Hari ini, saya ambil masa sikit untuk entri baru. Bukan apa, leka menerjah blog kawan-kawan. Sampai tak ada mood nak up cerita sendiri. Kalau diikutkan, rutin hidup saya taklah happening mana. Tak ada apa-apa peristiwa menarik untuk diceritakan. Hari-hari pun, biasa saja. Mungkin sebab itu, saya tak tahu nak cerita apa.
Pagi tadi, dengar Sinar FM. Ada seorang pemanggil, obses mahu anaknya pandai. Disebabkan dia sendiri tak berapa hebat dalam matematik, maka dia mahu anaknya menjadi super-duper hebat. Terlalu sangat mengharap anaknya berjaya dalam pelajaran. Sampaikan satu tahap, dia tak boleh tidur memikirkan tuisyen tip-top untuk anaknya. Walaupun anaknya baru darjah satu. Darjah satu ya kawan-kawan, bukan tingkatan satu. Sampai satu tahap, anaknya menangis sedih bila tak dapat nombor satu dalam kelas. Takut emaknya marah. Takut tak dapat apa yang emaknya janjikan - USS.
Siapa tak suka anak cemerlang, kan? Tiket 'baik punya' untuk para ibubapa jadikan modal untuk bermegah diri. Memang tak semua kita yang macam ini. Tapi nama pun manusia. Kalau kita buat sesuatu yang jahat pada mata dan hati orang, kita perasan tak?
11 comments
bila kita terlalu berharap kita akan selalunya kecewa. kan ke lebih rileks kalau redha je, sebab Allah jadikan sesuatu tu bersebab
YA.. SAYA JUGA MENDENGARNYA DI SINAR FM PAGI TADI..
Uikssss kenapa la seksa mental anak sampai sebegitu? Agak kejam tuh!penderaan mental..
hurmm...anak baru darjah satu dah pressure cam gitu...sianlah si anak...
darjah satu? darjah satu saya masih terkial-kial mengira... haha
Kesian. Memang semua ibubapa idamkan begitu. Idamkan anak mereka cemerlang. Tapi kalau dari awal2 begini ini meyiksa ni, hilang dunia kanak2nya
kerna dunia kanak2 lah dunia paling menarik dalam sepanjang hayat seseorang
Ksian kalau anak2 jd mangsa oleh ibubapa yg terlalu mengharap kejayaan ank2..blh jd tekanan pd dorang. As long dia dah cuba buat yg terbaik itu sudah cukup...
Baru darjah satu dah tertekan dgn mak. Kesiannya.
Bagi saya kan fara, tak perlulah nak memaksa anak mengejar A untuk setiap mata pelajaran. Tapi burulah A untuk Agama dan Iman.
kesian kat anak dia..kecik2 dah kena tekanan camtu..huh..
compare dgn zaman KA dulu2 budak2 skang ni mmg cukup2 hebatlah hehehe
kasihan generasi hari ini..
nur dari ALL IN ONE
tapi, kena la bersaing juge.. nanti ketinggalan pulak.. camne?