18/06/13

rajin tak jadi

Lauk minggu lepas. Dah selamat masuk dalam sistem kumbahan pun. Heeeeee~
Lauk atas tu sebenarnya lauk minggu lepas. Baru hari ni nak tayang. Sebenarnya, idea dah kontang. Tak tahu nak tulis apa. Tayang jelah apa yang kita masak, kan?

Petang semalam, datang semangat rajin. On the way balik rumah, dah terfikir nak goreng ikan. Nak tumbuk sambal belacan. Nak buat bendi masak bening. Kebetulan, perut memang tengah lapar yang amat. Semalam pagi, ambil sarapan heavy. Masuk tengahari, perut kenyang lagi. Tapi petangnya, mula rasa kebulur semacam.

Sampai depan rumah, anak-beranak macam biasa termengah-mengah lepas naik tangga empat tingkat. Cari kunci dalam beg besar gedabak. Tak ada. Rupanya tertinggal dalam beg satu lagi. Hati mula bengkak semacam. Telefon Nizam, kena bebel sedas dua. Sudahnya, ajak Aydin lepak kedai mamak. Dia ok walau hati sama bengkak sebab terpaksa skip Ultraman Mebius. Tunggu Nizam kat sana.

Lepak mamak, pekena kuetiau goreng mamak. Sedap tapi portion sikit. Tak puas. Tak kenyang. Tengah malam, selongkar dapur cari benda nak makan. Kalau tak, tak boleh tidur. Bancuh Milo tapi tak ada susu. Lupa nak restock. Syabas bete. Segalanya kurang. Nasib baik ada biskut. Bolehlah buat alas perut dari tak ada, kan? Celup Milo campur Horlick. Makan sekali empat keping. Habis makan, terus lena tidur.

Penyelamat tengah malam. Gambar ni dah lama ambik. Tapi takde modal nak cerita apa. Rupanya ada guna jugak untuk cerita merapu hari ni. Heeee~

26 comments

hehe punah harapan nak tumbuk sambal belacan.. akhirnya kuetiaw mamak je jadi pilihan yer ;)

ayam yang duk jejauh tu nampak cam sedap..ayam bakar eh? hihi..

kami pun semalam tak masak..

18/6/13

penah 2 kali kunci terlupa bawak
terpaksala en suami hantarkan kunci balik umah.hehe

18/6/13

wow ayam bakar. saya suka je baca cerita light2 santai2 macam ni. entri berat lama dah habis, kadang2 bukak, tak abis baca pastu tutup, bukak balik esok, lusa, tu pun kalau masih ingat...

:P

As salam fara,

Sedapnye tgk org lain punya masakan... lagi2 sambal tauhu tu... alahai tgh malam ni yg rasa nak selongkar periuk ni...hikhik... peluk cium Aydin comel ye! :)

horlick + milo = licklo aishhh lucah nya bunyi. ichhh,hahahhaa.akk masak mst sedap.terliur sy.

18/6/13

ayat pertama tak leh blah..
hahahahaha
cheqna suka restock barang2 kat umah sehinggakan suami kata ada ketikanya boleh buka kedai kat umah hahaha

18/6/13

sebelum masuk sistem kumbahan, kena masuk perut (dan lalu usus) untuk dijadihan hasil perkumuhan. ayam tu memang power...

tu diaaa..sekali dtg mood masak mg maveless!!

lepas ni pergi kedai refill barang2 yang takde kat dapur.. nanti tetengah malam takdelah tercari2.. ;)

psstt: ai malam tadi, makan 2 bungkus nasi lemak yang chef hubby masak untuk dijual.. kenyang.. penyudahnya susah tidur dan la ni mengantuknya.. :(

Heheh. Aku gelak baca ni. Bahaya kan tak ada stock makanan.,,, huu

Kakak suka sayur petola Fara menggoda mata kakak dah...

Kesian Aydin tak dapat tengok katun ye.

Oklah ni dari takde cerita kan..itu ayam panggang eh, nampak sedap eh...

dalam blog..macam-macam akan dicerita...dah boleh jadi satu entri

18/6/13

aku suka n3 masak2 nok...serius...

ni bukan n3 merapu, ni n3 'bg idea kat kwn2 nak masak apa'

heheh...


nampak sedap ayam ko tu...

18/6/13

NAMPAK MENARIK.. MESTI SEDAP.. :)

ndap nmpk hayam tu

acik pun memang suka tayang apa yang kita masak..tak perlu tulis panjang2 he he

18/6/13

Aydin pun layan kan je la peel ibu dIA..heheh

18/6/13

nampaknya kena tunda la rajin tu...:)

18/6/13

Terkenang biskutku yg dah lama tak disentuh...

Ini punya panjang entry ckp xde idea.. ok la ni fara...

18/6/13

sedapnya masakan awak, walopon dah petang tetap terlior :)

Terliur lagi ☺☺

19/6/13

sipbaik la akak jnis boleh je bedal kat kedai mamak ek? hehe

semuanye membuatkan sy laparr grrr~ =P

masak petola cara ni memmg KA suka buh fucuk & soohoon byk2 pas tu pecah telur lagi hehehe

Catat Ulasan