14/01/13

sedap hati

Hari ini, hari Isnin. Ya, Isnin yang biru. Pagi tadi bila jam menjerit melalak, saya ingat saya dah bangun dan siap mandi. Rupanya atas katil lagi. Dari pukul 6, saya terlajak sampai setengah jam. Bila bangun, saya dah macam raksasa gorgon. Jalan terhoyong-hayang macam makhluk asing planet Marikh terjumpa manusia. Heee~

Awal tahun 2013, saya mengaku saya sikit letih. Semuanya gara-gara proses R&D biskut-biskutan. Setiap hujung minggu, masa saya terisi dengan aktiviti membakar biskut. Cuba resipi itu. Cuba resipi ini. Bila dah cuba, olah resipi pula. Bakar lagi. Sampai puas hati. Modal banyak keluar. Masa banyak terbuang. Suami sikit berbulu. Bukan dia tak sokong cuma mungkin dia perlu sikit masa untuk memahami apa yang saya cuba usahakan. Saya pujuk. Pujuk dan pujuk; Bukan pujuk dia semata tapi diri sendiri juga.

Dalam kesusahan saya ini, Insya-Allah akan terbalas dengan kesenangan nanti. Saya harap sangat begitu; Ok. Saya sedapkan hati. Sekurang-kurangnya, logo untuk jenama biskut saya dah pun siap; Itupun satu hal. Sedapkan hati. Tatap logo lama-lama supaya semangat ini terus membara; Gemuruh jiwa. Semangat membara. Dari puncak kini ke angkasa. Berkalungkan bintang berkerdipan. Menyerlah jauh dari yang biasa.

Heeee~

Mommy nak belikan saya almari buku yang penuh dengan buku-buku saya. Ok. Saya tipu. Saya poyo saja. Mommy sebenarnya nak belikan saya kapalterbang. Tu yang beria nak jual biskut macam budak perempuan pandu puteri. Huh~ So girlishh! Tak genglah dengan saya! Heeeee~

23 comments

sabar, dan perlu kuat okey fara!

14/1/13

nak beli jiwa suami, masak apa yang dia suka dulu..tanyakan apa jenis biskut yang dia suka..ini orang panggil investment..sbb sokongan suami dan anak yang paling penting :D

14/1/13

weee....xsabar nk beli hasil tngan ummi...
all da best sis.. :)

wow..patut la...goodluck kak fara~!

Nanti bila Aydin dah ada kapalterbang, Aydin bawa nenek terbang sekali, ya? :)

14/1/13

ko buat semekut ala-ala femes amos tu ke?

Wah...mesti bisnes biskut bertambah maju kan. Mcm mana nak order ☺☺

Suka nengok muka aydin..letak la gambar dia banyak2 kat blog ni, hehe. Oh..fara nak start buat bisnes yea...good luck ok

Usah kata almari penuh buku dan kapalterbang tu Aydin tapi lebih dari itu boleh kena sabar sikit sayang. Auntie doakan mummy aydin berjaya.

14/1/13

Go fara go!InsyaAllah di mana ada kemahuan di situ ada jalan...

14/1/13

hehe. rajinnye akak buat sekut eh.. hehe. nak seket boleh? =)

14/1/13

Assalamualaikum Fara

Insyaallah...akan berjaya membeli sebuah kapalterbang

Mestilah kena bersusah susah dahulu. Ingat tokey biskut terkenal tu terus jadi kaya ker, tentulah depa pun rasa perit dulu. Ya tak? Syabas!

Semoga mendapat resepi biskut yg sedap2 ya... :D

14/1/13

untuk biskut raya ke?

Tanpa Nama
14/1/13

all the best & selamat maju jaya ye

cantiknya gigi dia tersusun..moga mummy mencapai impian nak belikan dia kapal terbang eh...good luck...

bisnes biskut ke? bagusnya..moga dipermudahkan.

14/1/13

SEMOGA IMPIAN MENCIPTA BISKUT SENDIRI TERCAPAI..

15/1/13

usaha tangga kejayaan...insya-Allah kamu pasti berjaya...:)

hensem pulak dak Aydin nih!

suami ain bukan takat berbulu lagi kak..malas nak layan dah. frust agaknya dia tgk tepung dan gula yang banyak berterabur di dalam dustbin dari yang terbakar cantik gebus dalam oven. dugaan buat kita belajar kak, caiyok!! :P

21/1/13

semangat membara..semoga berjaya pcl doakan.

Catat Ulasan