Sebenarnya, patti daging adalah daging burger. Daging burger adalah patti daging. Heee~ Atau mungkin boleh rujuk pada trend masakini - burger bakar. Tapi kita tak bakar, kita masak patti macam kita buat burger sendiri di rumah.
Nak buat patti daging sebenarnya tak susah. Cuma beli daging cincang berkualiti tinggi. Kepal hingga padat dan leperkan ikut ketebalan masing-masing. Panaskan minyak zaitun dan sedikit mentega dan layurkan patti ke dalam kuali. Kalau patti tebal, jangkamasa masak mungkin agak lama dari yang nipis. Tapi jangan terlebih masak, takut daging jadi kering. Nak makan pun, tak ada semangat. Biar garing di luar tapi berjus dan lembut di dalam.
Ikutkan selera saya, saya tak suka campurkan patti daging dengan apa-apa perisa walau garam sekalipun. Cuma mentega bergaram, minyak zaitun dan rasa semulajadi daging lembu itu sendiri. Bila nak makan, baru kami sapu roti dengan sos buatan sendiri. Berulam pula dengan jejari kentang bakar. Dan untuk menambah pakej karbohidrat pada kadar maksimum, boleh tambah hidangan susu kocak buatan sendiri. Wallah! (Amaran: Untuk makan makanan sebegini, sila pastikan anda aktif dengan aktiviti harian. Heeee~)
Patti
500gm daging cincang berkualiti tinggi
2 sudu besar mentega
2 sudu besar minyak zaitun
Sos
2 sudu besar mayonis
1 sudu besar madu
2 sudu besar jus perahan lemon
1 sudu kecil serbuk kari (untuk rasa pedas dan fusion)
1 sudu kecil granary mustard (whole grain mustard)
atau
2 sudu besar mayonis
1 sudu besar sos worcestershire
1 sudu besar sos tomato/cili
Garam
Jejari kentang bakar
2 biji kentang (jenis russet)
2 sudu besar mentega
2 sudu besar minyak zaitun
1 sudu kecil herba rosemary (cincang halus)
Garam dan lada hitam
Roti
Ice-berg (daun salad)
Bawang
Tomato
Keju cheddar
Padatkan daging cincang dan bentukkan menjadi kepingan patti (daging burger). Panaskan mentega dan minyak zaitun. Layurkan patti ke dalam kuali hingga masak. Untuk sediakan sos, campur kesemua bahan. Kacau sebati. Sapukan sos ke atas roti yang telah dibakar sekejap. Susun atur daun salad, bawang dan tomato (atau apa saja yang kawan-kawan suka). Untuk jejari kentang bakar pula, panaskan oven dalam suhu 200 darjah C. Rebus kentang (jangan kupas kulit) hingga separuh empuk. Tos dan potong kentang dalam bentuk baji (wedges). Masukkan ke dalam mangkuk. Campurkan mentega, minyak zaitun, rosemary, garam dan lada hitam. Biar kesemua bahan sebati dengan kentang. Susun atur atas dulang pembakar. Bakar kentang selama 30 minit atau sehingga masak.
Yeay! |
14 comments
bukan benda masam je boleh kecur liur..tgk gmbar makanan ni pun dah cukup!.
Sedapnya....
suka2 tq share with us ye
mcm mkn kat restoren...: )
Arghhhh...pantang tgk makanan, mesti perut ni akan lapar.
Assalamualaikum Fara
boleh bersaing dengan ramly beger ni....
nak cuba la nanti...
menariknya corak pinggan kak fara! hehe
Tak sesia saya minta resepi..keh keh..
boleh cuba ni
wah, gigihnya fara buat semua ni, teringinnya nak buat juga,yummy sangat nampak:)
ooooo..
akak biasanya burger tunjuk jer... sedap, mudah, cepat dan khas untuk orang yg tinggi kandungan ciri 'm' dalam diri...
rajin nampaknya fara..
nak sikit...
DAGING TU KALAU BAKAR PUN SEDAP JUGAK KAN...
ekekekee..seronok plk dia buat entri pasal makan le ni..ni yg mcm en.crab n spongebob buat ke? hahaa