11/01/13

kawan

Kawan baik adalah, berkongsi susah dan senang. Bila kita senang, kawan baik bertepuk tangan. Bila kita susah, kawan baik menghulur bantuan. Bila kita menangis, bahu kawan baik sentiasa menadah. Bila kita ketawa, kawan baik sama-sama gembira. Bila kita sakit, kawan baik sedia menjaga. Bila kita sihat, kawan baik kita jaga.

Saya pernah berkecil hati kerana kawan. Ceritanya remeh. Bila makanan yang saya masak sendiri dan niat nak berkongsi, tidak dihargai. Malah, dicampak-campak makanan di hadapan saya sendiri. Saya rasa macam kena tembak tepat ke dada. Sakit. Sayu. Pilu. Dari luaran, saya mungkin nampak cool dan selamba. Tapi dalam hati, ribut tsunami semua ada. Tuhan saja yang tahu. Belakang mereka, saya menangis dan menjatuhkan semangat sendiri. Bila dah tak tahan sangat, saya mengadu pada suami. Bila dah kena ceramah panjang, baru saya muhasabah diri.

Nampak sangat bila berbuat sesuatu, saya mengharapkan balasan. Bila tak berbalas, saya tak redha. Bila orang campak apa yang kita beri, kita sakit hati. Kita marah. Kita kecil hati. Kita sedih. Terang-terangan tak ikhlas. Sudahnya, terimalah hukuman. Allah Maha Adil, kan? Kalau kita berhati busuk, kelak yang kita dapat juga busuk. Kalau hati kita wangi, kelak yang kita dapat juga wangi.

Tak ada sebab saya nak berasa serik untuk berkongsi lagi. Tak ada sebab saya nak berkira jika tidak diingati. Saya tak rugi. Saya tak kisah. Malah, saya gembira.



24 comments

Kc setuju dgn ending entry ini. Teruskan berbuat baik. Ganjaran Allah SWT pasti ada. Tak kat kita kat anak-anak kita. Keep it up, Farah.

akak plak ada masalah..x leh ada kawan rapat sebab confirm selalu dorang cuba amik kesempatan...prefer kawan dgn lelaki jugak....ada kawan perempuan tp x leh terlalu rapat...thats y dalam my dept...akak sorang jer perempuan...

saya sentiasa sendiri...no kawan...no friends...sedih bukan

Kalau kakak terus menangis masa tu juga. Memang kecil hati dah nama pun manusia cakap cuba pujuk hati mudah tapi rasanya kalau kakak tak mampulah...

11/1/13

cer pelawa saya~mesti puas hatib dan rasa berbaloi sebab belanja saya makan~~

11/1/13

cari kawan sejati , dekati mereka tapi jangan memilih kawan kalau kita mahu ramai kenalan.

11/1/13

memang banyak beza KAWAN dan SAHABAT.

Saya ramai kawan, tapi tak der kawan yg betul2 baik...huhuhu...

Betul tu..kwn baik kwn yg sentiasa bersama susah dan senang. Skrg nie sgt susah nk dpt yg btol2 baik..kdg2 depan je baik blkg kita Tuhan je yg tau..

11/1/13

kalau tak hormat pada kita pun, hormat la pada rezeki.. after all rezeki kan datangnya dari Allah.. kenapa nak dicampak campak..

pada saya kawan yg macam tu tak layak pun dipanggil kawan..

Tanpa Nama
11/1/13

Percayakah kalau aku katakan kawan baik tu tak wujud? Kawan baik itu tak lebih daripada sekadar imaginasi atau kehendak hati kita je. Dalam dunia realiti? Tiada...

11/1/13

KITA HIDUP DI DUNIA INI HANYA SEMENTARA.. BUAT APA NAK GADUH2, BERMASAM2 MUKA.. BUKAN KE BAGUS KITA SENTIASA GEMBIRA BERSAMA KAWAN2.. :)

11/1/13

la kesiannya, kenapa dia campak2 makanan tu..makanan tu..haihh..kalau kena ujian macam ni memang ubatnya istigfar..mungkin ada dosa yang kita tak sedar..ujian jugak tu..

yang penting bukan suami kita yg buat gitu. ^__^

11/1/13

Saya dah lama tiada kawan baik fara!

11/1/13

susahnya nak dptkan kawan baik sejati..

11/1/13

erm.. macam jenis perangai manusia kan... L ada sorg kawan suka duka dia sentiasa ada ngn L. L syg sgt kawan baik L nih..

11/1/13

kenapa lak di campak2 makanan tuh yer...kan rezeki...

12/1/13

Kalau hati kita wangi, kelak yang kita dapat juga wangi.

hope sumer org mcm ni..

Jika perasaan kita boleh rasa semudah itu?

Entahlah...

13/1/13

As salam Fara,

Adat berkawan kan :)))

Kita semua manusia, kecil hati, sakit hati adalah NORMAL... cuma jgn difikirkan sgt... Saya ada kawan pernah buat macam2 kat saya... Dan saya sgt sedih bila diperlakukan buruk sebegitu... Skrg dia dlm kerunduman, kemurungan tapi yg peliknya saya tak rasa gembira pun... malah saya berasa simpati dgn dia... bukan sb saya baik hati tp kerana sy takut utk berperasaan begitu! Allah Maha Adil! Dan saya belajar sesuatu, teruskan berbuat baik, pasti yg baik-baik sahaja berlaku atas diri kita...insya'ALLAH...

14/1/13

saya suka jugak masak2 dan bawak makanan ke opis share ngan kengkawan
sbb kawan2 pun buat macam tu..so saya pun xnak la bawak tangan kosong.yg pelik..kawan yg suka komplen itu ini tak kena(masin la,tawar la) dia lah makan paling banyak dan siap emel suh bawak lagi lain kali..pelik kan?

Tanpa Nama
14/1/13

kalau nk cerita psl kawan2 sampai esok x abis fara... semua jenis kawan KA dah jumpa dalm hidup ni paling x suka kawan yg bermuka2

Catat Ulasan