Saya mengaku, saya pernah hantar komen 'sambil lalu'. Buat-buat syarat saja. Janji tinggal jejak. Onar, kan? Ya, saya memang pernah melakukan onar sebegitu rupa pada blog kawan-kawan. Biasanya, onar itu saya lakukan ketika saya sedang dalam tahap super-duper-bz-gila-punya.
Lama-kelamaan, saya rasa hitam. Hitam jari. Hitam muka. Hitam hati. Yalah, banyak sangat buat onar. Berdosa. Kasihan kawan-kawan. Mereka datang blog kita, baca entri kita sampai habis. Kemudian, tinggalkan komen yang berjela dan kena pada topik. Kita pun suka. Siapa tak suka, kan? Entri dapat perhatian.
Disebabkan hal ini, saya kena cekalkan diri untuk berubah sikap. Menjadi seorang yang lebih tertib dalam berblog. Ya! Tertib ya kawan-kawan. Jangan ingat, berblog boleh buat sambil lalu saja. Saya letak jari telunjuk kanan pada dahi sebelah kanan dan jari telunjuk kiri pada sebelah dahi kiri macam ala-ala Dato' Dr. Fadzilah Kamsah. Kenalah motivasi diri sendiri. Buang rasa pentingkan diri sendiri. Nak tinggal jejak, tapi acuh tak acuh sebab semata-mata nak kawan-kawan datang balik pada blog kita. Haih! Buruk perangailah, Fara. Buruk!!!!
19 comments
hahaha, fara buruk...buruk...
tapi saya baca tiap entry fara dari atas sampai bawah...
saya suka...entry berkaedah metafora begini...pendek, ringkas...dan padat...
penuh motivasi..isi...dan besi besi..
eh ada kena mengena ke...janji bunyi si...hahaha....
selamat petang fara...
hehehe
macam terkena je
cheqna memang baca habis n3 kawan2 tapi ada ketikanya cam blur nak komen pe..
tu yang kadang2 kuar 2,3 patah perkataan je tu...hehehehe
errkk..lagi satu, baru hari ni kot aura rajin datang menyeru =)
kalau ai pulak tak sampai hati nak drop pada satu entry.. cuba untuk 2 atau lebih entry dalam blog tu.. ---> kes beberapa hari tak singgah blog kengkawanler ni.. :(
ADAKAH SAYA JUGA SUKA MEMBUAT ONAR.?
ciput pun kalau datang dari akk saya dah senyum lebar..^_^
Saya pernah menulis tentang "Jenis Jenis Blogger" ini Fara...kita tahu,jenis blogger yg baca sepenuh jiwa raga entri kita, kita tahu, jenis yg baca hanya seperti angin lalu---based on komen2 mereka..hahahaha...
http://alwaqiahalmulk.blogspot.com/2012/11/tentang-blog-ep-1-jenis-jenis-blogger.html
:)
Kan? Kalo busy memang sy tak singgah. Kalo free sy baca, insyaallah saya menyampuk sepatah dua.
Tak per lah fara, janji ada tinggal kan ayat2 cinta.
Saya pon pernah buat onar juga bila tahap ke busy an dah malampaui batasan ☺☺
Rasa tak syiok bila tak dpt komen. Dpt buat :-) pon ok lah.
http://al-lavendari.blogspot.com/2009/12/baca-ke-tak-baca-ni.html
awak mesti baca entri lama uncle kat atas .. jangan tak baca. puas uncle menjejakinya.
ia sangat berkaitan dengan entri awak ini.
akak pernah buat Fara...lepas takde pun yang berkunjung kat blog akak..sejak tu serik...
Kadang-kadang baca betul-betul, kadang-kadang sambil lalu je, kadang-kadang tak singgah pun.. pada che mid ini lumrah la sebab kita ada keutamaan lain seperti kerja dan keluarga..janji silaturrahim tak putus. Tapi che mid tabik spring kawan-kawan yang boleh update blog tiap-tiap hari dan isi serta kualitinya bagus..cuba nak jadi macam tu tapi selalu fail he he
Baik, saya akan cuba komen dgn tertib :)
Bukan sbb sibuk tp mmg kekeringan idea tapi tetap mahu mninggalkan jejak.. x salahkan.
Assalam,
Oh .. itu maciamm kaa? heeee...
As salam Fara,
Ingatkan mcmanalah rupanya komen sambil lalu... gitu rupanya...hehehe... Saya ni suka komen pjg2 agak2 org suka ke? Boleh buat satu entry! hikhik...
aku penah terima komen
mmg nampak sgt yg membaca sekali lalu
aku tulis pasal pakcik yg sakit
tp yg komen,ucap takziah atas kehilangan ayah aku.boleh?
setuju2 tp kekadang kita pun tak tau nak komen apa ! huhuhu
Betul. Kekadang tu busy sampai tak sempat baca habis. Tapi takdelah nk komen terus.
Sya pula, jarang blogwalking tp sekali datang, mesti hantar komen lebih daripada 1 artikel. biar puas hati.