13/06/13

ubat cuci perut


Nizam kata, buat cuci perut. Selalunya, kami beli ginger ale (beer) jenama Schweps. Tapi kesan tak berapa nak menjadi sangat. Bila minum ginger ale jenama gambar atas tu, fuh! Badan terasa ringan memanjang. Keluar angin atas bawah. Tapi minuman berkarbonat dan bergula tak elok diminum selalu. Semua pun sedia maklum, kandungan gulanya tersangatlah tinggi. Set-set potong kaki. Kami minum pun bila perlu je. Itupun tengok pada penerimaan badan masing-masing. Tapi tak sangka menjadi pula petua buang angin bila minum ginger ale gambar atas tu.

Saya memang tak suka minum air gas. Lebih lagi kalau air Coke. Dulu masa muda-muda remaja, layan juga. Sekarang, badan dah tak tahan. Kalau makan fast food, sanggup top-up duit tukar air lain. Sebab lain, tak nak Aydin minum juga. Saya banyak pantangkan Aydin. Saya elakkan Milo atau susu cokelat, takut sembelit sebab Aydin sensitif dengan koko. Saya elakkan kafein sebab tak elok untuk anak. Kalau dia nak minum pun, biarlah dah dewasa nanti. Air gas, dah tentu tolak jauh-jauh. Air kotak pun, saya memilih. Kalau jus buah tanpa gula, saya bagi juga. Vitagen atau Yakult, seminggu 2-3 kali sebab saya malas nak keluarkan dari peti sejuk. Kalau dah keluarkan, kena suamkan sikit sebab Aydin sensitif dengan air sejuk. Maklumlah, budak semput. Tapi kalau Sunquick oren dan Ribena, memang kena bancuh hari-hari sebab itu yang dia minta selalu. Saya tak ada stok Ribena di rumah. Selalunya, saya tinggalkan Ribena di rumah mamanya. Di rumah cuma ada Sunquick oren. Kalau dia rasa nak minum air manis, saya bancuhkan dia dengan madu manuka. Tak pun, kosong gitu jelah. Kalau makan-makan luar, dia dilarang sama sekali minum air kedai. Kasihan, kan? Nak buat macam mana. Aydin memang tak boleh minum ais. Sekarang, dia dah bijak. Kita cakap sekali, dia dengar. Walau depan mata kami minum ais, dia tak minta. Mungkin sebab dia dah tahu yang dia ada asma. Kalau dulu, selagi tak dapat selagi tu dia merengek nak. Mmmm....

Kawan saya pernah tegur, katanya saya terlampau jaga makan minum Aydin. Tapi sakit juga. 'Mok' juga. Nak buat macam mana, kan? Kita merancang, Allah yang tentukan. Heeee~

23 comments

13/6/13

Bila baca catatan Fara ni, baru kakcik teringat - kebelakangan ini, kakcik agak sukar nak 'memerut'. Puas kakcik fikir sebabnya. Sekarang kakcik rasa kakcik dah tahu. Kakcik addict dengan milo ais!

13/6/13

nok beli jugak r suami cheqna angin...kalau menjadi..tahan jelah angin yang kuar tu..hahaha

Kalau kakak buat aje sarbat sendiri Fara. Hiris halia, masuk madu bancuh dgn air panas. Angin pasti keluar punya, badan pun terasa hangat tau...

waa , boleh cuba nih..semalam pcl belikan mamaD isotonic drink..dia kata takmau makan panadol dah bila sakit kepala...hasilnya memang bagus sesuia dgn dia agaknya, ..kalau yg farah cakap pasal ginger ni belum cuba...buang angin dalam badan tu penting...sesakali nk cuba yg lain plk.

Jaga untuk kebaikkan takpe..tp sesekali bg la merasa kan..sedap ke air tu fara?

Thanks fara. Blet recommended kat member ni sbb badan dia banyak angin ☺☺

- Ginger Ale or Ginger Ade? kat botol tulis Ade...:)

- Cuba petua makan hati unta buat aydin..ada patient saya cuba..katanya asthma control anak nya improved a lot.

- How frequent Aydin kena attack? Is he on maintenance puff ( steroidal inhaler macam Seretide)?

Bagus la apa yg awak buat tu. Saya pun insyaAllah nak buat camtu jgk pada anak saya. Yg lagi bagusnya aydin dah faham kenapa dia takleh minum semua tu, kira bersyukur la kan.

13/6/13

aku pun tak suka air gas nok...kadang2 teringin baru minum...

anak aku pun lelah nok...tapi si abang lama dah tak kena, sejak dia attend swimming class, adik je tak nak pi swimming, takut lemas katanya.....hahaha...

PM akan cari minuman halia nih apabila perut masuk angin jer...hehe

13/6/13

sebijik mcm kami la fara ni..hehe..terutamanya babah ahmad. sgtla particular bab2 makan minum anak2 dia. mama quite lenient compared to babah. vitagen keluar terus dr peti ais is a no-no to babah. sejuk. ahmad takdela asma teruk sgt tp ada potensi espcly time kena selsema. bab2 lain memng kena jaga sebab dia susah nk membuang. coklat2 memang panas dn bleh wat hasil dia keras dn sembelit. buah2 pulak leh buat batuk. jadi kenala saring. samala juga akhirnya sunquick atau ribena atau pun air sirap

betul kak.bila kite cerewet = org kata kita jaga sgt.tp kalo sakit ada dorg nk jaga?

13/6/13

alamak, tak suka air halia...

13/6/13

macam biasa la, mencegah tu lebih baik daripada mengubati. kalau dapat bala penyakit sebab tak ambik langkah pencegahan langsung, wajib la tepuk dahi kuat2...

air halia saya reneh utk husband.. dulu2 ada jugak beli ginger ale ni..tapi jarangg sangat..

yakult dan vitagen lagi tinggi gula..

masa minum tutup hidung tak?

13/6/13

nak suruh somi beli yang ni jugak la...

Kalau dapat pantang, memang lebih elok..budak lagi diorang ni, kalau jaga drp awal taklah kena penyakit bila membesar nanti...tapi, ikhlasnya kalau saya, jauh rasanya dgn cara fara ni.. Papanya lbh ikut naim yg berselera ke arah minuman manis.. Geram je menengok dua beranak tu..

13/6/13

BOLEH TRY UNTUK BUANG ANGIN..

waaa patutlah bau sampai sini...huhuhu ekceli kentut bagus utk kesihatan..kalau cara nie leh ringankan badan so apa salahnya.hikhik

bagus air ni , angin yg tersimpan boleh bebas. :P

25/6/13

kami pun suka ginger ale ni... memang berkesan. buang angin atas bawah..hehe

sedap ke?x pernah try ginger ale ni

Catat Ulasan