27/05/13

aydin dan asma - intro

Awal pagi Rabu lepas, bapa saudara suami meninggal dunia. Saya dan suami ambil cuti kecemasan dan bergegas pulang ke Melaka. Dalam sibuk bersiap, Aydin diserang asma. Dadanya berombak, kencang semacam. Nafasnya tak stabil dan berbunyi-bunyi. Tak boleh jadi. Nak tak nak, kena bawa dia ke klinik untuk nebulize. Dalam perjalanan ke klinik, Aydin batuk tak henti-henti. Sampailah dia muntah kahak, 'mencemar duli' ke baju kurung yang saya pakai. Redha; Tak apa Aydin, mommy tak kisah. Janji, awak dapat buang kahak. Walau dalam hati ada rasa sikit terbakar. Tapi demi anak, 'saborrrrrr'!

Bila dah sampai klinik, terus cari 'jamban'. Cuci baju yang melekit dengan lendir. Aydin pun ikut sama. Sibuk nak basuh juga sebab baju dia terpalit sama dengan kahak sendiri sambil kata; Giliii~ Giliii~ (Geli). Dah habis basuh semua, 'misi' panggil masuk bilik doc. Doc check dada Aydin dengan stetoskop. Doc kata; He got mild asthma. Makanya, silalah nebulize Muhammad Aydin Isyraf yang debab dan 'notty' itu. Dah habis sedut ubat, doc check dada Aydin sekali lagi. Katanya, dada Aydin sudah agak reda walau bukan 100% ok.  Dan dia minta kami rujuk pada pakar/paed sebab kalau ikutkan rekod, 2 bulan sekali Aydin mesti kena serang asma. Nampaknya, episod asma Aydin bakal meleret-leret macam soap opera versi Latin. Oh, ya! Aydin bukan semata kena asma tapi pakej dengan selesema. Bab selesema adalah cerita best untuk saya tuliskan di sini.

Masa saya menziarah jenazah di Durian Tunggal, kami sempat melepak di rumah Mak Lang suami. Masa itulah, saya terjumpa botol madu manuka di rumahnya. Teringat alkisah Petua Anak Selesema Batuk Rai, botol madunya sama. Saya 'kenen' Mak Lang. Tiba-tiba Mak Lang suruh saya bawa balik baki madu sebagai tester. Pucuk dicita, ulam mendatang. Walau konon segan-segan nak ambil tapi dalam masa yang sama, senyap-senyap dah saya masukkan botol itu ke dalam beg. Heeee~ Sampai rumah, saya bancuhkan madu manuka dan jus oren. Bagi Aydin minum. Saya amalkan bagi Aydin minum jus oren campur madu manuka sambil baca Bismillah dan selawat. Hasilnya, aduh mak! Hidung dia tak sumbat. Kalau tidur malam, dia lena. Mommy pun lena. Kalau tak, malam-malam dia menggelisah tak boleh tidur. Tensi! Cuma jus oren dan madu. Bawang, saya belum cuba. Tapi akan dicuba. Alhamdulillah. Walau masih selesema tapi tak heavy dan tak menyusahkan Aydin.

Sebenarnya macam ini. Dalam setiap entri Rai berkaitan sakit demam, dia mesti ada mention vitamin C. Asyiklah sangat dengan vitamin C. Seolah-olah macam mengingatkan pada saya bahawa, tak semestinya setiap kali anak sakit mesti disuapkan dengan ubat. Saya pula jenis orang yang naif. Kalau doc dah bekalkan ubat, anak mesti makan. Bila tak bagi, saya seriau. Risau semacam. Tapi entri Rai mungkin menyelamatkan. Walau dalam hati masih skeptikal dengan kaedah alternatif dan semulajadi. Tapi saya mahu belajar dan ambil tahu. Oleh itu Rai, sila jangan berhenti bercerita tentang kaedah alternatif ini ya? Sebab, saya 'sukak'! Saya 'sukak'! Kesimpulannya, jus oren itu bolehlah saya anggap sebagai dos vitamin C untuk Aydin walau jumlahnya tak sebanyak kita ambil the real vitamin C dalam bentuk pil. Disebabkan saya masih baru dalam hal-hal makanan suplemen, saya kena ambil masa sikit untuk kumpul knowledge dan kumpul duit untuk beli suplemen organik yang agak costly. Tunggulah sikit masa lagi. Setiap kali dah beli, saya akan show-off di blog ini buat tatapan umum. Heee~ (Gurau je). 

