Pagi tadi, saya terlajak bangun. Pukul 6.30, baru terhegeh-hegeh nak bersiap. Mandi. Gosok baju Nizam. Gosok shawl. Kemas beg Aydin. Ya, saya adalah last minute mommy. Hehehehe....
Dalam kelam-kabut nak keluar rumah, Aydin buat perangai. Katanya, kejap lagi dia keluar sebab nak main telefon papa dulu. Tak ada maknalah, kan? Sebelum tu pun memang saya tak bagi dia main tapi pandai pula dia pujuk; Kejap je mommy...Kejap konon. Bila ajak keluar, merengek tak nak. Memang padahlah. Bila dengar suara saya keras semacam, terus dia pulangkan telefon papa. Lepas tu mencebik, hug papa ketat-ketat. Aduhai! Bila tengok anak sedih, saya pun mula datang pujuk. Sambil pujuk, sambil membebel. Eloklah tu, kan?
Bila dah pujuk bagai, mood dia tetaplah tercalar. Selalu dalam Harimau Kumbang, dia duduk sebelah saya. Tapi hari ini, dia duduk belakang pula. Padan muka mommy.
Budak baru bangun tidur. Tak ada mood. Marah mommy sebab ambil gambar dia. Hehehe~
18 comments
Haha... Pagi2 mmg kelam kabut, saya pun.. Dilema tul kan? Nak marah tapi kalau dah marah rasa kesian lak kat anak..
Assalamualaikum Fara
kira ok la tu
sebab tak mengamuk...he he
mommy, tengah rushing pun sempat lagi ambil gambar aydin ye. (sambil cekak pinggang). hehe
hihihi..betul2 merajuk tu..
Jgn ingat kita aje ada mood Fara, anak-anak lagilah mood tak menentu..
kenit aku buat hal pg ni
selalu dia tido smpi jam 10 pg takde org kacau sbb ayahnya keje ptg..tp pagi ni ayahnya keje pagi jugak.so pepagi aku dah hangkut dia ke umah pengasuh.ngamuk la sikit sbb tido kena kacau
tetapppp comel tau!
tetp comel walaupun dia merajuk.. ;)
biasalah.. anak2.. bukan dia tau kita dah lambat..
macam ai pagi tadi.. dah nak pergi, dak Nuha ehem pulak.. kena uruskan dia dulu..
aydin ni memang mcm ahmad..muka pun ada ala2 ahmad la fara..hihi..pepagi memangggg rasa mcm tak ckup kaki tgn..tmbah lagi kalau buat perangai..
pujuk + bebel..nice 2 dalam 1 yer...hehe
wow!! harimau kumbang...saya ada bela sang kancil...haha....
utk menjadi isteri yg effektif..sila iron baju byk byk dikala free...bukan di awal pagi...penggunaan letrik pun akan lebih effektif...haha
ANAK LELAKI SAYA YANG SULONG TU, SAYALAH URUSKAN.. MANDIKAN DIA DAN HANTAR KE SEKOLAH.. MAMANYA TAK MAHU BUAT, PASAL DIA TAK DENGAR CAKAP MAMANYA.. SAYA BANGUNKAN DIA TIDUR, DUKUNG TERUS KE BILIK MANDI..
hwaaa belum mandi ekk..musyuk musyuk mommy dia laaa..
Saya setuju, gosok baju di waktu senggang atau setkan satu waktu untuk iron baju stok seminggu, memang efektif dari segi masa kita dan juga penggunaan elektrik.
Kita memang mudah cair pada anak² kan? Kalau boleh apa yang mereka minta kita nak dapatkan, walaupun sebenarnya kurang sesuai untuk long-term.
majuk lah tu eh kena marah.sampai duk belakang.hehe
marah2 sayang gitu...hahahaha
biasalah tu, KA pun gitu juga kdg2
selalu kadang marah2 gak tapi time tido tgk muka suci jerkan terus hati jadi meruntun gitu..huhuhu