22/03/13

perempuan bodoh


Pernah tak kita obses dengan benda yang kita kejar, sampai lupa apa yang kita ada? Saya pernah. Zaman bercinta dulu. Bila obses dengan cinta, saya lupa yang saya punya segala. Bila kecewa, saya macam orang gila. Dan bila dikenang semula zaman itu, saya sengih sendiri; Oh, begini bodoh rupanya aku masa dulu. Hah! 

Tapi, saya tak pernah menyesal. Kalau tak bodoh dulu, maka saya tak pandai sekarang. Betul tak?

Cerita atas, cuma mukadimah. Kisah yang saya nak cerita, masih ada kena mengena. Kisah perempuan yang suka sangat bagi muka pada jantan tak guna. Saya tak mention lelaki sebab lelaki itu sinonim dengan tanggungjawab, jujur, ikhlas dan punya sifat kepimpinan dan bimbingan yang maksima. Tak romantik, tak apa. Tak sensitif, tak apa. Manusia bukan sempurna, betul tak? Perempuan pun tak sempurna. Saya sendiri pun tak sempurna. Jadi, jangan mengharap Mr.Right macam hero drama Korea. Semua itu bullshit! Haa~ Sedang Seth Tan dan Haris pun tak sempurna sebab dua orang hero ini pun bermula dengan perangai setan. Heeeeeeee~

Tapi jantan di alam realiti, payah nak kembali ke pangkal jalan. Dahlah sekolah tak habis, kerja pun memilih. Tapi masih ada hati dan tak sedar diri nak berpacaran. Keluar makan. Keluar tengok wayang. Keluar pergi jamming dengan kawan-kawan. Keluar ke mana-mana saja. Perempuan yang hulur duit belanja. Bila ada duit depan mata, perempuan itulah yang paling dia sayang. Perempuan itulah, yang paling dia rindu. Perempuan itulah, yang paling dia cinta. Belakang cerita, sayang-rindu-cinta dengan perempuan lain. Bila kantoi, buat muka kasihan. Mati-mati tak nak mengaku. Dialah yang jujur. Dialah yang baik. Baik punya lakonan, kan? Jadi dalam hal ini, siapa yang paling bodoh?

Dah tentu si perempuan. Bodoh-bodoh jantan pun, apa yang dia rugi? Duit tak keluar. Makan minum semua ditanggung beres. Bodoh-bodoh perempuan pula, memang tahap tapak selipar Sin Tat. Bila jantan buat hal dengan perempuan lain, meracau gila konon patah hati. Podahh! Nak tunggu apa lagi? Angkat kaki, berambus dari hidup jantan itu. Tak rugi. Lagi rugi bila dah kahwin nanti. Nak buat apa pun, tak boleh. Lebih baik rugi hati sekarang, dari rugi hati bila dah terikat nanti.

Kesimpulannya, jangan meratap kalau patah hati. Apa ada hal? Lelaki masih ramai. Gagagagagagaga!


29 comments

likeee entry nie!!!!!mavelesss...

22/3/13

patutnya bersyukur, tembelang pecah awal. kalau dah kawin, alahai...

selipar sin tat, yg putih tu kan? selipar rasmi kat asrama. sume org pakai tu sbb tahan dan sng nak tulis nama kat atas dia. :)

22/3/13

sbb tu kalau awal2 ada nampak ciri2 kedekutnya lelaki, memang sy tarik diri awal2. belum berumahtangga dah kedekut, esok2 lampin anak, susu anak, lansung taknak tong-tong. hehe.. nauzubillah, minta dijauhkan.

22/3/13

lelaki pun ramai yang bodoh tahap tak boleh diajar...

22/3/13

sama la macam saya tak paham kenapa perempuan masih nak kahwin dengan lelaki yang memang diketahui penagih dadah tegar yang juga tegar buat jenayah. mungkin cinta dalam hati memberikan sinar harapan bakal suami dapat dipulihkan bila dah berkahwin nanti. kesian juga pada org yang betul2 mengalami. tapi itulah kot cinta.

kesian pompuan..setia tak bertempat..sekali terkena kan dah meroyan..

ini adalah kisah sendiri...atau kisah yang berlaku sekarang...

pepuns saya setuju...jangan jadi hamba CINTA...kelak sendiri merana...

just my 2seng

Tapi saya memang lelaki yg beperangai hero. Bukan seperti spesis di atas.

22/3/13

benda berkait hati ni susah nak diperbincangkan sebab tak nampak, susah nak diukur

Selipar Sin Tat tu femes jadi selipar masjid..kah kah kah..