31 comments

baik..saya tggu! :)

27/5/13

BAGUSLAH MADU.. NAK AMALKAN JUGA LAH..

Madu memang baik kan untuk kesihatan. Saya pun naif jugak kalau dr bagi ubat memang ubatlah semata bagi anak tapi saya pun percayakan rawatan alternatif..

betul la kalau baca blog rai..memnag susah nak ulis..anak demam bagi ubat..anak acik yang mulanya doktor kata asma..acik bagi makan hati unta + madu dan telur mentah..bila dia demam lagi.lingat kan kena asma..boleh pulak doktor tanya..sape klate budak ni ada asma?..pulak dah..alhamdulillah..

Tanpa Nama
27/5/13

aydin takde pump yang warna biru (dan chamber) tu ke?

Biasa budak kalau kena asthma memang susah sikit nak sembuh Fara. Tapi masa Aydin muntah keluar semua lendir sebenarnya sedikit melegakan dia..

Harap alternative macam Rai ajar itu boleh membantu..

Siannya aydin. Nak cari jugalah madu manuka.

27/5/13

Awak kena buat ' Asthma Chart '.
Dalam kes2 frequent asthma, mmg perlu kepada preventive inhaler( corticosteroid based) utk kawal simptom. Yg Reliever inhaler( ventolin/salbutamol) tu hanya guna bila perlu sahaja.

Cuba lah petua makan hati unta. Ada 2-3 org patient saya cuba, katanya berkesan. Afterall, kalau tak berkesan pun, tak salah mencuba, ianya makanan..;)

Satu aja awak perlu igt, triad of allergic diseases:

1- asthma
2- allergic rhinitis ( resdung)
3- eczema

Sila check Aydin kot2 dia ada manifest allergic rhinitis or eczema sekali.

Frequent early morning flu/sneezing is a symptom of allergic rhinitis.

Natural source of vitamin C mmg the best..kiwi, oranges..dan bagi juga lah vit c supplement.

Ask your regular doc to teach u how to look for sign of early chest infection( pneumonia), since Aydin ada asthma. Bukan apa, byk kes saya jumpa patients lambat bertindak bila menyangkakan anak mereka just kena acute asthma attack repeatedly, padahal dah sampai stage pneumonia.

eem.. baru je baca kat blog Rai.. ;)
terus upload gambar send kat en. suami mintak dia carikan.. ;)

27/5/13

madu manuka tu dari new zealand..kalau pokok malaysia yang setanding khasiat manuka honey ialah dari mamaluka/mamaluka/pokok gelam.tapi untuk antibodi kanak-kanak, lagi2 yang selalu kena selsema n ade asma, elok amik madu propolis iaitu madu yang dicampur dengan propolis.ia juga menguatkan antibodi,dulu adik saya selalu kena asma, lepas minum propolis honey sebotol terus dah elok..kalau batuk2 pun elok amik propolis honey..saya pun suka jugak amik suplemen2 semulajadi,bila saya sakit saya selalu elak ambil ubat n cuba guna cara alternatif macam minum air halia, serai, jitan halus, dan sebagainya..heheh

27/5/13

jus oren ye...saya nka cuba la..maisara ni asyik selsema je..geram betul..

27/5/13

jus oren ye...saya nka cuba la..maisara ni asyik selsema je..geram betul..

27/5/13

alhamdulillah
aydin ok la ni???

