Aydin tak ada nama glamer. Saya biasa panggil dia dengan nama penuh. Biasanya 'Aydin'. Agak-agak datang mood singa, saya teriak 'Muhammad Aydin'. Kalau dah dengar nama penuh, cepat saja respon. Takut nanti singa mengaum.
Aydin sekarang ni, dalam mode banyak bercakap. Asyiklah nak cerita itu ini. Paling banyak jadi mangsa, Nizam (suami). Belum sempat kawan tu nak buat apa-apa, Aydin dah start nak menceceh. Pernah sekali, Nizam dalam bilik. Aydin depan rumah, mengadap tab. Bila dia rasa papanya tak keluar-keluar melayan, dia teriak 'papa' banyak kali. Nizam buat tak reti. Masuk tiga kali teriak tak bersahut, Aydin hilang sabar. Terus teriak nama penuh; Mohd. Nizam!. Saya dan Nizam terkekek-kekek dalam bilik.
Semalam, saya baru saja habis mandi. Kebetulan, Ultraman baru start. Dia teriak 'mommy' dari depan. Saya buat tak tau. Banyak kali juga dia teriak. Sampai dia hilang sabar, terus keluar "Muhammad Fara"! Gelak besar saya masa tu jugak. Hah, benganglah tu sebab teriak tak bersahut. Padan muka mommy! Hehehehe....
Comot. Masa ni kat Aroma Ikan Bakar, tengah menunggu makanan. Lebih sejam, baru dapat makan. Haih! |
Aydin Skywalker and the lightsaber! |
25 comments
anak bujang aku dh tahu
kalau aku marah, aku akan pggil dia dgn nama penuh 'muhammad irfan' hehe
dh makan ke muhammad fara?
hahaha.. dia mengikut apa yang kita buat.. ;)
tak menahan siap ada nama Muhammad kat depan.. ;)
macam tu la nak2 kan fara..apa yang kita buat kat dia..dia ulang balik kat kita pulak
aku baca pun gelak weh... nakal anak mu!
kekeke..mohamad fara!!
itulah mommy kan dah dpt nama timangan muhammad
haaaa kan dah kena dengan Aydin! Sekali Muhammad Fara dia kasi.. kikiki
Ekekeke...Hi! muhammad fara. ikut style mommy dia lah nih ☺☺
hahahaha...kelaka la aydin ni..
sekarang kita dah tak suka pegi Aroma ikan bakar, tak best dah, dah tak sedap + lambat sangat2...
hahahahah aydin lawak, lawak. siap tahu nama papa and mommy ye
Hihi... setahu dia semua nama mesti ada Muhammad di depannya. Kelakarlah Aydin ni...
amboi kelui nama ayah ngan mak noo..hehe :)
X pasal2 mommy dpt gelaran mohammad kan..ha...buat lg..aydin bijak mommy oi..
lamanya tunggu sehingga sejam baru dapat , PM ke sana hari weekdays jer...jika weekend mmg teramat ramai kan...huhu
ANAK SAYA YANG PERTAMA SAYA PANGGIL "ABANG" , "MUHAMMAD FAHIM" ATAU "MUHAMMAD" SAHAJA.
muhammad fara...ekekeke comella aydin jerit mami dia lagu tu..
kelakar lah fara...mesti comel sangat aydin panggil mamanya kan...
Hahahaha..Mohd Fara!!
Eh, awak sekeluarga ke Aroma Ikan Bakar di Jeram kah? Saya ada di situ, pada malam Khamis lepas ( 6 Jun )
haha..comel gila..saya pun kalau nak marah panggil diorang dgn nama penuh..
hehehe samalah kita !
hehehe samalah kita sebut nama penuh..wah aydin nak pinjam pedang2..
indah nama Aydin tu :)
hahahhahaha mommy pon dpt muhammad jugak eh.hahaha
Hihi..kelakar bila dengar ... Naim pun sama, dia ingat dia dan adik "Ahmad", dia panggil Ahmad Mama dan Ahmad Papa...
adeh memang kelakar hahahaha mohd fara!