6/03/13

pelik-kah?

Huarghhhhhhhhhhhhhh!

Pelik, kan? Orang lain, mengantuk waktu petang. Saya pula, pagi-pagi asyik nak menyangap. Sampai meleleh airmata. Lemah. Lembab. Macam siput khinzir. Tinggal tak ada cangkerang. Kalau ada cangkerang, untung-untung boleh menyorok tidur. Waaaa~

Disebabkan saya tak ada semangat nak bekerja dan betul-betul tak produktif hari ini, maka saya keluar dari zon sibuk untuk menikmati masa-masa 'curi tulang' yang mengundang 'gaji buta'. Agak-agak, berkat tak duit gaji saya nanti? Woooo~

Pernah jumpa manusia pelik, tak? Maksud saya, manusia berperangai pelik. Contoh 1, anak muda yang dibesarkan dalam ajaran agama Islam yang kukuh. Pelajar tahfiz. Seorang hafiz. Fasih berbahasa Arab. Pandai menafsir al-Quran. Tapi bila dewasa, dia keluar dari Islam. Menjadi seorang yang agnostik. Skeptik. Dan ateis. Pelik, kan?

Contoh 2, ada hamba Allah telefon Sinar Pagi. Merungut tentang pemandu perempuan yang tak suka bagi signal. Pelik, kan? Sepanjang saya pegang lesen kereta, rata-rata pemandu yang suka sangat berlagak sampai tak nak bagi signal adalah pemandu lelaki. Ini bukan cerita tipu. Hari-hari saya mengadap pemandu lelaki yang tak suka bagi signal. Kita punyalah menunggu di simpang. Kereta kalau jenis sikit-sikit atas jalan, tak apa. Ini dahlah berderet. Arghhhhhhhhhh! Sakit jiwa aku dibuatnya!!!!

Contoh 3, tauke kedai makan suka sangat menyindir pelanggan. Nak kata kedai makan jenis sentiasa penuh dengan pelanggan, tak apa. Ini dahlah pelanggan ciput. Pelanggan minta tukar kuah roti canai pun, dia bantai sindir. Marah-marah pekerja sendiri, walhal dituju pada pelanggan. Apakah? Pelik, kan?

Contoh 4, polis mati syahid pun nak dihina-hina. Siap bagi pesanan terakhir; Akan aku f^%k polis sampai bila-bila. Apo kono eh jang? Buatnya anak kau nanti beria-ia nak jadi polis, tahulah!!! Tahulah nasib kau!!! Arghhh! 

Entahlah. Pagi ini saya rasa pelik. Pelik yang teramat. Tak tahulah kenapa. Ahhhhhhhhhhh~






34 comments

Aaaahhh..hari ni pun saya bermood pelik...aaahh..

mungkin saya yang pelik, sebab suka makan roti berjemkan tempoyak...eh apakah...hehehe

6/3/13

cheqna pun pelik...
kenapa sejak akhir2 ni cheqna jadi pemalas sangat...

pelik..tapi tu lah realitinye kan kak..

Yang komen pasal polis tu saya baca, entah apa2..rasanya orang tu takde akal kot.

6/3/13

sangat pelikkah.. namun itu mmg lumrah

6/3/13

SAYA BERPENGALAMAN DALAM NO.4. ADA SATU KEDAI, DIA JUAL AIR SAJA, KIRI KANAN JUAL MAKANAN. SAYA PUNYALAH NAK BERI SUPPORT PADA KEDAI DIA, HINGGA SAYA KALAU MAKAN, BELI AIR DI KEDAI DIA, PADAHAL KEDAI MAKAN JUGA MENJUAL AIR.

TETAPI AIR YANG DIA BUAT KADANG2 MANIS, ATAU TERLALU PANAS SEDANGKAN SAYA SUDAH MINTA DI TARIK. SAYA KALAU MAKAN TAK SUKA TUNGGU-TUNGGU, SAYA PUN MINTALAH DIA SEJUKKAN DENGAN MENARIK AIR TU..

LEPAS TU DIA DATANG MENGOMEL-NGOMEL, "KAU DATANG ADA SAJA TAK KENA, MANISLAH, PANASLAH". PERGHH.. SAYA PUNYALAH BENGKAK DALAM HATI NI, BEGITUKAH CARANYA MELAYAN PELANGGAN. WALAUPUN BENGKAK, SAYA TIDAK MENUNJUKKAN DEPAN-DEPAN ATAS KETIDAKPUASAN HATI SAYA.

MALANGNYA KINI DIA HILANG SEORANG PELANGGAN. SUDAH BERBULAN-BULAN SAYA TAK SINGGAH KEDAI DIA SEHINGGALAH KINI. SAYA MEMANG SUDAH PANGKAH.

