Akhirnya!
Buat pertama kali, saya membeli sesuatu dari Groupon. Dalam nak berjimat, akhirnya tersungkur jua. Inilah yang dikatakan 9 nafsu! Konon beli sebab nak meraikan harijadi budak debab (minggu depan). Tapi ketahuilah yang saya ini adalah manusia biasa yang tidak sempurna. Kalau boleh, nak redeem baucer hari ini juga. Tak menyempat lagi dah! Arghhhh!
Tapi, weekend ini adalah weekend yang sibuk. Pertama, restock lauk. Peti ais sudah kering-kontang dengan lauk basah. Kasihan. Kedua, restock barang-barang dapur. Payah betul bila barang tak ada. Ianya membuatkan saya menjadi tak ada mood nak memasak. Maka dengan rasa tak tahu malunya, telefon dicapai dan terus watsap suami supaya membelikan apa-apa yang berkenan di hati. Inilah yang dikatakan alasan klise wanita-wanita bekerja, termasuk saya. Sila jangan amalkan. Heee~ Ketiga, saya nak beli oven baru. Oven yang lebih besar dan mampu menghasilkan keluaran biskut dengan lebih cepat dan banyak. Sadisnya, dulu berangan nak beli jenama Europa. Tapi memandangkan peruntukan untuk oven yang canggih dan cantik lagi molek itu sudah digunakan untuk membeli hadiah harijadi suami tersayang, maka Europa terpaksa kuucapkan selamat tinggal. Tapi tak apa. Tunggu sikit masa nanti. Saya tetap akan beli! (Wah! Dah macam tentera nak pergi berjuang). Keempat, suami kata nak rehat dari keluar berjimba-jimba. Saya akur. Tapi dalam hati dah berkira-kira nak ajak dia pergi pasar malam Jalan TAR. Bukan apa. Lambaian pashmina murah di sana begitu menggamit perasaan. Walhal, minggu lepas baru beli 2 helai shawl ala-ala Faraherda Razalan (Ayat show-off kompang, kan? Hahahahah). Cukup Fara. Cukup sudah kau membazirkan duit yang macam tinggal nyawa-nyawa ikan itu!
Tiba-tiba rasa macam nak makan di Seoul Garden. Tekak orang kaya, kan? Menyampah!
27 comments
Wah...baucher apa lah tu agaknya yer. Tak pernah lagi membeli di groupon.
Jooommmmmm seoul garden paradigm mall!!!!!
:)
Kita coretkan apa yang kita rasa. Apa ada hal dengan apa orang nak kata. :)
dh lama duk pk nak gi jalan TAR cari shawl murah..tapi tak kesampaian.bila balik umah mil di cheras..malas pula nak keluar rumah
#bosan duk ulang tayang shawl sama setiap mggu
Oh hari ni juga saya menaip entry gedix yg tak dipublish lagi!Oh ohh...
Oh hari ni juga saya menaip entry gedix yg tak dipublish lagi!Oh ohh...
alah.. bukan orang lain pun.. en. suami sendirik.. ;)
tak getilah fara beli melalui groupon..huhu..tapi tgk iklan menari2 mcm tertari menarik pulak
entri gedik yg menarik untuk dibaca:)
peti ais sy pun dah kering kontang sebab tu last week tak masak langsung erk!
oh welll sama la mood masak kelaut la this week...td call mak tanya apa ada dalam peti ais..mak ckp..x do apo..ekau poie yo la pasar sokgi ngan abah ekau...aduh..terbayang dah $ yang akan terbang esok...heheheheh
Beli baucer SG kat groupon le tuu..
Sabo2...guna masa bday aydin nanti.
Suka beli gak secara on9 nie :D
saya tak pernah makan kat Seoul Garden ..huhuhuh...tak geti nak makan kat makanan korea
Tak pa, angan2 tu membuatkan fikiran kita bertambah ligat berbanding orang yang langsung tiada angan2 seolah2 mati dan kering je..
Kalu masih banyak baki bajetnya, apa salahnya nak beli pun... hehe
bestnya, puas hati dapat beli macam macam.... aritu saya beli hadiah basikal, sebab nak jimat, terus jadikan basikal tu hadiah hari jadi naim hujung bln ni. haha.. bijak tak.
UKUR BAJU DI BADAN SENDIRI.. SAYA TAK BANYAK KELUAR-KELUAR DAN MAKAN-MAKAN DI TEMPAT YANG PELIK2..
sesekali manjakan diri takpekan..reward lah lps pnt kerja...
pssttt..smp skrg sy tak reti mcm mana nk redeem groupun tu?
tak pernah makan kat soul garden....nak cuba lah nanti
sesekali layan tekak orang kaya best jugak..nak2 kalau ada org sudi velanja
(^_^)
den tak pernah lagi makan kat Seoul Garden tuh...satu hari nak juga cuba...
AJAKLAH saya sekali...hahaha...
Tak sabar nk tgk ni beli apa dgn baucer tu.
hahaha lawak lah akk ni.best ke bli kat groupon tu,sy xpenah beli.
Belanja barang dapur lagi penting dr beli di apa, phashima.
ala rilex MF utamakan yg perlu dahulu.jgn terburu ikut nafsu
sesekali tukar selera apa salahnyer kan hehehe
huhu makan kat seoul garden..marvellous!