17/06/13

salai kuala pilah

Kalau balik Palong, mesti lalu Kuala Pilah. Kalau lalu Kuala Pilah, mesti nampak penjual salai. Ada itik salai. Ada daging salai. Ada puyuh salai. Ada ayam salai. Ada sembilang salai. Masing-masing show-off dengan produk salai tepi gerai. Nampak asap berkepul-kepul dari jauh.

Selalu teringin nak beli. Tapi selalu juga tak jadi. Nampak sedap. Memang sedaplah sebab pernah gak terkena penangan masak lemak cili api daging salai dengan pucuk daun asam gelugor. Peh! Dia punya khayal, silap-silap kalah ganja. Heeeee~ 

Tapi yang tak syoknya, peniaga salai suka sangat dedahkan lauk salai macam itu aje. Dengan kereta lalu-lalang. Habuk. Pasir. Itu belum masuk kes-kes terpencil macam pemandu menjentik taik hidung keluar ikut tingkap. Kan? Buatnya landing atas lauk salai? Peh! Tu yang buat lagi high! Hee~ Disebabkan hal-hal kecil dan terpencil macam inilah buat Nizam selalu saja tak jadi berhenti beli lauk salai.

Membayangkan masak lemak cili api itik salai. Fuhh!

28 comments

17/6/13

ada satu kedai jual produk salai ni
dagingb salai,keli salai dan mcm2 lagi tp kedai dia dalam cermin
dari luar org nampak produk dia sbb
dinding cermin :)
x penah beli pun..

Kalau dah teringin sangat kena lupakan yg dibanyangkan Fara..

17/6/13

betul...kadang mende kecik2 macam ni kita tak nampak kan..

err..mommy....cheqna dah beli FN Ginger tu...suami cakap "bagitahu kawan tu...nape abang tak kuar angin pun baik ikut atas mahupun ikut bawah:
hahaha cheqna golek suker....dah;ah dia minum botol besar tu...

akak orang Palong ke??palong bape??
saye duk palong jugak...
sedapnye daging salai..

masak lomak cili api tu yang sodap tu.. den suko tu.. ;)

pcl agak konpius ..salai , bakar dan panggang..adeh myBM teruk !

17/6/13

Baru ke Pilah sabtu lalu..dek teringin makan lauk daging salai lomak cili api.

Mmg meriah tepi jln tu kan..saya penah beli puyuh salai. Tapi sebelum masak saya basuh, sbb dok terfikir apa yg fara ckp tu lah.

eloklah ditutup dengan plastikkan..

17/6/13

terbaik. pasal taik idung, baru je tengok Jack & the Giant slayer. ada sekor chef giant tu korek taik idung dan tepek atas manusia yg dia nak panggang. hahahhahaa.... baca entri ni terus teringat citer tu. klaka,

betul tu kak,kdg2 benda2 cm tu lah yg buat kita xjd membeli kan kak.

salai ikan pari..lepas tu masak lemak letak kecur.. perghh.. tambah lagi ngan taik hidung..hahaha..

Betullah tu tindakan nizam. Geli la jugak kalo mknn terdedah tepi jalan ni. Heheh.

17/6/13

KALAU KITORANG MEMBUAT LAWATAN RASMI KE MUZIUM NEGERI SEMBILAN. KAMI BIASA DISAJIKAN DENGAN DAGING SALAI MASAK LEMAK CILI PADI.. SIAP DIHIDANGKAN DENGAN ADAT MAKAN BERSILO.. :)

17/6/13

Assalamualaikum

lamanya tak kena itek salai masak lomak...

Eh, kampung sapa di Palong..ada staff saya asal Palong..Palong 3...

Daging salai tu, kalau nak buat sendiri pun boleh...wife saya kalau buat yg 'urban' punya style, salai dalam oven ja..hahahah..sedap, tapi takde la rasa asap/bara/arang tu..Tapi kalau ori style, mmg wife saya berguru dgn mak nenek dia...salai atas bara api...perghhhh..terbaik!

macam teringin lak akak. i wil try one day.. mmg teringin nak ke area Pilah ni.. nak menggimbau kenangan 28 tahun dulu masa sekolah di Serremban. jalan2 ke Ulu Bendul.. nak kena plan lah nanti.. :-)

assalam fara..hari sabtu acik lalu ingatkan itik salai la sebab asap berkepul2 tu..rupanya lemang..dua tiga tempat macam tu..apa hal la asapkan lemang..bukan bako lemang..tak jadi beli..takut lemang rasa asap..he he

hehehe KA mmg suka bab salai2 ni, tp kalau x kena cara, mmg patah selera lah h

17/6/13

awat depa tak balut dengan plastik??ramai ka yang beli..kalau tak ramai beli mesti sebab depa pun tak mau yang terdedah..tkan??

Apa susah, masak sendiri je fara. Salai guna oven, abis citer. Kakpb pun cerewet gak bab2 lauk terdedah ni. Anak bujang tu laaaagi cerewet, sanggup telan air lior.

Saya belajar makan lauk salai ni lepas kawin.. Tak pernah lihat atau terfikir pula macam mana proses salainya.. Kalau ke kawasan kuala pilih ni nak tgklah macam mana buatnya..

17/6/13

Kalau fara buat sendiri kat rumah, confirm lg sedap ;)

PM tak pernah makan daging itik lagi...huhu

18/6/13

Saya pun jarang membeli belah jualan di tepi jalan kalau tidak bertutup. Rasa macam suspicious aje nak beli dan makan.

Ada satu kes kakak saya makan dalam restoran, tapi semua lauk pauk terdedah. Bila nak cedok lauk byk pulak telur lalat. Bila tanya kenapa tak tutup, depa kata nanti tak de sape nak beli. Camtu pulak jawapan nya.

Dulu memang selalu lalu dekat seremban tempat orang jual macam-macam salai. salai fresh2 lagi. Kalau hari raya mesti ada lemang. Lemang diorang pon sedap2...pernah beli. Memang sedap.. tapi betulla kata fara depa bakar gitu terbukak tepi jalan habuk pasir melekat ler dengan ayam daging salai semua tu..

alamakkk...terbyg gak ni!!

Tak pernah makan itik lagi. Tapi betul lah, terdedah jer kan.

haha lawak la tang jentik menjentik sisa kumbahan hidung tu huhu

Catat Ulasan