@:: Mrs.Eady ::

Err, lmbt g. Tgu tabung penuh. Mmm...

@fairus

Elok gak amalkan makan madu. Adik ipar sy ade kenalkan dgn madu arab. Harga murah je.

@Nurulhuda Abdul Latip

Percaya mmg percaya tp klu bab nak amalkan tu, msh ragu-ragu.

@Acik Erna

Mcm ne Acik ley igt die asma?

@smbotak

Takde. Tp pas ni klu aku refer pd paed, sure akan di supply kan dgn ventolin.

aqil pun selalu mcm nak semput bila batuk ...sekarang pun..tapi bila cek dadanya tak sampai nak kena sedut gas lagi...pernah kena juga sedut gas tu...dah lama juga tak sedut tu...

@Kakzakie

Mmg pyh nak baik. Hrp semuanya baik2 bt aydin. Risau.

@Fiza Rahman

Tau tak kedai organic bms? Kat sunway pyramid ade cawangannya. Situ pun ade gak jual manuka honey.

@Daddy Ziyyad

Komen doc ni bt sy seriau. Mulalah nak menggelabah je rs.

Inshaa Allah, sy cuba cari hati unta utk Aydin.

Aydin mmg sah asthma. Resdung, sy tak jumpe lak simptom tu. Eczema? Confuse. Aydin pnh gak kene sekali dua kulitnya bertompok kering, meneglupas tp saiznya kecik je. Sy tak pasti die gatal ke tak sbb tak pnh nmpk die respon dgn tompok ala-ala kurap tu. Sy just sapu drapolene. Then, ok. Eczema ke tu?

Pneumonia? Ya! Mmg sy kena refer pd pakar. Risau.

@aizamia3

Yg tu jenama amway. Kedai organic BMS pun ade gak jual manuka honey.

@Amalina

Propolis? Tq. Satu lagi cadangan dan info yg penting bt sy.

=D

@diana

Maybe boleh tmbh dgn supplement vit c utk kanak2. Sy pun tgh survey jenama yg bagus.

@cheqna

Alhamdulillah. Skg ni ok. Selesema n batuk stil ade tp light je.

Semoga Aydin cepat sembuh ya... Amin

Sian aydin.. Semoga dengan petua baru ni aydin takkan atau kurang kena sakit lagi ye.. Saya pun nak cubalah petua ni untuk anak2... Diorang duduk di taska mudah terjangkit kan? Tapi bila baca komen dr daddy ziyyad tu saya rasa saya kena ubah persepsi tu, kalau anak saya kuat pertahanan badan, tak payah nak salahkan taska jika sesuatu berlaku... Tak payah tunggu dah terlewat baru nak brrtindak, banyak info baru saya dapat kat sini.. Thanks..

aydin, jaga diri k..

28/5/13

Kesian Aydin, kecik2 dah tanggung penyakit mcm tu. Kakpb takde pengalaman utk kongsi pasal asthma. Anak kakak kakpb ada asthma yg agak teruk juga. Katanya jgn biasakan mandi mlm, tempat2 sejuk, habuk dll. Tapi anak sedara kakpb tu penyayang sungguh dgn kucing, elok pulak.

Sabo je Fara, anak2 masa kecik ni mmg buat kita angin kekadang tapi sb syg punya pasal, kita tak kisah kan?

28/5/13

@faraherda.razalan

tapi propolis saja sangat pahit,sebab tu saya suggest campur dengan madu..budak kecil amik sikit je sebab die panas..kalau orang yang smoking elok amik untuk bersihkan paru-paru..

29/5/13

hihi..malu pulak..

btw..utk budak kecik natural source of vit C should be sufficient.. lagi pun kebanyakan vit c kanak2 loaded dengan sugar. tak sihat langsung! unless awak beli yg guna natural sugar as sweetener. saya encourage anak minum air vit c instead of makan actually. cuma masa diorang tak sihat la. masa sihat jarang. :D

Catat Ulasan