Saya ada cengkerang. Waaaa~

Sebab tu saya sentiasa bebas menyorok tido... Woooo~

:D

Contoh 1 tu ada kat opis akak ni...sengal..mcm bagus..request HARAKAH lg for newspaper...yg lain2 tu semua x sedar diri..pandai ckp je...cer diorang yg kena..confirm meraung2 merayu2 mintak tolong kerajaan..

...kalau mengantuk, aku tidur bawah meja sampai orang tak tau aku pergi mana.

6/3/13

semuanya ada sikap/perangai yang pelik2 yang menjadikan mereka semua mengeluarkan perbuatan yang pelik2 ...

kikiki sy pon ngah mengantuk ni,bc entry akk trus nk senyum.mmg pelik.hidup kita selalu di kekelingi benda pelik.lelaki mmg suke tunjuk hebat.tp x pon.bwk kete lg worst!

entry pasal signal lebih kurang macam ai buat semalam.. ;)

tak pelik dalam zaman sekarang ni..

Macam2 perkara pelik kan. Memang pelik dgn yg no 2 tu. MEmang lemandu lelaki yg suka tak bagi signal.

6/3/13

memang ada manusia2 ngok macam tu..saya pun pelik sebab manusia2 jenis gini makin ramai pulak..hahah

6/3/13

sepatutnya kesian dan tlg doakanlah kat polis yg jaga keamanan negara..hal2 politik buang dlm longkang dulu..

sabar lah.....MF

1. dah biasa jumpa dgn org yg penuh didikan agama semua tapi bila dewasa perangai mcm tak beragama. Part murtad belum pernah

2.Itu mmg perangai agak celaka.

3. kes ini saya tak pernah jumpa

4. Orang ni yang paling pelik. kalau anak dia tak jadi polis pun takpe. tapi suatu hari nanti dia pasti berurusan dgn polis juga

6/3/13

Ahhhhhhh lagi.

memang perlu dipecahkan lampu signal diorang.

bukan guna pun ye dak.

Semua tu dugaan kepada mereka yang berkenaan. Tewas dugaan tu yang tewas dalam hidup terus tu.

As salam Fara,

Kena qada balik masa curi tulang tu! hehehe ;))

No 1 Mmg pelik, dan inilah yg cuba kita elakkan berlaku pd anak2 kita... takut nak komen byk2... tp selalu pesan pd diri sendiri yg kita nak besarkan adalah anak/manusia & bukan video tape... ;))

no 2 Saya lagi pelik jika kereta tu punyalah mahal tp susah betul nak bagikan signal! Agaknya kereta mahal mmg xdibekalkan signal kot hehehe :)

no 3 Patutlah pelanggan dia ciput.. perangai mcm tu rf tokey nye... haaa... yg ni tak peliklah...

no.4 Ni org sakit jiwa ni... jgn layan... ;p


akak jugak buat entri pasal tempat pelik hehe

pembawakan budak kot farah? yana dulu macam tuu..hehe

memang banyak benda2 pelik kepada kita tapi lama-lama nanti bila dah ramai buat ia tak jadi pelik.

contoh 1. uncle pernah berjumpa seorang penagih dadah yang belajar di Mekah, hafaz Quran dan pernah jadi Imam.

* gambar2 Iris yang tak diedit ada dimuatkan dalam entri uncle hari ini.

Bukankah sudah dikatakan bila tiba akhir zaman akan banyak benda-benda pelik akan terjadi. Inilah dia.. lagi pelik org besar, gaji besar, rumah besar semua besar tapi takut dgn org-org kecik yg mengundi dlm PRU heeee.... kita pun ada kuasa besar Fara walaupun kita kecik aje - PILIH yg kita nak!!

mmg byk yg pelik sejak akhir2 ni

Saya pun selalu jugak curi tulang nie..hihiihi....

itulah manusia.

sifat boleh ubah-ubah.
kata tak menggunakal akal sebelum bicara.
ikut nafsu.
tanpa rasa kesal.

maaf juga lama tk singgah. Baru je sakit nak kebah ! tg jgk ye

walau tersengguk2 tapi tetap singgah kat sini.. ;)

8/3/13

mmg pelik2....

tak sukalah pnjual garang2 n tak mulut manis..suka ngan penjual yang sopan jew..

siput kinzir..oooh siput kinzir..hehe

banyaknya yang pelik hehehe bab yang last skali tu bukannya pelik tapi sakit hati sesangat grrrrr

betul tu farah..bab keta tu betul lah..biasa lelaki susah nak bg signal...mcm -mcm kerenah manusia ne...

Pelik sgt! hana pun ngtk waktu pg. t.ari steady je. kehkeh

Catat Ulasan