Saya dah jumpa pompuan mcm ni fara. Tapi yg saya jumpa ni lain sket. Lelaki memang ramai, tapi laki org juga yg dikejarnya. Tak tau nak kategorikan pompuan jenis apa. Laki tu bukan kaya pon, gaji kecik, anak berderet. Acaner tu?

setuju.. lelaki gitu tak sesuaipon nak jadikan pemimpin rumah tangga

22/3/13

kesian pempaun tu ibarat selipar tat sing..moga dia sedar dan cepat2 kelaur dari mulut buaya tak guna itu

22/3/13

balik2 pompuan jugak yg bodoh
betul kata ko.
nak nyesal sblum kawen xpe
dah kawen nnti..redha jelah

22/3/13

dulu...
saya dikelilingi perempuan macam ni...peliknya tengok..bila kita cakap,dia jawab..

"ko bukan paham,bf ko bukan depan mata.ko tak nampak susah dia.aku ni bf depan mata tak kan nak tengok je dia susah.."

huhu...yang saya nampak bf dia nak ambik kesempatan je..

22/3/13

betul2..sy setuju dgn entry ni..perempuan senang dipergunakan,mungkin sebab sifat semulajadi yg mudah lembut hati kot..

tp kalau asyik ditipu berkali2,blah la wei..tak berbaloi meratap hiba sebab jantan tak guna..

22/3/13

setuju!! x payah la cari laki yg kaki kikis....sb dia akan kikis smpi dah kawen kan....

dah diberi akal fikiran gunakan lah dgn sebaik mungkin kan hehehe

Tapi kan pompuan lebih ramai drpd lelaki?
Malang bg pempuan sbb susah nak cari llki betul2 berkualiti dah.. tu yg omak budak pompuan sanggup ikat budak llki 1st year lagi dan rela anaknya nikah gantung lpas habis study baru kenduri., terdesak ka?

As salam Fara,

Biasanya perempuan gitu sebab hanya tinggal 'sepah' tu yg tak sanggup nak tinggalkan lelaki tu...kononya kaulah yg pertama...acehh! Kena bagi kaunseling kat pompuan cenggini! Hidup kaum hawa! *tetiba*

Good morning! :)

Ahaaaa... aku setuju ini. Ekekeke. =)

ok setuju! jangan sampai terlambat berambus, nnt lagi banyak yg rugi..agaga!!

aduhaii..teringat masa zaman nana dulu2 kala..bila obes sangat dengan cinta, sampai duit sanggup kasi kat boprengg..sob sobb..amat kurang bijakk betuii..

lepas break...memang masa tu semua carutan sumpah seranah keluar..haha..Astagfirullahh..

ambil pengajaran juga bagi nana :)

dengan lelaki, jangan harap saya akan keluar duit belanja. melainkan in certain cases where we go dutch atau dia selalu belanja saya, saya akan return balik benda yg sama. tapi kalau lelaki tu dah tunjuk ciri ciri pengepau sejak dari awal kenal, boleh babai!

24/3/13

haih.. oh jantan..

nur dari ALL IN ONE

xtau nape banyak sanagt iklan tu.. x reti nak clearkan..

Tak pernah! hahaha

sebab motto kita dulu, biar laki tergilakan kita, bkn kita yg tergilakan laki. HAKHAK

akak experience benda yang sama..obses sgt masa tu sampai sanggup malu..x kisah la..asalkan dapat hidup ngan ex tunang dulu...biar jer apa yang dia buat asal dia tak tinggalkan akak...sampai satu tahap dia memalukan mak abah akak..itu yang akak x leh terima..huh...x leh ingat..automatik sakit hati..

Tanpa Nama
20/4/14

Salam. . .sbernanye x kiri gender msing2 bleh jdi jack ass. . .yg pnting syang n hargai dri sndri dulu. . . .zman moden ni cinta nom..last skali yg pnting ekonomi,ilmu(wlaupn x smpai PHD),kmahiran hidup,survivel dsb...cinta/kwin...mmm fkir 100x dlu...ade Brain kn...

Tanpa Nama
20/4/14

Salam. . .hey girl...kena fham kedekut atau brhati-hati...ade lelaki yg smart(bkn buaye)mmng brhati-hati...blum kwin nmpak sombong tpi dh kwin mngkin ok...awak nk lelaki yg pura2 baik sblum kwin(yg konon x kedekut semua bnde dia bgi) atau yg nmpak konon kedekut tpi bukan...bnyk girl salah tafsir tntng boys sbab tu dpat yg mr wrong...klau nmpk mcm kedekut tpi baik x rosakn anak org tuu yg dikatakn buruk...difikir balik btul2 lady...

Catat Ulasan