4/07/13

hello penang! - bukit bendera, char koay teow & hokkien prawn mee (hari 2 part 1)

Pagi di Tanjung Bungah. Masa ni, laut tengah surut. Haih! Tenang je rupa, kan?

Malam pertama saya, langsung tak lena sebab bunyi air-cond yang mengaum. Awal pagi, dah terbangun. Langsung tak boleh sambung tidur lagi dah. Jenguk balkoni. Wah! Nyamannya udara pagi. Bonus, mengadap laut lagi (inilah salah satu pros untuk hotel ni). Sebelah hotel, ada Chinese Swimming Club (kelab renang pun ada bangsa ya?). Pagi-pagi lagi, mereka dah berenang. Pagi sangat tau. Matahari pun tak muncul  lagi. Sihat betul!

Dalam pukul 7, saya bersiap. Habis bersiap, gegar dua beranak yang kalau boleh nak tidur sampai tengahari. Tak dapatlah, kan? Pagi ni kena kejar masa ke Bukit Bendera. Kalau lambat sikit, alamat sesak padatlah. Tapi sudahnya, lambat juga turunnya. Nak dekat pukul 9 macam tu, baru terhegeh-hegeh nak turun breakfast. Hal breakfast ni, memang hal sadis. Menu breakfast pula macam ada tak ada. Tapi tak apalah, kan? Konon nak makan roti bakar. Malangnya, roti yang dihidang dah berkulat. Sadis. Sedih betul. Saya datang dekat pada waiter, bisik pada dia yang roti dah berkulat. Tak naklah kecoh-kecoh. Nanti lain pulak jadinya, kan? Lagipun staff sana semua baik-baik belaka. Cuma mungkin ada careless mistake sikit. Lantaklah. 

Habis sarap, apalagi! Waze ke Bukit Benderalah kita! Sampai saja sana, orang dah ramai. Bukan sikit-sikit ramai. Tapi terlalu ramai. Rombongan Cik Kiah di mana-mana. Tapi Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar.


Gigih nak penuhkan perkataan Bukit Bendera tu.
Heeeee~
Saya adalah seorang penggayat. Masa amek gambar curam ni, tangan saya dah berpeluh semacam. Terfikir, macam manalah si pemesin rumput boleh buat kerja kat lereng-lereng curam macam ni. Dalam gambar nampak cetek je curam tu. Tapi realiti, pitam!

Plan nak naik buggy car tapi hujan pula. Berteduh kat kafe lereng bukit. Beli souvenir sikit. Lepak kejap. Dalam lebih kurang 12 lebih, gerak ke Chowrasta untuk buah tangan orang-orang KL. Terjah ke Kedai Jeruk Pak Ali. Saya suka makan jeruk tapi bukan jeruk Penang. Saya tak tahan manis. Habis borong, masuk Chowrasta pula. Saya cari tau sar peah. Kuih ni memang kegemaran. Tapi kena cari versi halal. Salah pilih, naya! Tak ada gambar juga sebab entahlah. Malas betul nak bergambar dalam keadaan sibuk macam tu. Haih! 

Habis borong, perut dah berkeroncong. Lapar yang amat. Masa ni memang saya target nak makan char koay teow Cina depan IPK Penang. Inilah satu-satunya char koay teow halal yang saya tahu (itupun jenuh study dalam blog). Tapi dalam kepala otak, nak sangat rasa hokkien mee Sifu Omar dekat Petronas Jalan Bagan Jermal. Tak tahu nak pilih mana satu. Malas nak singgah dua kali. Lastly, saya pilih Kedai Kopi Bee Hwa untuk char koay teow Cina yang sedap. Nasib baik dalam menu, diorang jual juga hokkien prawn mee. Yummeh!

Ambience dalam kedai memang macam restoran Cina. Tapi tak hidangkan pork dan minuman keras. Masuk dalam restoran ni, memang terasa 1Malaysia. Ada Melayu, Cina dan India. Heee~

Tadaaaaa! Saya memang suka char koay teow kering dari yang versi berkuah. Saya suka cara ah soh ni masak. Minyak taklah berladung macam nak goreng cekodok. Sedang elok je. Ada udang, crab stick dan kerang. Tapi bab tauge tu yang paling suka sebab crunchy. Yummeh!

Terpaksa melupakan hokkien mee Sifu Omar. Tapi tak rugi order hokkien mee kat sini. Sedap!!! Bukan sedap sikit tapi sedap banyak! Arghh! Terasa-rasa kesedapan kuahnya sekarang ni!

Setiap menu harganya RM5. Tak mahal, tak murah. Bolehlah. Tapi puas hati. Akhirnya, dapat juga makan char koay teow dan hokkien mee original Penang punya! Yummeh! Rasa macam nak fly ke Penang sekarang juga! Heee~ 

Kedai Kopi Bee Hwa pernah dapat review dari paper The Star.

Habis makan, kami terus balik hotel. Lepak kejap sebelum jalan jauh (jauh sangat) untuk ikan bakar. Tunggu ya?

13 comments

Bila pergi? Kita pun pi Penang 2 minggu lepas kot..best kan jalan2 cari makan sana? Hehehe..

kalau namanya restoran cina, mamaD memang pantang masuk...kecuali cinamuslim..., nampak haritu ke sana tp melencung plk..haha.

Aydin betul-betul ikut papa dia. Bila bergaya heee.... tu sama betul:)

Alamak nampak sedap.. Nampak menarik.. Rasa nak gi penang jugaklah.... Kalau dapat jalan dan makan sedap...syok rasanya....

4/7/13

kalo amik gmbr kat perkataan bkt bendera tu mmg nak penuh2 kan...hehe..

Ada jugak la kebaikan hotel tu kan. heheh.. Bagus org cina ni. Bgn pagi2. Kalo mereka islam, confirm tak tertingal solat subuh.

So, roti berkulat tu gnti baru ke tak?

Part makan saya malas la nak komen. Sebab terliur habis ni... slurrppp...

wahhh pandai akk survey bab mkn ni eh.pas ni leh lah tanya akk je.hehe

kami hari tuh naik buggy car tuh...syok...boleh tengok bungalow yang ada kat dalam tuh...;)

4/7/13

Saya peminat CKT...terus terliuq! Manalah nak cari yg sdp ni...

Suka gambo yg angel gayat tu, terasa gayat sama. :D

bestnya...makanan sedap sangat....kak ita pun gayat....

ala nak jugak.. sedap tu ooo!

sy kalau bab2 makan kedai cina ni payah sikit..en.suami was2, sy pun kadang2 was2 walaupun dia cakp no pork no alcohol..
CKT sy suka yang berkuah:)
sejak bermaustatin kat penang ni, sekali je sy naik Bkt Bendera hehehe

char koay teow hari2 ai hadap yang chef hubby buat.. sesekali nak kena layan yang jauh sikitler cenggini.. ;)

Catat Ulasan