Rindu rambut lebat budak kenit ni! |
Tak lama lagi, Tahun Baru Cina. Selalunya di syarikat tempat saya bekerja, terasa bahang CNY. Tapi tahun ini, hambar. Cuti seminggu, sudah tentu. Cuma, makan-makan Yee Sang dan bonus tahunan yang masih belum sahih kebenarannya. Jangan tahun ini tak ada kenaikan gaji, sudahlah. Sampah (menyampah - hehehe) makin menjadi-jadilah jawabnya.
Tiap-tiap CNY, saya cuti lama. Tapi, saya tak ambil kesempatan pergi bercuti pun. Balik kampung pun tidak. Cuti-cuti Malaysia, apalagi. Saya menunggu bulan 5, bulan sesuai untuk jalan-jalan Pantai Timur. Tak puas jalan-jalan Terengganu. Tahun lepas, mood bercuti terhumban ke laut bila Aydin warded di HSNZ. Harapnya, tahun ini biarlah sakan. Mana tahun kalau dapat lampu hijau, Harimau Kumbang dapat mengaum sampai ke Kota Bharu. Kan?
Hey, saya pun nak bercuti! Kawan-kawan semua dah merata pergi bercuti sana-sini!
36 comments
Lmbtnya dpt bonus... saya dah nak habis dah pun hihihi... Oklah tu mudah2an adalah bonus dan naik gaji ya... :D
wahhhhh seminggu!!
Cuti raya cina pun saya tak ke mana mana..kami tak suka bercuti time org ramai bercuti..tempat peranginan sesak, jalan jem, harga makanan jadi mahal, tak best..hahahaha
Saya pun amat amat jatih cinta dgn pantai2 di Tganu...looking foward to go to Tganu again
wah, seronoknya cuti lama...dapat limau sekotak sorang x?
cuti tahun baru cina ni akak kat Muar..sampai Selasa...
semoga ada bonus..makan makan yee sang takde pun takpe..apa lah makna bertungkus lumus kalau bonus takde kan..
wow..cuti seminggu..bestnyer... jenjalan pun seronok jugak..hehe
salam kenal..ila follow sini =)
eh, CNY amik cuti pjg juga ye..? habis siapa jaga office? hehe.. kat office sy ni susah takda chinese, bila cuti raya, semuaorg nak cuti lama2, sayalah yg selalu cuti 2hari sbb kampung kat keramat ampang je, n jaga opis.. *sigh.
aku juga cuti lama
tp $$ x berapa nak ada..apakah ertinya cuti itu
Bestnya cuti lama. Saya pon tak ke mana² klo cuti fara...bosan jer rasa.
kalau jalan2 pantai timur tuh janganlah lupa kopok lekor utk PM yer...hehe
yeaaaa cuti lama.. suka.. suka.. tapi tak suka sebab kawan chayanunalif cuti so beban keje jatuh kat kita...
pergilah bercuti, rehatkan fikiran. Ingat lagi kes tahun lepas yang awak bercuti aydin sakit tu kan..Harap semuanya ok tahun ni..
Sykt kakak pun sama Fara tahun ini CNY macam sedikit hambar.
psst: Lain kali kalau buat N3 masuk gambar Aydin macam ini kakak sukalah Fara. Tengok senyuman budak tak ada dosa:)
weekend ni ai pergi bercutiiii.. yeeaaahhhaaa...
ops.. next time kalau ada lagi karnival cenggitu.. ai gtau ek.. ;)
sy pun mybe cuti lama...company cina kan..mgkin jln dkt2 je..takpun blk kmpung je kat trolak tu...xlah smp tganu n klantan..hehe
abg aydin nak dtg kb bulan 5 tu bla ye? kalau naurah blik kg, leh jumpa abg aydin n jd tourguide skali. hehe
CNY ni pun saya stay rumah je. Kalau nak berjalan elok di luar musim cuti, barulah aman sikit jalanraya.
balik kampung yeayyy!! hehe..tapi saya ambik cuti lambat untuk angkut barang ke rumah baru. lepas cuti seminggu harusla agaknya sambung MC pulak..hehe
PMC tu pure marine collagen. Xnk tru ker? elok tau hihihi
Ok je fara ikan yu tu. Akk beli yg dah siang kulitnya, takde nmpk lendir pun. Rasanya lembut mcm ikan yg takde tulang. Tapi tak selemak ikan merah.
Cuti kat rumah pun best jg fara:-)
wah..seminggu cuti..bestnya...hehe..company sy cuti as usual tapi tahun nie byk pulak dapat limau..hehehe
Regards,
-Strider-
Jika ada peluang cuti panjang memang wajar diambil dan pegi jalan sakan-sakan!
Syiok!
bestnya farah..kak ita pun nak balik kg lagi ne..nak jumpa kak diana...memang kak ita cuti lama ..tapi aqil sekolah...so time cny ne..baru boleh balik kg..hubby pun cuti sama...bertambah bulat si aydin ne..hemsem lah..rambut tu unti ita suka..lurus aje..
cuti lama, best giler!
SELAMAT BERCUTI... :)
Assalamualaikum Fara
selamat bercuti
kami pun x kemana2 cuti panjang ni...
gamaknya layan citer donlod je la kat umah...hehe...
Selamat Gong Xi Fa Chai...cuti-cuti Malaysia
Sekolah akak cuti sampai rabu je...
Serupa le, x kemana2 balik kg jer, ., sedey sbb bonus kna ganti roadtax..
cool je kak...nanti pi laa jenjalan puas2 ye..
Selamat bercuti...
Wah wah wah... sticker liverpool tuuuu....!
SO amcam, cuti fara?manyak syok aaa=)si debab aydin mesti syok jnjalan=)tapi tulah time semua org cuti...tak beshnyer mesti JEM GILER!
fuh betul2 lama bercuti nih...:)
jemput join contest den yer...;)
http://www.papamifz.com/2013/02/contest-kaca-mata-papamifzcom.html