Bila saya baca entri Doc tentang cikgu sakit mental yang menghina-dina pejuang negara, tiba-tiba saya pun sibuk nak bercerita tentang cikgu. Tapi, tak ada kena-mengena pun pasal pejuang di Lahad Datu (Oh, takziah buat keluarga pada dua orang pejuang yang gugur ketika sedang menjalankan tugas menjaga keamanan negara. Al-Fatihah). Sebenarnya, saya nak bercerita tentang pengalaman saya menghadap perangai cikgu dari masa zaman belajar sampailah masa saya pernah mengajar suatu ketika dulu.
Susah untuk saya suka atau sayang gila pada cikgu. Teruk-kan? Kalau kawan-kawan lain, asyiklah up cikgu dialah yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Tapi bila turn saya cerita pasal cikgu, guruh, petir dan hujan lebat semua pun keluar. Terus jadi cerita seram. Entahlah. Bukan nasib saya agaknya. Dulu adik saya bila nak pindah sekolah, menangis-tangis bila terpaksa berpisah dengan cikgu kesayangan dia (masa itu nak pindah dari Subang Jaya ke Batu Pahat). Masa itu, adik saya comel. Bila dah comel, haruslah jadi rebutan, kan? Saya? Tidaklah sama sekali.
Nak kata saya murid bebal, melampau sangat, kan? Nak kata saya cemerlang, tak adalah saya nak menaip entri pasal cikgu hari ini. Boleh kata, saya murid sederhana saja. Taklah menonjol mana. Cikgu pun asyik tersasul lupa nama. Cari gaduh, kan? Tapi, saya tak kisah pun. Cuma, ada satu kisah yang buat saya kisah sampai sekarang. Memang membikin hati panas. Dalam kelas, tempat duduk saya bersebelahan dengan BFF (dan kini masih lagi). Masa itu, cikgu tengah mengajar. Saya punyalah tekun dengar ceramah bosan sang cikgu. Tapi, BFF saya pula agaknya dah bosan sangat-sangat. Masa itulah dia nak betulkan ikatan rambut, kirai-kirai rambut dengan berus sikat dia yang besar dan menuai cabut rambut gatal. Senang cerita, asyiklah melawa seorang diri. Dia ingat, cikgu tak ambil kisah. Rupanya, cikgu kumpul modal. Hujung waktu mengajar, dia menyinis-perli-sindir-pedas macam cili api dengan nada suara maksima. Tapi yang tak syoknya, cikgu petik nama saya sekali. Malang, kan? Aku yang tak ada kena mengena dalam hal ehwal lawa-melawa pun teraib sekali!
Sejak itu, saya selalu rasa tak syok dengan cikgu. Bagi saya, cikgu seolah pilih kasih. Murid pandai, mereka gedik tumpang gembira. Murid lembam, mereka keji hina. Murid sederhana, nama pun asyik lupa. Kan? Masa saya mengajar dulu, macam-macam cerita saya dengar dari mulut cikgu-cikgu sendiri. Kalau saya cerita, jatuh dosa umpat pula, kan? Maka, eloklah saya simpan cerita tak senonoh para cikgu-cikgu sekalian. Cumanya saya berdoa moga, Aydin diketemukan dengan cikgu yang baik, ikhlas dan sayang pada anak murid tanpa mengira tahap kecerdasan, kecergasan, IQ, otak dan yang seangkatan dengannya.
18 comments
Hurm..bukan semua cikgu sebegitu kan..
tapi tak nafikan memang ada cikgu yang sebegitu..
paling tak suka bila suka memilih kasih....
garang, tegas dan boleh bertukar jadi singa...
boleh saya jadi cikgu aydin????
lalalala....
aku ada add sorang cikgu dlm fb tp add jelah..tegur masa mula add dulu.lepas tu diam membisu
aku akan igt smpi mati cikgu yg paling baik dan yang paling garang ;)
amin..semoga aydin tak mengalami apa yg mama dia rasa..
Saya pun ada pengalaman pahit manis dgn cikgu..pernah cikgu dan saya bermasam muka sebab satu isu..tapi berdamai dan berbaik selepas tu..sampai sekarang saya tetap ingat kan dia...apapun cikgu yang baik madih ramai. ..cuma segelintir yg tergelincir dari landasan dan hakikat sebenar seorang pendidik (suami saya seorang guru juga..alhamdulillah anak muridnya sayangkan dia walaupun dia garang)
dulu ayah akak ialah guru matematik yg sangat garang. Tahun lepas, bekas anak muridnya datang ke rumah & ucap terima kasih atas ketegasan ayah dulu. Katanya, disebabkan kegarangan itu le, dia menjadi manusia yg berjaya skrg ni.
antara kupasan slot "Guru & Pendidikan" yang saya dengar semalam di radio IKIM tu, katanya...kalau nak jadi mulia ( sebab guru itu mulia di sisi Allah), kena lah pastikan tepati ciri ciri kemuliaan seorang guru itu...Pilih kasih, abaikan yg bodoh/tak lawa...mmg tak boleh...
Saya berdoa anak2 saya, anak2 awak, anak2 rakan2 blogger kita semua...bakal mendapat cikgu yg betul2 mulia, berdedikasi...
berapa ramai cikgu yang gunakan set induksi masa sesi pengajaran?? masa zaman saya dulu ada la sorang dua cikgu..tapi kenapa lama kelamaan cikgu sendiri pon malas nak buat set induksi..lepas melibatkan diri dengan UPSI baru saya kenal apa itu set induksi (sebab saya bukan org edu..) sambil berfikir dlm ati..errr nape cikgu aku tak buat mcm ni dulu ye
mungkin betul ada cikgu yg pilih kasih..masakan tidak masa meeting PIBG ada keluar isu begini..
dulu PM pernah ditumbuk di bahagian perut oleh cikgu/warden kerana tidak turun berkebun...huhu
cikgu sekarang kena garang. kalau tidak habis kena buli dengan anak murid..hu..hu..
kebanyakannya cikgu mmg pilih kasih apa tah lagi kalau pelajar yg dikasihinya amat cemerlang,
yg kurang cemerlang dia buat sambil lewa kurang peduli.
kebiasaanya begitu lah
moga cikgu2 ikhlas mengajar anak2 murid..
psstt: kalau pandai, maka menjadi pilihan cikgulah.. tapi kalau tak.. eeemm..
Hantar cikgu tu kat lahad datu, boleh? ahaha
hahaha... time sy dulu tak pernah hina @ beza2kan student pandai ke tak. sama je.
sikgutuh saiko kot.hihi
ekeke!! untung tersalah sebut nama kak fara, kalau tidak dpandang terus seperti ain nih? salah diri sendiri ke macam mana? .ain doakan anak2 kita bertemu dengan guru yang sejati bukan guru yang bermuka2..peace! ^_^
Cikgu tidak pernah berharap untuk di puja puji, walau macam mana tanggapan org, cikgu tetap menghalalkan ilmu yg di perturunkan.Semoga setiap ilmu boleh dimanafaatkan dan mendapat keberkatan.