20/06/13

pasta teriyaki

Selalunya saya masak apa yang dua orang hero dalam rumah ni suka makan. Pasta memang favourite selain nasi. Saya pun suka.

Teriyaki saya, versi kacuk. Ada rasa manis, sebab letak sos ABC. Pengganti gulalah tu sebab kalau original teriyaki, kena letak gula dan mirin. Ada rasa pedas yang amat, sebabnya saya guna cili api Bangladesh color merah. Kalau tak suka pasta, boleh gril ala-ala bulgogi. Makan dengan nasi.



Bahan A
200 gram daging
1 ulas bawang putih (tumbuk)
2 cm halia (tumbuk)
2 sudu besar sos ABC
1 sudu besar kicap masin
1 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil bijan putih
1 sudu kecil bijan hitam
Lada hitam
Garam

Bahan B
1/3 bungkus pasta (saya guna linguine)

Bahan C
3 pokok daun saderi
4 biji cili api (tak makan pedas, sila abaikan)

Bahan D
Minyak zaitun (untuk menumis)

Gaul semua bahan A. Perap selama yang suka. Sambil perap, rebus pasta hingga lembut. Tos dan siramkan dengan air sejuk untuk menghentikan proses masak. Boleh elak pasta melekat sesama sendiri. Biarkan sejuk. Sambil tu, boleh cincang daun saderi dan cili api. Letak tepi. Panaskan minyak. Goreng daging perap tadi hingga masak. Tuang dalam mangkuk. Gaulkan dengan pasta dan bahan C. Siap.

24 comments

pasta aku tahu. Tapi teriyaki tu pestime dengar...

tetiba aku lapar tgok gmbar makanan ni.. huu

ish ish..buat orang rasa lapar je.. saya paling tak pandai potong daging.. biasa mesti jadi liat. hahaha..

20/6/13

bestnyaaa...kalaulah suami saya suka makan pasta mesti saya rajin masak....ngeee...tp suami saya tekak melayu. suka mkn makanan melayu aje, kalau masak pasta pun sekali sekala je

Aydin mestilah tak nak cili api pedas. Tapi kalau kakak macam fara tak pedas tak puas..

20/6/13

boleh try ni..tu pun kalau rajin la..hahaha

20/6/13

Nampak menyelerakanlah fara..
Saya blm penah buat pasta teriyaki ni. Pasta guna sos prego tu jelah yg tau.

20/6/13

sedapnya nok....
aku pulak teriyaki ni aku tak minat sgt...

tapi tgk ko punya ni nampak menggiurkan sgt...

20/6/13

cili merah tu mmg pedas sungguh
aku pun suka beli 2 paket kalau ke pasaraya..lgipun tahan lama x kecut

20/6/13

oh gitu je. ehem kitorang pun suka pasta.. sedapnyeeee

ya hampunnnnn.....mavelesss!!

subhanallah...macam sedap je! terliur...thx for the recipe...

nampak sungguh menyelerakan lah farah...meriahnya kak ita tengok..bab pasta ne family kak ita tekak kg...yana dan kak ita memang minat...tapi tak pernah makan mcm ne...kena cuba ne...kena cari bahan dulu ne...

20/6/13

terliur ok!

Waaa...blog fara ada resipi la skg ni....
Tp kan, akk kurang suka pasta. Sibujang kecik tu yg suka sgt. Mslhnya ibu tak pandai....huhu..

Walla fara, yng ini KA pun suka

oh siap ada resepi boleh suruh wife cuba buatkan nih...:)

20/6/13

boleh cuba lepas ni..

20/6/13

warghhhhh.... menitis-tinis air liur jatuh kat keyboard huhuuuuuu

20/6/13

wah menyelerakan lah menu ni, tapi rasanya akak belum betul2 berjaya buat masakan western, hih :)

Nasib baik lah baru lepas makan ☺☺. Nampak sedap.

resepi ni kalau ai amik, ai sorang je yang makan.. tapi sesekali boleh cuba kot kalau nak.. hehehe.. masalahnya yang selalu masak bukan ai.. ;)

Ooo..pasta yg cenggitu namanya linguine. Nampak sedap je.

Bila lagi fara nak buat? Nak juga.. Haha.. Banyak bahan dalam resepi tu saya jarang beli.. Kalau nak viat sdiri kena ushaakan beli.. Nampak menarik ni, kot naim suka makan..

petang2 ni memang kelaparan..tengok plak gambo makanan memang hebat la..menggelegak perut mintak isi

Catat Ulasan