14/06/13

roti telur punya pasal

Kadang-kadang, saya rajin. Bikin sarapan pagi untuk bekal laki-bini. Seminggu ni, sarapnya asyiklah roti. Mula-mula, roti bakar sapu butter dan jem. Hari kedua, roti bakar sapu butter dan kaya. Hari ketiga, malas. Hari keempat, roti dan telur dadar. Semalam adalah hectic kerana saya tak biasa kelentang-kelentung dalam dapur waktu pagi hari bekerja. Salah satu sebab, saya malas nak mengemas. Tabiat saya selepas memasak, mesti nak mengemas dapur. Nak kata dapur tu bersih sangat-sangat, tipu. Tapi at least kalau dicalit jari atas cooker, taklah bergris dan berminyak. Disebabkan hal ini, buat saya malas nak bertungkus-lumus bikin sarapan heavy. Tapi semalam, saya dapat semangat dari mimpi. Bikin telur dadar gitu. Kapit dengan roti gandum penuh jenama Gardenia. Satu untuk laki. Satu untuk bini.

Tapi, major reason kenapa saya malas nak bersusah-payah siapkan sarapan bila semalam balik kerja, tanya Nizam; Makan roti tak? Tapi jawapannya; Tak sempat. Haruslah amuk dalam hati. Merajuk macam budak kecik. Pujuk macam mana pun, tawar hati. Last-last, baik sendiri. Walau dalam hati; Malas dah nak buat sarapan lagi. 

Hari ni, dia bawa roti semalam ke pejabat. Walhal, semalam lagi dah suruh buang. Katanya, elok lagi. Dia nak makan. Baru kejap tadi saya SMS; Jangan makan roti semalam. Tapi dia tak balas. Harapnya, dia buang.

Rasa bersalahlah tu....

28 comments

Tanpa Nama
14/6/13

macam ni punya cara psiko pujuk, kalau nak merajuk lagi tak tau la. hahaha...

14/6/13

hehe..penah alami :)
so aku paham

hehehehe kalau mkn cane kak?

14/6/13

aloh aloh aloh...


marah2 sayang gitu...

Roti celop telur goreng ke atau roti kapit telor ni? Tapi apa2 pon dua2 memang best untuk breakfast makan dengan cilisos kimball. Heheheh

kadang2 rajin juga buat sarapan untuk apak kimi..buat bekalan makan dekat opis dengan pesanan "..kalau rasa2 tak nak makan roti tu..offer2 la kawan2 yang lain..asalkan jgn bawak balik roti tu ke rumah sudah.." :)

14/6/13

saya pun camtu juga fara. x suka dapur kotor..tp sbb dapat suami yg agak cerewet, kami masih masak di pagi hari sampai ke hari ini. kena bangun sblum pkul 5.30 kalo x tak sempat. ikut gilir, kalo saya susah (err liat sebenarnya) nk bangun suami akan masak. tp kalau dia memasak dapur..masyaAllah pengsannn... sebab tu kalo la hari cuti rasa mcm nak lompat smp siling..hehehe

14/6/13

hahaha..memang sakit hati kan kalau kita penat lelah susah payah sapu jem kat roti orang tak makan..grr

sekarang chef hubby yang buatkan sarapan untuk anak2 kat rumah.. tapi takdelah hari2 memandangkan chef hubby pun selalu balik lambat.. ai pun tumpang sekaki sebelum pergi kerja.. hehehe..
tu nak hilangkan rasa bersalahlah tu sampai bawak g office.. ;)

huhuhu kesiannyer..sanggup dia makan..nama hubby kita serupa..gaknya nama nizam mmg camtuhkut bertindak ikut arahan..hikhik

Rajinnya. Saya kalao sempat buat juga roti sapu planta + kaya. Tapi klo tak sempat jamu dengan air milo jer lah.

14/6/13

roti bakar the easiet utk disediakan!hehe

pasal tu it is also my fevret for the morning! :)

Mungkin Nizam jenis tak suka roti kena 3-4 kali dia jemu tak macam kita Fara hari-hari roti pun tak apa...

Kesian dia...

14/6/13

Roti nya tak rosak, kalau Gardenia...hahaha..Tapi telurnya pasti basi..;P

14/6/13

haha..harus la sentap kan....susah payah tu buat sarapan...:)

hihihi....

14/6/13

hehe comel je en nizam. eh comel je korang berdua...

14/6/13

SAYA MAKAN ROTI HARI-HARI PUN BOLEH.. :)

Sy bfast atau bwk bekal roti hari2 pun takpe.. Tp suami mmg cpt jemu, boleh kalau nak roti tp kena pelbagaikan menunya.. Tp suami saya mmg susah nak bwk bekal even sy masak best sekalipun dia takkan bwk bekal, tak macho kot bwk bekal huhu.. So sy redha. Sy pun jenis lepas msk kena kemas dapur. Sbb tulah sy bangun 4.30 pg setiap hari supaya ada masa kemas dapur.

14/6/13

haha, entry lucu, takpe insha Allah beroleh pahala sediakan makanan :)

jadi, dia makan ke tak roti tu? Dasat gak tahap menjaga hati dia tu. Huhu.

Tanpa Nama
14/6/13

hehehe lucu baca n3 ni fara

14/6/13

Assalamualaikum Fara

kalau saya, isteri dah bekalkan
kenamakan juga atau bagi kat kekawan..he he

ehehehe.. dia mahu memujuk la tu. :)

15/6/13

Sampai cam tu sekali nak memujuk... elok la tu..lain kali kalau bagi bekalmesti tak kan bawak balik punya....

Makchaq ada masa rajin buat b/fast, tapi ada masa malas seminggu tak buat apa2.. tapi anak makchaq suka makan berat.. roti2 tak mau.

17/6/13

Suh dia bagi makan ikan kat office dia. Eh dia ada bela ikan ke?

17/6/13

alolo...so sweetttt...
so tema minggu ni roti beraneka..ngee

hahaha pandai cik abang..agak2 dia makan ke roti tu?
sy kalau wat breakfast hubby terus makan kat umah.tak pernah pun bawak bekal

Catat Ulasan