12/04/13

bila perempuan merokok...

Pagi Jumaat. Sepatutnya happy, sebab esok hari hujung minggu. Tapi, saya rasa tak syok. Emosi masih bergegar. 

Kalau dah namanya merokok, lelaki atau perempuan semuanya bodoh. Jangan nak mengumpat perempuan merokok lebih dari lelaki. Orang lelaki lagi tak guna bila merokok. Tak ada adab dan tatasusila. Merokok merata. Walau anak kecil ada merata.

Sedar sikit. Rokok mengundang maut. Tapi fatwa halal haram tak jelas. Tak apalah. Siapa kita nak bercerita tentang agama, kan? Tapi, sedar-sedarlah diri. Ubah sikap. Jangan suka sangat nak kumpul dosa mengumpat. Rokok memang jelas tak baik untuk kesihatan. Kalau nak cemuh pun, biar sama rata. Adab dan tatasusila orang Melayu sudah tidak relevan di masa kini kalau asyik nak mencemuh orang. 



20 comments

katakan tidak pada merokok...saya paling tak suka orang merokok pastu hembus pada kanak2....takde akal ke apa..haihh

12/4/13

LELAKI MEROKOK NAMPAK BIASA, TAPI KALAU PEREMPUAN MEROKOK NAMPAK LUAR BIASA..

Paling xsuka nmpk perempuan hisap rokok yg mengalahkan org laki! Mcm bangga plak kdg tgk...

12/4/13

betul tu
lelaki pompuan sama je
dh tahu rokok bahaya tp tetap isap juga
..tpi antara lelaki dan pompuan,pompuan nmpk sgt 'pelik' bila merokok.dulu2 zaman nenek2 kita biasa tgk mereka merokok.alasan nak halau nyamuk masa menoreh

Tanpa Nama
12/4/13

ceh! macam tau2 je aku baru update instagram pasal merokok masa proses evakuasi bangunan (ada kebakaran). sangat santai merokok sambil tengok orang berpusu2 keluar bangunan. hahaa...

12/4/13

yg paling pentingnya rokok tu membahayakan kesihatan. baik untuk perokok ke atau yg perokok sekunder. baikla stop kan penjualan kalau lebih byk buruk dari baik. tapi....

Tanpa Nama
12/4/13

x suka x suka lagi2 kalau pompuan merokok ! menci !

Telan asap lepas tu hembus sedap tu agaknya Fara yg buat mereka susah nak tinggal...

12/4/13

buang duit plak tu, pencemaran pernafasan pun iye,,,hurmm

12/4/13

Merokok = Bodoh.

Period.

12/4/13

Akak pun x suka org merokok tp apakan daya kwn sebelah perokok tegar.. harap2 anak2 bencik rokok..

13/4/13

takmolah selalu sangat emosi yer...huhu

15/4/13

nasib baik laki aku x merokok...

en. suami ai sekarang sedang berusaha untuk tidak merokok..
ye bang.. teruskan usaha anda itu.. ;)

Tapi....kalau wanita merokok nampak sgt perangai st teruk tiada lemah lembut. Mcm perempuan rosak akhlaknya walaupun sebenarnya tidak.


Itu anggapan yg biasa saya dgr

16/4/13

no comment..

suami saya perokok..

Saya tak suka lelaki merokok tapi dapat suami memang kaki rokok. Cuma syg dia sgt sbb dia hormat saya. tak akan merokok depan saya. Kalo kat rumah 24 hours weekend memang tak merokok. So, saya cakap boleh plak tak merokok. Tapi bila pi keje, kena merokok. tak kuat iman kot member sekeliling merokok.

hubby kak ita pun merokok juga farah..dah tak larat dahhhhhhhhh...kalu perempuan merokok tu nampak kurang sopan juga lah...tapi kalu nenek-nenek tu ok aje ita tengok..he..he

buruk sgt rupanya bila perem[uan merokok.sgt x suka tgk.tambah pula yg bertudung.

sebelum kawen, sy berdoa agar suami bikan perokok.Alhamdulillah tuhan makbulkan doa saya:)serius sy memang x tahan asap rokok

Catat Ulasan