Sebelum saya mulakan kata, terlebih dahulu saya ingin ekspresikan rasa simpati dan takziah pada keluarga anggota PDRM yang terkorban di Lahad Datu sana. Dan doa saya, semoga Allah lindungi kita semua dari keburukan dan kejahatan.
Sangat terkejut. Berita pencerobohan dan tembak-menembak hingga mengorban nyawa sebenarnya bukan sesuatu yang biasa bagi saya. Lebih-lebih lagi bila ianya berlaku dalam negara saya sendiri. Dan lebih terkejut bila para pemimpin politik jadikan isu ini untuk 'menghentak-lipat' pihak lawan masing-masing. Saya pula yang malu sendiri.
Dahlah. Siapa saya hendak bercerita lebih tentang pemimpin kerajaan mahupun pembangkang. Saya tak pandai ulas apa-apa. Apa yang lahir dari dalam hati saya, tidak berteraskan apa-apa. Ulas, tak dapat duit. Tak ulas pun, tak dapat duit. Dalam ertikata lain, jujur dari hati seorang rakyat jelata yang biasa lagi marhaen.
Tiba-tiba teringat masa dulu. Saya pernah keluarkan status FB, sinis pada anggota polis trafik. Tiba-tiba, emak saudara tegur dengan tindakan saya. Katanya, Ayah dibesarkan dengan gaji polis. Mak dibesarkan dengan gaji polis. Saya juga dibesarkan dengan gaji polis. Tapi, sedap pula mulut hendak mencemuh anggota polis. Memanglah hati dan mulut itu hak kita tapi elok ke mengata dan mencemuh orang lain (kalau pun mereka jahat tapi, biarlah mereka saja jahat dan bukan kita)? - tak ada kena mengena dengan kisah LD tapi masih kena mengena dengan perenggan kedua di atas.
20 comments
awak tak reti ulas...saya lagilah...
tapi dah macam terasing dibumi sendiri pulak
hurmm..bab nyawa pun nak dipolitikkan kan?sedih biler baca sana sini duk tuding-tuding jari juga tgn..
Masing2 nak tunjuk hebat. Yang jadi mangsa? Rakyat! :(
...seperti mana kita menerima pelbagai jenis bantuan dan imbuhan daripada pemerintah, tak semestinya kita tak berhak menegur kesilapan mereka!
nak Q&A isu lahad datu? sebenarnya banyak persoalan yang tak terjawab sejak hampir sebulan lalu. dan mungkin sebahagiannya akan terus kekal rahsia.
Kita buat post di FB, nyatakan secara jelas siapa yg kita perli/kritik..jadinya hanya yg makan cili akan terasa pedas
org kata nak cakap kena pandang kiri kanan...btw moga Malaysia kembali tenang..tak sedap lah ada kemelut macam ni..simpati sangat kat penduduk Semporna dan Lahad Datu..kita doa utk keselamatan mereka selalu
colgate 4 u :)
Assalamualaikum,
hai.. lama kita tak bersua di muka belog.. =)
sedih kan ... pastu cerita cerita berleluasa yang konfius la.. yang tak betul la.. macam macam orang amik kesempatan.
TERINGAT MASA JADI MAT MOTOR PADA SUATU MASA DAHULU. KEBANYAKKAN ANTARA KAMI MEMANGGIL POLIS DENGAN NAMA-NAMA YANG YANG PELIK DAN TIDAK BAIK SEPERTI KUDA PUTIH, ANJING, BANGKAI, OTEK, DAN BERMACAM-MACAM LAGI. TERINGAT JUGA, HAMPIR DITENDANG OLEH POLIS TRAFIK KETIKA MELARIKAN DIRI APABILA DIKEJAR, MUJURLAH SEMPAT ELAK DAN CABUT LARI. ITU DULU, MASA ZAMAN TENGAH 'PANAS'. KINI APABILA TERUS MENINGKAT DEWASA SAYA INSAF. SAYA TAHU TAK BAIK MEMBAHASAKAN ORANG DENGAN PERKATAAN YANG BUKAN-BUKAN.
KINI, DI KIRI, KANAN PERUMAHAN SAYA, RAMAI ANGGOTA POLIS. ADA ANTARA MEREKA YANG MENJADI IMAM DI SURAU.
INGATLAH, TIDAK SEMUA POLIS ITU JAHAT. JANGAN HANYA NILA SETITIK, ROSAK SUSU SEBELANGA..
Tunjukkan contoh yg baik sahaja. Utk next generation kita tidaklah sempurna mana pun
takziah buat mereka.sedih sgt.mcm tak percaya,
Saya pon masih mencari jawapan juga ni fara, apa punca sebenar pencerobohan ni. Macam mana bley jadi mcm nih. Macam2 versi yg saya dengar. Sampai tak tau mana satu yg betulnya.
Harap perkara ni dpt diselesaikan dgn kadar segera #perghhh...ayat aku#. Semoga tak der lagi isteri2 yg menjadi balu dan anak2 menjadi yatim piatu.
Simpati dgn rakyat sabah. Semoga prajurit2 kita dah rakyat2 sabah sentiasa dibawah lindunganNYA.
masih x paham kenapa hal2 membabitkan perjuangan dan kematian ni di katakan agenda politik...x fikir ke penerimaan dan sensitiviti ahli keluarga mangsa yang sah2 kehilangan...kan?
saya risau sangat dengan keaadan di sabah... risaukan family disana...
yang tersepit rakyat jelata tentunya..
Terlalu banyak spekulasi la kes ni. Masing2 menyalahkan pihak lain. Tak seronok betul bila sampai ada nyawa yang terkorban pun masih lagi menuding jari.
Al-Fatihah pada mangsa yang terkorban... pasal nyawa orang pun masing-masing nak politik kan..itu yg tak suka
Betul la tu. Kutuk kutuk syak wasangka semua buat tambah dosa je.
harap masalah pencerobohan nih akan selesai secepat mungkin...
sedih juga lah kan bila kematian di perkotak katikkan...sian pada waris...takziah..al-fatihah pada perjuang kita demi negara..