dan sos tomato kimball je
hahha

kak fara! nmpk sedap! sy save resipi ni :)

Dah lama tak masak spaghetti. Betul lah, buat sendiri lagi bagus kan. Sebotol prego tu dah berapa harga.

Berselera aydin makan.

7/1/13

WAH.. DAH BOLEH CAKAP ITALY LEPAS NI.. :)

I must try this. Tq fara for the recipe.

Sedapnya aydin mkn,terliur aunty tau...

7/1/13

serius aku terliur weh....

tgk pulak anak ko mkn, nampak selera betul...huwaaaaa...sedapnyaaaaaa...

saya buat seniri tp guna oregano (sbb dah terbeli). nmpk resepi ni mcm mudah. boleh cuba nti :)

p/s: anak-anak saya pon suka spageti bolognese..makan smp comot-comot cam aydein

Tanpa Nama
7/1/13

berselera aydin makan...konpem sedap fara buat..hehe

berselera aydin mkn...konpem sedap fara masak

7/1/13

npk menarik, ..mcm nk cuba buat. namun bkn jenis makan kesukaan kami sekeluarga.

7/1/13

Sedapnya! Teringin.....

7/1/13

sedapnye dia makan cowang2 :)

hehehe...mohon share resepi yer...

wahhhh


sebijilah.. tak yah mkn kat luo

Tu diaaaa...sedap sungguh tu :)

7/1/13

Nampak mcm sedap tp akak x brapa suka spageti kecuali goreng mcm mee goreng jer. Mmg tekak melayu btul,.

Amboiiii dak Aydin tu. Hadap seperiuk tak kongsi?
Harus nak cuba resipi sos nih...

ngadap sorang-sorang yer aydin...bersemangat betul badan dia..

Sedapnya dia makan...mintak sikit (^_^)

Tengok cara Aydin makan tu yg buat auntie rasa mummy masak memang ummphhh kan-kan-kan Aydin....

aydin bila nak diet.... hehehe

nampak berselera sungguh si Aydin tuh...pasti sedap la tuh kan...:)

haaaa amek ko..tgk si aydin makan kemain senyum2 dia..nampak semangat dia makan..massak 1 kuali besarpun pueh hati dr beli katpizza hut..huhu

Berseleranyer die.....

Tanpa Nama
8/1/13

mesti sedap ni. tg yg makan pun berselera kemain. Done clik2

Tq 4 d recipe. Sy mohon guna pakai ye :)

gambar last tu. awwwwwwww

Catat Ulasan