11/03/13

perangai aydin

Aydin kalau kita ajak dia pergi beli barang, kegemaran nombor satu dia adalah mengusik barang sana-sini. Pernah dia pecahkan botol kicap saiz besar. Bila dah berderai, dia pula yang melalak. Bukan sikit-sikit melalak. Habis satu hall Tesco bergema. Dia peluk saya kuat. Takut saya marah. Takut pakcik sekuriti marah. Heee~ Tapi, takkanlah saya nak marah anak yang tak tahu apa-apa, kan? Salah saya sebab tak pantau anak. Masa itu, saya tak fikir lain. Dah siap-siap nak keluarkan duit, nak bayar gantirugi. Tapi nasib baik, saya tak payah bayar apa-apa. Lepas dari itu, saya buat latihan 'amali' pada Aydin. Anak-anak kalau kita nasihat mulut, payah nak dengar. Apa-apa pun, mesti kena ada latihan amali. Alhamdulillah. Dia ikut. Sampai ke hari ini bila nampak saja barang kaca, dia kata; Mommy! No. Nanti pecah! 

Tapi bila barang kaca dah jadi barang terlarang, lain pula yang dia usik. Mesti kena usik. Kalau tak, tak sah hari dia bila meneman mommy atau papa membeli-belah. Kan Aydin?


18 comments

11/3/13

ni lah masa nak wat eksperimen kan aydin? : )

tak boleh bayang camane dia jerit tu.. hehehe..
nampak comel dak Aydin pegang penyapu dan penyodok tu.. ;)

o yes aydin good boy. budak budak memang gitu kan...kena didik dan latih, kena beritahu kenapa mereka x boleh main dengan barang berkenaan. jangan ingat depa tak tahu kan, kalau kita cakap dan explain betul2, mereka faham dan tahu kerana mereka sebenarnya bijak menaakul..

Main penyapu tak apa tak pecah ye sayang hihi... anak.. anak... ada je dia nak buat kan:)

11/3/13

x cuba x tahu ye dak..

Almost kanak2 suka usik brgkan kalo pi kedai. tp comel. lesson learn. biar kanak2 explore. dia usik xpe jgn mencuri.

Tanpa Nama
11/3/13

Kat rumah ada rotan tak? Kata orang ni rotan boleh mendidik secara tak langsung walau pun tak pernah digunakan, dengan cara psikologi. Mungkin...

asslaam fara..acik dulu 3 yang macam tu ..he he

heee, biasa kalau budak2 rasakan takut dimarahi, pasti akan meraung.

Kita kenalah didik dengan nasihat yang tegas. bukan memukulnya.

nana lihat, ada segelintir ibu bapa memukul anak2nya bila berlakunya eksident di mall, contohnya di pasaraya. Kasihan. Anak kecil itu tak sengaja. tapi teruk juga dipukulnya. :'(

11/3/13

Anak2 akak pon pernah pecahkan botol tomato sos..
Bab guna penyapu x pernah tapi tiarap depan tv kat shopping complex memang selalu,,, ala2 tiarap kat rumah dia!

11/3/13

RAJIN ANAKNYA..

ni gaya budak rajin...aydin nk praktikkan kerajinan yg mcm mama selalu buat, kan?

12/3/13

hahaha
aydin aydin...=)

aydin kan budak cerdik...kenalah guna akal yang lain, kalu mami tak bagi usik barang kaca...hehehe...aydin aydin...

kihkihkih..pekerja contoh..gigih menyapu..

itu maknanya dia bijak..dia nak tau segala2nya..dah besar nanti senang..kan Aydin kan....meh give 5 ngan mamalong...

Qahirah pon mcm tu juga. Dia rasa tak puas selagi tak dpt usik barang tu...haishhhh...

Tanpa Nama
12/3/13

sama ler anak bongus KA tu !

Catat Ulasan