19/06/13

pecah kereta


Port parking Harimau Kumbang
Kalau familiar dengan Kelana Jaya, mesti tahu tempat ni. Dekat dengan KJMC. Dekat dengan office bolasepak Selangor jugak. Kawasan sini, dah macam ala-ala Bronx. Ada saja yang jadi mangsa. Kelmarin, kes pecah kereta. Semalam pun, kes pecah kereta. Hari ini, kes ragut pula. Baru kejap tadi dapat berita, polis berkumpul dekat situ sebab kes pecah rumah. Boleh kata hari-hari, ada je kes. Tapi polis tak ronda waktu siang. Konon ramai orang. Saya tengok, modus operandi penyangak-penyangak ni selalunya waktu siang. Itu yang malangnya.

Hari ini, datang awal pagi. Semata nak park Harimau Kumbang dekat dengan bengkel atau kedai mamak. Selalu je doa dalam hati, janganlah Harimau Kumbang jadi mangsa. Dahlah dia jambu walau hitam legam.

20 comments

19/6/13

rasanya macam tau je port ni.. tak jauh dari ofis saya..

selalu nye hari jumaat,,tyme org solat jumaat..tyme tu la perompak lg bergiat aktif...

harimau kumbang tu vios hitam kan?

harimau kumbang tu kereta vios kan...?

Tanpa Nama
19/6/13

Negara ni masih aman. Ala, jenayah tu biasa la. Mana2 negara pun ada...

Agak kecewa jugak dengan statement macam ni. Macam nak ambik mudah hal keselamatan pulak. Harap tak kena batang hidung sendiri.

19/6/13

tambah tahap kesemalatan.. tambah cermin besi ke.. :)

ich bahaya nya.sy mmg fobia sgt lepas kete kena pecah dulu.kasut 5pasang taw.baru beli lak tu,

insyaAllah.. mudah-mudahan..

Skrg profession perompak dh makin maju..org dh mls nk kerja membanting tulang kan...keja senang rompak..pecah sana..pecah sini..ragut....keja ni x yah sijil pun kan...

pernah tengok org kena ragut, depan mata... menggigil dibuatnya

19/6/13

ayarrkkk...nengok memang macam seram...

19/6/13

Ngeri nak park situ kalau mmg hot spot for pecah pecah..

19/6/13

saya pernah kena ragut dulu, bila kita buat report, polis cakap... 'kat situ mmg selalu ada kes' saya tak terkata apa... walaupun dalam hati kata, soh polis pompuan menyamar, letak bom jarak jauh dalam beg tangan. bila kena ragut, letupkan bom... bom kecik jer, macam mercun, kasi diorg jatuh motor tergolek... gerammm..... apa2 pun berhati-hati yer dear

20/6/13

Ayin mm, bila polis kata macam tu, dia ada maksud lain nak sampaikan tu. Maksudnya adalah, dah la tu toksah la sibuk buat report, bukan dapat tangkap pun penjenayah tu.

Bagi saya bila polis kata macam tu, secara tak langsung dia macam membenarkan perkara yang sama berlaku lagi, dan kiranya nasib la siapa yang kena kat situ eh.

bahayanua farah....kena lebih hati-hati....kena ada polis meronda kot..baru ok sikit kot...

Tanpa Nama
20/6/13

skang ni mmg kena hati2 kat mana pun fara

Tak pasal van modernmum tu terfemes kat situ. Tiap2 hari ada kes? Dah tu polis takkan nak tunggu tempat tu dah abis kena rompak baru nak gi ronda. Hayaaa... Kot2 polis pun takut dgn penjenayah ni. Ganas sgt skrg.

Hari2 ada kes yer. Nampak sgt tempat tu mesra peragut/pencuri. Kena letak pondok polis kat situ ☺☺

Harus extra hati hati ni fara ye.. Saya pun, skrg ni jalan sdiri kalau ada hal urgent je, sb risau ada apa2.. Kalau tak tgu suami free..

25/6/13

sya pu takut nak keluar sensorang skrg nih. mcm2 cerita dengar. Awk pun hati2 lah fara ya sbb tgk kawasan ni mcm tak berapa selamat jer

Catat Ulasan